Sabtu, 20 Ogos 2011

Hukum Amal DOA Yang Di Ambil Daripada Hadith Ma'ruf Kharki ( Maqtu' )


Hamba Allah bertanya :

Ustazthrash Mujahid, tolong cari sanad hadith doa dibawah ni sat: ‎"Allahumma asligh ummata muhammad, allahummarham ummata muhammad, allahumma farij an ummati muhammad, allahummargh firli ummati muhammad, walijamiman amanabik" ...
Tolong check sekali doa ni betoi ka saya hafal. ‎
Ustazthrash Mujahid, check sekali ngan fadhilat dia sekali lah kalau ada.

Ustazthrash Mujahid menjawab :

Berapa kali sekali daaa heeehe.. lawak je :)

Berkemungkinan besar, doa sdr Hamba Allah dalam tulisan Arabnya ialah:

اللَّهُمَّ أَصْلِحْ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ ، اللَّهُمَّ ارْحَمْ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ ، اللَّهُمَّ فَرِّجْ عَنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ، اللهم اغفر لأمة محمد..اللهم اغفر لي ولمن آمن بك..

Dalam ertikata yang saudara punya kena buat pembetulan sikit. Mungkin saudara silap type je >> Allahumm Ashlih ((atau di baca Allahummashlih.. jangan guna huruf غ gha -asligh- tetapi huruf ح ha ‘senyum’)) ummata Muhhamad, Allahummarham ummata Muhammad, Allahumma farrij ((  2r / رّ )) ‘an ((huruf ع ‘ain bkn alif kerana عن‘an bermakna "daripada" sedang an pula أن bermakna "bahawa")) ummati Muhammad. Allahummaghfir li ummati Muhammad wa li man ((bukan walijamiman)) aamana bik.

Mengenai sanad hadith dan fadhilat yang saudara mahukan itu tidaklah saya temui. Namun begitu, mungkin doa yang saudara ambil itu adalah tambahan daripada matan hadith maqtuu’ (kata-kata, perbuatan dan sebagainya yang datang daripada tabi'en dan terhenti sekadar mereka sahaja yakni tidak sampai kepada sahabat dan apalagi Rasul SAW).

Hadith maqtuu’ yang saya maksudkan ialah sanadnya hanyalah sampai kepada Ma’ruf al Karkhi seorang imam daripada tabi’ien :


(حديث مقطوع) حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ جَعْفَرٍ , حدثنا عَلِيُّ بْنُ رُسْتُمَ , حدثنا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مَعْمَرٍ , قَالَ : سَمِعْتُ ثَابِتَ بْنَ الْهَيْثَمِ , يَقُولُ : سَمِعْتُ مَعْرُوفًا الْكَرْخِيَّ , يَقُولُ : " مَنْ قَالَ فِي كُلِّ يَوْمٍ عَشْرَ مَرَّاتٍ : اللَّهُمَّ أَصْلِحْ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ , اللَّهُمَّ فَرِّجْ عَنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ اللَّهُمَّ ارْحَمْ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ ، كُتِبَ مِنَ الأَبْدَالِ " .

8 :366 (Hadith Maqtuu’) Daripada Abdullah bin Muhammad bin Ja’far, daripada ‘Ali bin Rustam, daripada Ibrahim bin Ma’mar berkata : aku telah mendengar Tsabit bin al Haitam berkata : aku telah mendengar Ma’ruf al Kharki berkata :
Barangsiapa mengucapkan pada setiap hari 10 kali,

اللَّهُمَّ أَصْلِحْ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ , اللَّهُمَّ فَرِّجْ عَنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ اللَّهُمَّ ارْحَمْ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ

Maka di catatkan baginya daripada golongan al Abdaal (as one of the highest of elect believers)
Rujukan : Abu Nu’aim, Hilyat al Awliya 8:366

-Mengenai fadhilat doa dan kaifiyatnya telah jelas ternyata di dalam hadith di atas.-

Ada juga yang membaca doa selain saudara punya dan yang terkandung dalam hadith maqtu’ di atas dengan jalan bacaan yang sedikit berbeza:

اللهم أصلح امة محمد.. اللهم ارحم أمة محمد..اللهم سلم أمة محمد..اللهم اغفر لأمة محمد..اللهم اغفر لي ولمن آمن بك..ربنا اغقر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا انك غفور رحيم.

Apapun ia hanyalah sekadar doa yang tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak sepatutnya yakni tidak bercanggah dengan kaedah umum berdoa, maka saya tidak perlu menghuraikannya secara panjang lebar di sini  (biarlah hal selanjutnya dibahaskan secara terperinci dalam kaedah sebenar oleh mereka yang pakar)..  Namun untuk lebih yakin dan jelas akan sesuatu doa atau zikir yang mahu dijadikan amalan kita, maka sayugialah diambil daripada sumber yang shahih atau hasan kerana pasti banyaknya fadhilat atau manfaat yang akan diperolehi dan pastinya lebih berpeluang untuk dikabulkan. InsyaALLAH.

Apapun di sini perlu kita mendapat sedikit pengenalan mengenai hadis dhaif (salah satu punca yang menjadikan dhaifnya sesuatu thoraf hadis adalah kerana bersifat maqtu') dan hukum pengamalannya.

Hadis Dhaif.

Maksud : hadis yang tidak mencukupi syarat-syarat untuk menjadi SAHIH atau HASAN.
Iaitu sesebuah hadis yang tidak memenuhi syarat untuk diterima atau tidak mencapai taraf hadis SAHIH dan HASAN.

SEBAB HADIS DhaIF - LEMAH DARI SUDUT HUJAH.

•TIDAK CUKUP SYARAT-SYARAT SAHIH
•TERDAPAT KECACATAN ATAU ‘ILLAT
•PERIWAYATANNYA KURANG DHABIT
•SANADNYA TIDAK BERSAMBUNG
•TERDAPAT KEJANGGALAN (SYAZ)

PEMBAHAGIAN HADIS DAIF

1.HADIS DAIF PADA SANAD –terbahagi kepada 2 :
* sanad tidak bersambung
* kecacatan perawi, sama ada kelayakan atau dhabit.

2.HADIS DaIF PADA MATAN
-hadis mauquf
-hadis maqtu’

SYARAT BERAMAL DENGAN HADIS DAIF
•daif yang ada pada hadis itu adalah tidak keterlaluan
•maksud yang terkandung di dalam Hadis daif tidak bercanggah dengan kaedah umum agama Islam.
•Hendaklah berhati-hati ataupun Ihtiyat dari sudut pegangan ketika beramal dengannya. Hal itu supaya kita tidak tersalah menyandarkan hadis tersebut kepada Rasulullah, sedangkan hakikatnya ia bukan hadis atau bukan perkataan nabi.
• Hadis daif tidak boleh dijadikan hukum syarak, tetapi boleh beramal untuk perkara-perkara KECIL sahaja. TIDAK boleh digunakan sebagai DALIL dalam perkara-perkara HUKUm lebih-lebih lagi AQIDAH…

Kesimpulannya :
Masalah doa dalam ketiga-tiga versi itu, saya beranggapan harus sahaja beramal dengannya setelah menelitinya kandungannya. Cuma masalah abdal sahaja yang diyakini tiada kebenarannya untuk dijadikan hujah dengan membacakan doa ini sebagai amalan melayakkan seseorang menjadi abdal. Masalah abdal ini memiliki perbahasan yang sangat luas dan banyak sekali perbezaan pandangan ulamak dalam membicarakannya. Namun mengharapkan sesuatu yang baik pada diri kita tiadalah salah. Sekali lagi saya anjurkan, sebaiknya carilah yang Sahih atau Hasan kerana kepastiannya adalah meyakinkan.

Wallahu a’lam

HUKUM MELUDAH ...



                 (hadis yang menjadi persoalan sahabatku)
=================================================
Asal hukum meludah dalam masjid adalah HARAM kerana ada dalam hadis yang menyatakan ada kafarah bagi pelakunya jika berlaku iaitu mesti membasuhnya atau menghilangkannya.

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Membuang hingus di dalam masjid adalah satu dosa dan kafaratnya ialah dengan menimbusnya.
[Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 857 ]
==================================================
Namun jika ada keperluan maka harus meludah ke kiri atau ke bawah jika jumlah ludahan itu amat sedikit.

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Sesungguhnya Nabi s.a.w melihat hingus di arah kiblat masjid, lalu baginda menyapunya dengan batu kecil. Kemudian baginda melarang seseorang dari meludah ke kanan atau ke depan, tetapi bolehlah meludah ke kiri atau ke bawah telapak kaki kirinya.
[Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 853]

Jika banyak, ludah sahaja ke atas kain atau seumpamanya jika ludahan itu tiada bercampur najis.
====================================================
Bagaimana pula dengan hadis yang menjadi persoalan dan bagaimanakah pula cara melakukan ludahannya?



الكتب » صحيح مسلم » كتاب السلام » باب التعوذ من شيطان الوسوسة في الصلاة
حدثنا يحيى بن خلف الباهلي حدثنا عبد الأعلى عن سعيد الجريري عن أبي العلاء أن عثمان بن أبي العاص أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا رسول الله إن الشيطان قد حال بيني وبين صلاتي وقراءتي يلبسها علي فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله منه واتفل على يسارك ثلاثا قال ففعلت ذلك فأذهبه الله عني


Sesungguhnya Usman bin Abi al Ash r. a telah mendatangi Nabi SAW, kemudian berkata : Ya Rasulullah sesungguh-sungguhnya syaitan telah mendinding (menyekati) antaraku dan solatku dan bacaanku, dia mengacauku. Maka Rasulullah SAW bersabda : itulah syaitan yang bernama Khinzib*, bila engkau rasa ada godaan maka berta'awudzlah dan ludahlah ke sebelah kiri sebanyak 3 kali.


*Khinzib (boleh juga dibaca dengan beberapa wajah)

Dari Lisan al `Arabi:
والتَّفْل بالفم لا يكون إِلا ومعه شيء من الريق، فإِذا كان نفخاً بلا ريق فهو النَّفْث. الجوهري: التَّفْل شبيه بالبَزْق وهو أَقل منه، أَوَّله البَزْق ثم التَّفْل ثم النَّفْث ثم النَّفْخ.

Maksud: Dan تفل adalah dengan mulut, tidak berlaku melainkan bersama-samanya sesuatu dari air liur, maka apabila ianya 'ludah' tanpa air liur maka ia adalah النَّفْث. Al-Jawhari : التَّفْل menyerupai akan البَزْق akan tetapi ia lebih ringan dari itu. Mulanya البَزْق kemudian التَّفْل kemudian النَّفْث (ludah tanpa air liur) dan kemudian النَّفْخ (tiup).



Meludah dalam hadis yang menjadi persoalan di atas dengan berpandukan pada hadis-hadis yang telah didatangkan sebelumnya, pastinya bukanlah ludah dengan tujuan membuang sesuatu (secara asasnya mana mungkin sabda Rasul itu saling bertentangan melainkan adanya sebab tertentu).

Maka bagi pandangan saya meludah untuk menghilangkan was-was memadailah dengan meludah yang ringan (bukan meludah kosong dan bukan pula menghembus). Caranya cukuplah dengan
toleh sekadar arah kiri dengan mengarahkan ke arah bawah. Jika inilah yang difahami sebagai isyarat maka saya juga bersetuju.

=================================================
Bagaimanapun, pendapat Dr Abu Ameenah Bilal Philips dalam kitabnya Ta`bir ar-Ru'ya (Darul Fatah, UAE, 1996), meludah dalam hadis tersebut ialah nafas (نفث) yakni meludah isyarat tanpa ada air liur sebagaimana yang disebut akannya oleh seorang pelawat di dalam al Fikrah.net tidaklah pula saya ketahui. 
==================================================

Peringatan : Dalam solat boleh sebut A'uzubillah pada bila-bila masa saja melainkan ketika sedang membaca surah Al-Fatihah, kerana akan putus walat (berturutan) dan jika disebut, jika terbuat wajib ulangi Surah Al-Fatihah dari ayat pertama kembali... Begitu juga dalam takbiratul ihram. Dan tiadalah saya tahu jika ada pendapat lain dalam hal ini.
==================================================
Penjelasan Tambahan

Meludah ke arah hadapan dilarang
Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melihat air liur di dinding yang menghadap ke arah kiblat lalu baginda menyapunya. Kemudian baginda berpaling kepada para sahabat dan bersabda: Semasa kamu sembahyang, kamu janganlah meludah ke depan kerana sesungguhnya Allah sedang menghadap ke arah kamu semasa kamu sembahyang.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #852)

Meludah ke arah kanan dilarang
kalau tak silap kerana nak memuliakan malaikat ... (nanti cek lain)

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Semasa salah seorang daripada kamu sembahyang, sesungguhnya dia sedang memohon pertolongan dari Tuhannya. Janganlah dia meludah ke depan atau ke kanannya. Tetapi hendaklah dia meludah ke bawah telapak kaki kirinya.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #856
wallahu a'lam...
==================================================

Sumber :
2. http://www.hilmi07.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=19526

Rabu, 17 Ogos 2011

Merenung Penerapan Semangat Badar Kubra Ke Atas Jama'ah Harakiah

Bacalah dengan nama ALLAH, silalah merenungnya dan diambil kefahamannya serta kemudian terapkanlah ke dalam setiap gerak kerja jama'ah harakiah

Peristiwa Perang Badar Kubra

Sejarah Perang Badar Kubra, menurut riwayat Abu Ishaq, Rasulullah keluar bersama 314 orang sahabatnya pada suatu malam di bulan Ramadhan dengan membawa 70 ekor unta. Setiap unta ditunggangi secara bergantian oleh dua atau tiga orang. Kaum muslimin tidak mengetahui keberangkatan bala bantuan Quraisy yang keluar dari Mekah dengan tujuan perang. Pada saat itu, Abu Sufyan berhasil lolos menyusuri mata air Badar dengan melewati jalanan panjang menuju Mekah.


Keperluan Kajian Dan Penilaian Yang Strategik.
Rasulullah SAW beserta para sahabat bergerak menuju ke Badar dan langsung menempati posisi yang menguntungkan (strategik). Setelah orang-orang musyrik muncul dan kedua pihak saling melihat, baginda lantas berdiri memohon pertolongan kepada Allah, diikuti sahabat lainnya dengan penuh ikhlas dan rendah diri di hadapanNya.

Keperluan Saling Memberi Ransangan Dan Keyakinan Di Atas Kebenaran.
Ketika dua pasukan semakin mendekat, Rasulullah berdiri di tengah kaum muslimin untuk menyampaikan nasihat dan mengingatkan kemenangan yang tak akan lama lagi diraih. Beliau juga mengabarkan, bahawa Allah menjanjikan (jaminan) masuk syurga, bagi sesiapapun sahaja yang syahid di jalanNya.

Bedoa Dan Berzikir Sebanyak-Banyaknya Dalam Perjuangan.
Pada peperangan ini, diriwayatkan bahwa Rasulullah senantiasa (berterusan) memperbanyak doa, dengan penuh ketundukan dan khusyu’, sehingga Abu Bakar r.a hiba melihat keadaan baginda, seraya beliau berkata “Ya Rasulullah, demi diriku yang berada di tanganNya, bergembiralah! Sesungguhnya Allah pasti akan menunaikan janjiNya kepadaMu.”

Salah satu dari doa baginda, “Ya Allah, inilah orang-orang Quraisy yang datang dengan kebongkakkan dan kesombongannya untuk mendustakan RasulMu. Ya Allah, kurniakanlah kemenangan yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, kalahkan mereka esok hari…”

Pertempuran dimulai pada pagi hari tahun kedua hijriyah. Rasulullah mengambil segenggam kerikil dan melemparakannya ke arah kaum musyrik seraya berkata, “Hancurlah wajah-wajah mereka!” sehingga menimpa mata semua pasukan Quraisy. Allah pun mendukung kaum mukmin dengan bala bantuan berupa Malaikat.

Akhirnya, kemenangan besar diraih kaum muslimin. Di mana 70 musyrikin terbunuh dan 70 yang lain tertawan, sedangkan hanya 14 orang dari kaum mukminin yang mencapai syahid.


Bentuk Pertolongan Allah Dalam Perang Badar


Sesungguhnya betapa banyak dan besarnya pertolongan yang Allah berikan bagi pasukan Rasulullah Saw. dalam perang Badar. Betapa janji Allah selalu benar, bahwa Allah Swt. pasti akan menolong hambaNya yang menolong agamaNya. Sejarah telah mencatat rahmat Allah yang menyertai orang-orang yang beriman. Kemenangan sejati selalu ada ketika ia bersandingan dengan iman. Berikut adalah beberapa hal yang menyokong kemenangan yang diraih kaum muslimin.

Sejarah telah mencatat rahmat Allah yang menyertai orang-orang yang beriman. Kemenangan sejati selalu ada ketika ia bersandingan dengan iman

1.    Pasukan Malaikat

Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahwa ketika seorang sahabat mengejar dengan gigih seorang musyrik yang ada di depannya, tiba-tiba ia mendengar suara pukulan dan suara penunggang kuda yang menghentakkan kudanya. Lalu sahabat tersebut melihat orang musyrik itu jatuh tewas terkapar dengan keadaan hidung dan wajahnya terluka berat akibat pukulan keras. Hal tersebut ia ceritaka kepada Rasulullah SAW, beliau bersabda, “Kau benar, itu adalah pertolongan Allah dari langit ketiga.” (H.R.Bukhari dan Muslim)

Kemenangan pada perang Badar menjadi pesta di kalangan para malaikat karena peristiwa ini adalah pertama kalinya mereka diizinkan terjun ke gelanggang perang di bawah komando Jibril dengan seribu pasukan malaikat pilihan.

“Sesungguhnya Aku akan mendatangkan kepadamu bala bantuan dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.” (Q.S.An Anfal:9)

Para Malaikat yang terlibat dalam Perang Badar memiliki kemuliaan di antara semua malaikat. Rafi’ah bin Rafi’ Az Zarqi mengatakan, “Jibril berkata kepada Nabi SAW dan berkata: Bagaimana kalian menganggap veteran Badar di antara kalian? Rasulullah manjawab: Termasuk muslimin yang paling mulia. Jibril berkata: demikian pula malaikat yang mengikuti perang Badar.”

2.    Allah Meneguhkan Hati  

“Dan Allah tidak menjadikan (bantuan bala tentara malaikat itu) melainkan sebagai kabar gembira dan agar hatimu menjadi tentram karenanya. Dan kemenangan itu hanya dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa Maha Perkasa. (Q.S.Al Anfal:10)

3.    Rasa Mengantuk dan Turunnya Hujan

“Sesungguhnya Allah manjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripadaNya dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk membersihkanmu. Kerana dengan air hujan itu, Allah Swt. menghilangkan gangguan syaitan daripadamu dan menguatkan hatimu serta memperteguh  kedudukanmu.” (Q.S.Al Anfal:11)

Rasa mengantuk yang melanda para mujahid Badar merupakan salah satu nikmat. Mengapa demikian? Kerana situasi perang tidak kondusif untuk tidur, guna mengembalikan energi, maka rasa mengantuk menjadi suatu terapi dari suasana yang tegang dan mencengkam. Kerana malam hari bagi kaum musyrikin adalah untuk bersenang-senang, sementara kaum muslimin dikaruniakan rasa mengantuk sebagai rangsangan tidur untuk memulihkan kembali tenaga.

Saat itu pun turun hujan baik di tempat kaum muslim maupun kafir. Hal ini dijadikan nikmat bagi kaum muslim tetapi menjadi siksaan dan halangan bagi kaum kafir. Contohnya, tanah kaum muslim menjadi padat dan tidak berdebu sehingga menjadi kokoh diinjak dan tidak mengganggu pandangan. Hujan menjadi salah satu bantuan dalam bentuk rahmat yang Allah Swt. turunkan kepada kaum mu’minin dalam pertempuran Badar itu, selain  jundun min jundillah atau tentara Allah, seperti para malaikat yang Allah turunkan untuk mengacaukan pasukan kaum Musyrikin.

Latihan dan Persiapan Berkala
Rasulullah saw. dan generasi awal umat ini benar-benar menyadari, bahwa masyarakat paganis ekstrim dari keturunan Quraisy dan semua kelompok yang sejenis dengannya tidak akan pernah membiarkan umat Islam memiliki kebebasan menjalankan Syari’atnya di Kota Yatsrib, setelah sebelumnya mereka diusir beramai-ramai dari Kota Makkah. Dari itu, umat Islam pun mempersiapkan segalanya.

Di Kota Madinah kaum Muslimin mempersiapkan diri dengan membangun kekuatan dengan cara selalu berlatih berperang, agar mereka tidak lagi dilecehkan orang-orang musyrik dan juga kabilah-kabila Yahudi. Sadar akan kekuatan Islam yang selama ini tersebunyi. Hal ini menggetarkan musuh, sehingga musuh tidak menyerang umat Islam di Kota Madinah. Bahkan dengan kekuatan yang dimiliki kaum muslimin ini, masyarakat Quraisy paham bahwa orang-orang Muhajirin yang selama ini lari dari tekanan dan penindasannya, bukan lagi pada posisi yang lemah dan hina. Namun kini mereka telah berubah menjadi satu komunitas yang kuat, dan mampu menggetarkan mereka. Dari itu pasukun Rasululah  patut diperhitungkan.


Kepentingan Dan Keutamaan Perisikan, Pemantauan Serta Pembahagian Tugasan. 

Rasulullah saw. segera melatih para sahabatnya dan mengutus mereka untuk melakukan pengintaian di sekitar Kota Madinah secara berkala. Tujuannya adalah sebagai latihan, eksplorasi, dan persiapan peperangan. Beberapa tugas yang pernah baginda delegasikan kepada para sahabat antara lain:

1.   Pasukan yang dipimpin oleh Hamzah bin ‘Abdul Muththalib. Mereka sebanyak 30 orang penunggang kuda daripada kalangan Muhajirin. Pasukan ini ditugaskan berpatroli mengawasi wilayah dari penyelusupan kaum Musyrikin, hingga melewati daerah Al-‘Iish di tepi laut.
2.  Pasukan yang dipimpin oleh ‘Ubaidah bin Harits. Mereka sebanyak 60 orang penunggang kuda dari kalangan Muhajirin sampai ke daerah Raabigh.
3.  Pasukan yang dipimpin oleh Sa’d bin Abi Waqqash, dengan kekuatan pengintai berjumlah 80 orang Muhajirin dan bertugas sepanjang jalan yang menghubungkan Makkah dan Madinah.
4.  Perang Wuddan. Pasukan yang langsung di bawah pimpinan Rasulullah saw. berjumlah 200 orang penunggang kuda, onta dan pejalan kaki,  berjalan memantau wilayah kekuasaan hingga daerah Wuddan. Dalam menjalankan tugas pengawasan wilayah yang dipimpin langsung oleh Rasulullah terjadi Peperangan Wudan. Pada peperangan ini Rasulullah saw. mengadakan perjanjian dengan Bani Dhamrah. Salah satu tujuan peperangan ini adalah untuk membangun sebuah aliansi dengan kabilah-kabilah yang selama ini menguasai jalur yang menghubungkan antara Kota Makkah dan Madinah.
5.    Perang ‘Usyairah. peperangan dengan jumlah pasukan sebanyak 200 orang penunggang dan pejalan kaki di bawah kepemimpinan Rasulullah saw. Tujuan dari peperangan ini adalah untuk menunjukkan kekuatan kaum muslimin di hadapan orang-orang musyrikin serta membangun kesepahaman dengan kabilah-kabilah yang terdapat di daerah jalur perdagangan orang Quraisy di antara Kota Makkah dan Madinah.
6.    Perang Buwaath. Peperangan dengan jumlah pasukan sebanyak 200 orang penunggang dan pejalan kaki di bawah kemimpinan Rasulullah saw. Tujuannya adalah untuk bisa sampai ke daerah Buwaath dari sisi gunung Radhwa ke jalur perdagangan Quraisy di antara kota Makkah dan Madinah, selain untuk menekan kegiatan perdagangan mereka.
7.    Pasukan di bawah pimpinan ‘Abdullah bin Jahsy. Pengintaian yang hanya memiliki kekuatan seramai lapan orang dari kalangan Muhajirin. Bersama itu, ‘Abdullah membawa sepucuk surat dari Rasulullah saw. Baginda berpesan untuk tidak membuka surat tersebut kecuali dua hari setelah mereka melakukan perjalanan. Ketika surat itu dibuka, di dalamnya terdapat tulisan, ”Jika engkau telah membaca surat ini, maka teruslah berjalan hingga engkau sampai di sebuah pohon kurma yang terletak di antara Makkah dan Thaif. Lalu perhatikan gerak-geri orang Quraisy dan berikan informasinya kepada kami.” Abdullah segera berangkat hingga akhirnya ia sampai di sebuah pohon kurma. Sebuah kafilah Quraisy lewat dan langsung di serang oleh kaum muslimin. Pada peperangan ini, orang-orang musyrikin yang tewas antara lain ‘Amr bin Hadhrami, sementara kaum muslimin berhasil menawan dua orang dari kalangan musyrikin, namun yang keempat berhasil melarikan diri.
8.    Perang Badar Pertama. Prediksi atau ramalan Rasulullah saw. dan para sahabat tentang kaum musyrikin benar-benar menjadi sebuah kenyataan. Tak lama setelah baginda menetap di Kota Madinah, orang-orang musyrikin di bawah pimpinan Karz bin Jabir Al-Fihry melakukan penyerangan terhadap ladang pengembalaan ternakan milik orang Madinah dan merampas beberapa ekor unta dan kambing milik kaum muslimin. Rasulullah Saw. pun segera bergerak untuk mengusir agresor tersebut dan merebut kembali unta maupun kambing milik kaum muslimin yang sempat mereka rampas. Pasukan perang kaum muslimin di bawah pimpinan Rasulullah Saw. ketika itu bergerak sampai ke daerah Wadi Sufyan, dekat dengan Badar. Namun demikian mereka tidak dapat mengejar agresor musyrikin sehingga mereka pun harus kembali tanpa ada peperangan.

Latar Belakang Perang Badar Kubra

Perang Badar yang meletus antara kaum muslimin dan orang-orang musyrik dipicu oleh beberapa sebab, di antaranya:

1. Pengusiran Kaum Muslimin dari Kota Makkah
Genderang perang terhadap kaum muslimin, sebenarnya sudah ditabuh oleh orang-orang musyrikin sejak Rasulullah Saw. menyampaikan risalah dakwah. Mereka telah melakukan penyiksaan terhadap kaum muslimian dan merampas harta benda para sahabat nabi di kota Makkah. Perlakukan mereka terhadap orang-orang Muhajirin tidak lagi mengenal prikemanusiaan. Mereka merampas rumah dan kekayaan kaum Muhajirin. Orang Islam pun melarikan diri dan menukarnya dengan keredhaan Allah Swt. Kita dapat melihat sendiri bagaimana orang kafir Quraisy merampas dan menguasai harta benda Shuhaib sebagai imbalannya, Shuhaib diizinkan untuk berhijrah ke Madinah. Kita pun dapat menyaksikan bagaimana mereka menduduki rumah-rumah dan peninggalan kaum muslimin yang ditinggal oleh pemiliknya.

Dan kejadian 15 abad yang lalu tak ubahnya seperti yang sedang mereka lakukan di Palestin, Afghanistan, Iraq dan negara-negara Islam lainnya.

2. Penindasan Terhadap Umat Islam Hingga Kota Madinah
Apa yang dilakukan orang Quraisy terhadap umat Islam, ternyata tidak hanya ketika mereka berada di Kota Makkah. Di bahwa pimpinan Kurz bin Habbab Al-Fihri, mereka memprovokasi kaum musyrikin lainnya untuk menyerang, menteror, dan menguasai harta benda milik kaum muslimin yang ada di Kota Madinah (sebagaimana yang terjadi pada Perang Badar Shughra). Oleh karena itu, sudah sewajarnya apabila orang-orang musyrik menerima balasan atas semua permusuhan dan penindasan mereka terhadap umat Islam selama ini. Mereka begitu sadar, bahwa banyak kepentingan dan hasil perdagangan mereka yang akan berpindah ke tangan orang-orang Islam di sana, selain bahwa kini Islam telah memiliki pasukan dan wilayah yang mampu memberikan perlawanan atas kewenang-wenangan, menegakkan kebenaran dan menumbangkan kebatilan meskipun orang-orang yang berhati durjana tidak menyukainya.

3. Memberi Pelajaran Kepada Quraisy
Oleh karena itu, begitu Rasulullah saw. mendengar bahwa kafilah dagang Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufyan bin Harb dan ‘Amr bin Al-‘Ash bersama 40 orang bergerak dari Syam membawa harta orang-orang Quraisy yang keseluruhannya mencapai seribu ekor unta, maka beliau pun segera mengajak kaum muslimin untuk bergerak mendatanginya. Rasulullah saw. mengatakan, ”Ini adalah perdagangan Quraisy. Maka keluarlah kalian, semoga Allah swt. akan memberikannya kepada kalian.” Mendengar seruan ini, sebahagian kaum muslimin menyambutnya sementara yang lainnya merasa sedikit berat dengannya. Mereka menganggap bahawa ketika itu Rasulullah saw. tidak bermaksud mengumandangkan sebuah peperangan. Kerana baginda mengatakan, ”Barangsiapa yang saat ini memiliki tunggangan, maka hendaklah dia ikut bersama kami.” Baginda tidak menunggu sahabat yang tunggangannya tidak ada pada saat itu.


Hasil Perang Badar

Perang Badar (dengan seluruh hasil yang ia torehkan bagi sejarah harakah Islamiah maupun sejarah umat manusia seluruhnya) telah menjadi sebuah pelajaran yang sangat jelas sekali bagi harakah Islamiah maupun bagi perjalanan sejarah ke depan. Allah swt. menyebut hari itu dengan nama “yaumul furqan yaum iltaqa al-jam’an” atau hari pembeza, hari di mana dua kekuatan bertemu. Peperangan ini sendiri memberikan beberapa buah hasil penting antara lain:

1.    Perang Badar merupakan pembatas di antara dua ikatan dan menjadi pembeza antara yang haq dan yang bathil. Kekuatan umat Islam semakin kuat sehingga dataran Arab pun turut memperhitungkannya. Kebenaran muncul di permukaan dengan rambu-rambu akidah dan prinsip-prinsip dasar yang dibawanya.
2.    Tergoncangnya kedudukan Quraisy di mata orang Arab serta kegalauan (fobia) penduduk Makkah di hadapan tamparan yang tak diduga tersebut.
3.     Tampilnya umat Islam sebagai sebuah kekuatan yang memiliki arti dan pengaruh. Hal ini menyebabkan banyak kabilah yang tinggal di sepanjang jalur Makkah dan Syam membuat perjanjian kesepakatan dengan mereka. Dengan demikian kaum muslimin sudah berhasil menguasai jalur tersebut.
4.    Sebelum Perang Badar meletus, kaum muslimin mengkhuatiri kewujudan orang-orang non muslim yang tinggal di kota Madinah. Namun setelah mereka kembali ternyata kenyataannya justeru sebaliknya.
5.    Semakin bertambahnya kebencian orang-orang Yahudi terhadap umat Islam. Sebahagian mereka mulai menunjukkan permusuhannya secara terang-terangan. Sementara yang lainnya menjadi agen yang membawa berita seputar perihal kaum muslimin kepada orang-orang Quraisy serta memprovokasi mereka untuk menyerang umat Islam.
6.    Aktiviti perdagangan Quraisy menjadi semakin sempit. Akhirnya mereka terpaksa menapaki jalur Irak melalui Najd karena takut apabila dikuasai oleh orang-orang islam. Dan jalur ini merupakan jalur yang panjang.
7.    Pada Perang Badar, 14 orang daripada kalangan kaum muslimin gugur sebagai syuhada iaitu seramai 6 orang dari kalangan Muhajirin dan 8 yang lainnya adalah daripada kalangan Ansar. Sementara daripada pihak orang musyrikin pula yang tewas terbunuh adalah sebanyak 70 orang dan 70 orang lagi berhasil ditawan. Kebanyakan dari mereka adalah pemuka dan pembesar Quraisy.

ALLAAHU AKBAR...!!!
ALLAAHU AKBAR...!!!
ALLAAHU AKBAR...!!!

Sumber:
1.    Tafsir Al Munir Fi al Aqiidati Wa syari’ati wa minhaji
2.    Tahdzib Sirah Ibnu Hisyam,
3.    Ar-Raudh al Anf ; 2/32-38

Disunting oleh : Ustazthrash Mujahid ( 6.40 pagi - 17 Ramadhan 1432 H )

Jumaat, 12 Ogos 2011

Keberatan Adalah Penyebab Keringanan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Segala puji-pujian hanya bagi ALLAH Yang Maha Bijaksana dalam mentadbir sekalian alam semesta. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan, ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

Wahai saudara-saudaraku sekalian, jika kita mengaku diri kita sebagai pejuang-pejuang dan pendokong-pendokong gerakan Islam tidak boleh tidak hendaklah kita berfikir di atas landasan Islam dan sentiasalah berusahalah memahami Islam yang sebenar dan jadikanlah Islam itu sebagai cara hidup. Akal yang tidak berlandas selalu menipu diri kita.

Firman Allah :
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah 2 : 216)

Pelajaran dari Ayat:
  • Ketidaktahuan seseorang terhadap akibat atau balasan sebuah perbuatan ataupun ketentuan Allah, menjadikannya menyenangi perbuatan yang dibenci atau diharamkan, dan menjadikannya membenci dan menjauhi perbuatan yang sebenarnya dicintai dan diridhai Allah, walaupun terkadang bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsunya.
  • Seluruh perintah Allah adalah baik, dan seluruh larangan-laranganNya adalah buruk. Maka dari itu wajib bagi setiap muslim untuk melaksanakan seluruh perintahNya dan menjauhi seluruh larangan-laranganNya.
Firman ALLAH :
"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar‐benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali‐kali tidak menjadikan untuk mu dalam agama suatu kesempitan. Ikutilah agama orang tuamu Ibrahim. Dia telah menamai kamu orang‐orang muslim dari dahulu, dan dalam ini supaya rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat, dan berpeganglah kamu kepada tali Allah. Dia adalah pelindungmu, maka Dialah sebaik‐baik Pelindung dan Penolong.”  
(Al-Hajj 22 : 78)

Ada empat macam jihad di jalan Allah, yaitu:
1. Jihad dalam erti mempertahankan diri dari serangan musuh.
2. Jihad dalam erti menegakkan agama Allah dan untuk meninggikannya.
3. Jihad dengan erti berusaha melepaskan diri dari godaan syaitan.
4. Jihad dengan erti memerangi hawa nafsu.
Berdasarkan petikan ayat pertama di atas, sekalipun perang itu dibenci oleh kaum Muslimin, tetapi kerana untuk mempertahankan diri dan menegakkan agama Allah, maka dalam situasi peperangan dibolehkan untuk kaum Muslimin melakukan perbuatan‐perbuatan yang dianggap melampaui batas jika di luar suasana peperangan.

Dalam ayat kedua di atas diterangkan bahwa Allah SWT telah memilih umat Muhammad untuk melakukan jihad itu. Pemilihan itu adalah kerana agama yang dibawa Muhammmad adalah agama yang telah disempurnakan Allah, yang di dalamnya terdapat ketentuan‐ketentuan tentang jihad. Hal ini merupakan perhormatan Allah SWT kepada Nabi Muhammad beserta umatnya.

Saudara-saudarku sekalian, sesungguhnya Allah SWT telah menerangkan bahwa agama yang telah diturunkan‐Nya kepada junjungan kita Muhammad SAW itu bukanlah agama yang sempit dan sulit, tetapi adalah agama yang lapang dan tidak sempit dan sulit, tetapi adalah agama yang lapang dan tidak menimbulkan kesulitan kepada hamba yang melakukannya.

Semua perintah‐perintah dan larangan‐larangan yang terdapat dalam agama Islam itu tujuannya adalah untuk melapangkan dan memudahkan hidup manusia, agar mereka hidup berbahagia di dunia dan di akhirat nanti. Hawa saja hawa nafsu manusialah yang mempengaruhi dan menimbulkan dalam pikiran mereka bahwa perintah‐perintah dan larangan‐larangan Allah itu terasa berat dikerjakan.

Rasulullah SAW mengatakan bahwa agama Islam itu mudah, orang‐orang yang memberat‐beratkan beban dalam agama akan dikalahkan oleh agama sendiri, sebagaimana tersebut dalam hadis: Rasulullah SAW pernah memberikan suatu peringatan yang keras kepada suatu golongan yang memberatkan beban dalam agama, sebagaimana tersebut dalam hadis:

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, beliau pernah bersabda: “Sesungguhnya agama itu mudah dan sekali-kali tidak akan ada seorangpun memberatkan agama, kecuali agama itu akan mengalahkannya. Kerana itu bekerjalah kamu dengan betul, sederhanakanlah, bergembiralah, dan jadikanlah berkarya di pagi dan di petang hari serta bepergian sebagai penolongmu” (HR Bukhari).

Dari Aisyah ra, ia berkata, “Rasulullah saw pernah membuat sesuatu, maka beliau meringankannya, lalu sampailah hal yang demikian kepada beberapa orang sahabat beliau. Seolah-olah mereka tidak menyukainya. Maka sampaikanlah persoalan itu pada beliau, lalu beliau berdiri berpidato dan berkata: Apakah gerangan keadaan orang-orang yang telah sampai kepada mereka tentang sesuatu perbuatan yang akan meringankannya, lalu mereka tidak menyukainya? Demi Allah (kata Rasulullah): Sesungguhnya aku orang yang paling tahu di antara mereka tentang Allah dan orang yang paling takut di antara mereka kepadaNya. (HR. Bukhari dan Muslim).

Dan Dia sekali‐kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.” Yakni, Dia tidak membebanimu dengan sesuatu yang tidak kamu sanggupi. Dia tidak mewajibkan kepadamu dengan sesuatu yang menyengsarakan kamu, namun Allah memberi kemudahan dan jalan keluar.

Solat yang merupakan rukun Islam yang paling utama setelah syahadah, dapat kamu lakukan secara sempurna, di jamak, di qhasar, dikerjakan sambil berjalan, sambil berkendaraan, dengan menghadap kiblat, dengan tidak menghadap kiblat, sambil berdiri, duduk dan berbaring, dan dilakukan dengan keringanan dan kemudahan lainnya dalam menjalankan berbagai kewajiban dan ketetapannya. Kerana itu, Nabi saw. Bersabda : “ Aku diutus membawa agama yang hanif dan toleran."

Beliau juga bersabda kepada Mu’adz dan Abu Musa takala mengutus keduanya ke Yaman : “Gembirakanlah dan jangan ditakut‐takuti. Mudahkanlah dan jangan dipersulit. Kerana itu, sehubungan dengan firman Allah Ta’ala : " Dan Dia sekali‐kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan,”

Apabila bercakap mengenai kesulitan maka jangan dilupakan bahawa di sana adanya keringanan. Justeru itu permudahkanlah asalkan tidak melanggar batas-batas teladan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat generasi al Quran. Para ulamak yang berkelayakan pasti boleh sahaja mencari gali dan merumuskan sesuatu hukum untuk mencapai ketepatan dan menjayakan kebenaran yang diimpikan semua kaum muslimin. Janganlah bersikap dengan apa yang pernah

Maka, usahlah diperberat-beratkan serta dikusut-kusutkan fikiran kita yang tidak seberapa ini. Silap gaya nanti akan terjerumus pula ke dalam kesesatan dan tergolong pula dalam kalangan al Ruwaibidhoh yang pernah disebut baginda SAW atau mungkin sahaja 'ashabul ra'yi' yang disebut oleh Syaidina Umar r.a. 

Menyokong tindakan para ulama yang thiqah ini lebih mudah daripada memikirkannya sehingga mendatangkan kekeliruan pula kepada orang ramai. Janganlah kerana kecintaan kita kepada Islam maka kita lupa bahawa para ulamak haraki lebih mencintai Islam berbanding kita. Bukankah semakin kenal Islam semakin cinta? Tak kenal maka tak cinta. Jangan bersikap tangan kanan menegak dan tangan kiri meroboh sesuatu apa yang masih bersisa.

Lihat sahaja dalam isu yang mengelirukan masyarakat apabila dilakukan sesuatu perkara yang bersikap tajdidiyah sebagaimana perhimpunan, tuntutan BERSIH 2.0 serta cara pelaksanaanya yang dibuat baru-baru ini. Telah timbul pelbagai telahan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang sangat berbeza dengan pandangan ulama' haraki. Sehinggakan masyarakat yang berfikiran politik demokrasi kelas ketiga terpedaya dan menganggap seolah-olah mereka yang lantang berkhutbah mengharamkan BERSIH itu lebih alim dan cintakan Islam lebih daripada kalangan ulama' haraki yang telah diiktiraf oleh ALLAH dan Rasul serta para kalangan alim ulama harakiyah daripada kalangan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah di seluruh dunia. Apakah mereka ini berniat menolak hadis Hilful Fudhul??

Benarlah kata Sheikul Islam Ibnu Taimiyah :

سيأتي زمن كثير الخطباء و قليل الفقهاء  
Akan datang suatu zaman ramainya yang berkhutbah namun sedikit sekali yang tergolong dalam kalangan fuqaha'. 
ٍ
Hadis-hadis di atas telah menyatakan sikap manusia yakni fitrahnya yang mudah melatah dan terkejut sehinggakan Rasulullah menegaskan bahawa baginda adalah yang paling takut kepada Allah dalam ertikata yang lain tidak mungkin memandai-mandai untuk melanggar ketetapan Allah. Bukankah juga para ulama' telah diiktiraf oleh Allah sebagai golongan hamba yang paling takutkanNya? Maka tidak mustahillah Rasulullah SAW bersabda bahawa ulamak itu adalah pewaris anbiya. 


Jelas sekali kekeliruan yang berlaku dikalangan ummat Islam hari ini adalah berpunca daripada tiada keyakinan terhadap para ulama walaupun jelas sekali para ulama itu tiada melakukan dosa sebagaimana dosa-dosa yang dilakukan oleh mereka dan tiada pula ulama itu mencari habuan dunia secara melanggari batasan dengan ilmu mereka.

Ingatlah sesungguhnya solat yang sebegitu besar  rukunnya selepas syahadah sekalipun mempunyai keringan dan perubahan cara pelaksanaannya. Kaedah Fiqh ada menyatakan :
 المشقة تجلب التيسر
Keberatan itu penyebab keringanan. 

Justeru itu janganlah kita cuba memberatkan sesuatu kelonggaran atau rukhshah yang diizinkan syara' sehingga akhirnya kita sendiri tidak mampu melaksanakannya langsung. Apa yang penting ialah keringanan yang dibenarkan sahaja  dilaksanakan oleh para ulama yang sememangnya takutkan Allah.

Sama-samalah kita memohon ketetapan di dalam beragama ini dan tetap terus melaksanakan takhlif ke atas kita, InsyaAllah semoga kita diberkati dalam kehidupan yang sementara ini.

Kemudian ingatlah untuk selalu 'renew' perjanjian dengan membaca sayyidul istighfar secara yakin dan di mana daripada keyakinan inilah lahirnya kesungguhan di dalam melaksanakan amanah sebagai seorang hambaNya yang sebenar sehingga layak untuk kita mendapat keredhaan ALLAH serta syafaat Rasulullah dan layak menjadi penghuni bersama kaum mukminin di syurga.

Nabi shallallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Penghulu Istighfar ialah kamu berkata:

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

Ya Allah, Engkau adalah Rabbku. Tiada ilaha selain Engkau. Engkau telah menciptakan aku, dan aku adalah hambaMu dan aku selalu berusaha menepati ikrar dan janjiku kepadaMu dengan segenap kekuatan yang aku miliki. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui betapa besar nikmat-nikmatMu yang tercurah kepadaku; dan aku tahu dan sadar betapa banyak dosa yang telah aku lakukan. Karenanya, ampunilah aku. Tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau).”  Barangsiapa yang membaca doa ini di  petang hari dan dia betul-betul meyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada malam harinya, maka dia termasuk penghuni surga. Barangsiapa yang membaca doa ini di pagi hari dan dia betul-betul meyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada siang harinya, maka dia termasuk penghuni surga.”
(HR Bukhary 5831 - 7/150)


Wallahu a'lam ...

Al Faqir Ilaa Afwi Rabbih
12 Ogos 2011 - 12 Ramadhan 
                                                                          

Khamis, 11 Ogos 2011

Kepalsuan Hadis 'Muncul Suara Ramadhan '

بسم الله الرحمن الرحيم
إنَّ الحَمدَ للهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا، وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِى اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَ مَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مَحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ . صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين. أَمَّا بَعْدُ… 
فإِنَّ أَصْدَقَ الحَدِيثِ كِتَابُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَأَحْسَنَ الهَدْيِ هَدْيُ مُحَمُّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّار (صحيح مسليم

Sesungguhnya segala puji hanyalah bagi Allah. Kami memuji-Nya, meminta pertolongan dari-Nya dan meminta ampun kepada-Nya. Dan kami berlindung dengan Allah daripada kejahatan diri-diri kami dan keburukan pekerjaan kami. Dan barangsiapa yang Allah berikan petunjuk maka tiada kesesatan baginya dan barangsiapa yang Allah sesatkan maka tiada petunjuk baginya. Aku bersaksi bahawasanya tiada tuhan yang layak diabdikan diri melainkan Allah, yang Maha Esa (tunggal), tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Semoga Allah melimpahkan salawat dan salam kepada baginda, keluarga dan sahabatnya serta orang-orang yang mengikuti jejak mereka dengan baik hingga Hari Kiamat.

Seterusnya…

Maka sesungguhnya sebenar-benar pertuturan ialah Kitab Allah azzawajalla, dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad ﷺ, dan seburuk-buruk urusan ialah perkara-perkara baru (di dalam agama). Maka sesungguhnya setiap perkara baru itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah kesesatan, dan setiap kesesatan itu adalah di dalam api neraka.
[Shahih Muslim]
===================================
Tersebar sudah sebuah berita di laman-laman social dengan berdasarkan sebuah hadis yang menakutkan, ramai yang berdoa memohon keampunan dan mungkin ada yang telah mula melakukan pelbagai perkara diluar batasan akal fikiran dan syariat.


Berita menakutkan ini ialah :

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj.


( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)
=======================================

Apakah benar kesahihan hadis di atas??


Setelah saya mentakhrijkan hadis di atas dengan pengetahuan saya yang cetek dalam bidang ini. Maka saya dapati ia adalah hadis yang tidak berasaskan bahkan palsu lagi bohong. 



Matan asal hadis yang dimaksudkan di atas adalah seperti berikut :

خبرنا أبو طاهر محمد بن أحمد بن علي بن حمدان بقراءتي عليه، قال أخبرنا أبو القاسم جعفر بن عبد الله بن يعقوب بن فتاكي. قال أخبرنا أبو عيسى،
قال حدثنا أحمد بن محمد بن غالب، قال حدثنا عبد الله بن يزيد الرملي عن محمد بن عبد الله عن عبد الرحمن بن عبد الله عن الضحاك بن مزاحم عن ابن عباس،
قال قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
"يطلع كوكب في آخر الزمان من المشرق، يكون في ذلك العام صيحة في رمضان
يموت فيها سبعون ألفاً، ويعمى سبعون ألفاً، ويتيه سبعون ألفاً، ويخرس سبعون ألفاً، وينفتق سبعون ألف عذراء، ويصعق سبعون ألفاً، ويصم سبعون ألفاً،
قيل يا رسول الله ما تأمرنا إن كان ذلك؟ قال: عليكم بالصدقة والصلاة والتسبيح والتكبير وقراءة القرآن،
قيل يا رسول الله: ما علامة ذلك ألا يكون في تلك السنة؟
قال: إذا مضى النصف من رمضان ولم يكن فقد أمنت السنة".
وقال صلى الله عليه وسلم (اذا كانت صيحه في رمضان فانه يكون معمعه في شوال قلنا: وما الصيحه يا رسول الله؟ قال: هذه في النصف من رمضان ليله جمعه فتكون هده توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج العواتق من خدورهن في ليله جمعه في سنه كثيره الزلازل فاذا صليتم الفجر من يوم الجمعه فادخلوا بيوتكم وأغلقو ابوابكم وسدو كواكم ودثرو انفسكم وسدوا اذانكم فاذا احسستم بالصيحه فخروا لله سجدًا، وقولوا سبحان الله القدوس، سبحان الله القدوس، ربنا القدوس فمن يفعل ذلك نجا، ومن لم يفعل ذلك هلك) 
رواه نعيم بن حماد في كتاب الفتن

مجموع فتاوى ابن باز - الصفحة أو الرقم: 26/344
خلاصة حكم المحدث: لا أساس له من الصحة، بل هو باطل وكذب


===================================
Menurut Mufti Saudi; Sheikh Abdul Bin Baaz :  

Kesimpulan hadis di atas, adalah tiada asas baginya. Bahkan ia palsu dan dusta. semata-mata.. 
Lihat “Majmu' Fataawaa Ibn Baz” (26/334).

المراجع - 
الكلام على حديث موضوع حول صيحة تحدث في رمضان - الشيخ عبدالعزيز بن باز...  الويب
www.al-sunna.net


==================================
Status hadis ini: Hadis palsu, lihat, Al-Albani, dalam kitab Silsilah Dhaifah, no: 6471

=================================
Ini pula jawapan Ustaz Adlan AAN :

sekadar mampu...

1- Hadith ini adalah di antara hadith-hadith palsu dan tidak sahih yang tersebar setiap kali tibanya bulan Ramadhan yang mulia. Walaupun telah berulang kali diterangkan oleh ramai ulama hadith masa kini, hadith ini tetap tersebar dan berlegar dalam masayarkat.

2- Hadith ini tidak ada di dalam mana-mana buku utama hadith sebagaimana kajian para ulama hadith dulu dan kini. Walaupun ia ada di dalam buku al-Fitan karya Nu'aim Bin Hammad, ia tidak diriwayatkan oleh imam-imam hadith terkemuka dalam buku-buku utama.

3- Pengkaji hadith sejak dahulu hingga kini telah meneliti asal-usul hadith ini termasuk rantaian periwayatan yang dikemukakan oleh Nu'aim dan mendapati ia dipenuhi dengan pelbagai masalah seperti periwayat yang tidak dipercayai dan sebagainya.

4- Seharusnya umat Islam lebih berhati-hati dalam menerima mana-mana maklumat tentang Islam agar diselidiki sumber asalnya dan kesahihannya.

wallahu a'lam

al-ahkam.net/home/inde...ic&t=38484


=================================
Ini pula jawaban daripada JAKIM* :
Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas

Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; "Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat. Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.

Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).

* Tidak dapat dikesan sumber sebenarnya, maka anggap sahaja sebagai 'key' kajian
=================================
Apakah selepas ini kita tidak perlu takut lagi akan peristiwa ini?? Jawabannya adalah tidak kerana sentiasa mengingati mati (zikrul maut) itu adalah sikap seorang yang cerdik dan dengan zikrul maut seseorang itu akan sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian dengan mengerjakan seluruh suruhan dan larangan yang terkandung di dalam syariat Islam.


Nabi shallallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Penghulu Istighfar ialah kamu berkata:


اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ


(Ya Allah, Engkau adalah Rabbku. Tiada ilaha selain Engkau. Engkau telah menciptakan aku, dan aku adalah hambaMu dan aku selalu berusaha menepati ikrar dan janjiku kepadaMu dengan segenap kekuatan yang aku miliki. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui betapa besar nikmat-nikmatMu yang tercurah kepadaku; dan aku tahu dan sadar betapa banyak dosa yang telah aku lakukan. Karenanya, ampunilah aku. Tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau).” Barangsiapa yang membaca doa ini di petang hari dan dia betul-betul meyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada malam harinya, maka dia termasuk penghuni surga. Barangsiapa yang membaca doa ini di pagi hari dan dia betul-betul meyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada siang harinya, maka dia termasuk penghuni surga.” (HR Bukhary 5831 - 7/150)
============================
PENUTUP


Sebarang kelemahan dan kesilapan di dalam penulisan saya ini di harap mendapat teguran dan tunjuk ajar dari semua pihak, semoga jasa baik yang dicurahkan mendapat pembalasan sebaik-baiknya dari Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Saya sudahi perbicaraan ini dengan menukilkan ucapan Nabi Allah Syu’ib AS yang termaktub ucapannya di dalam Al Quran, ayat ke88 daripada surah Hud. Firman Allah :
Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. KepadaNya jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.


SP D.AMAN
11 Ramadhan 1432 / 11 Ogos 2011 - 12.32 am
Al Faqir ila afwi Rabbih
Ustazthrash Mujahid