Rabu, 14 Mac 2012

Kisah Tauladan dan Muhasabah : Al Khattab Si Pedang Islam .


بسم الله الرحمـــن الرحـــيم
Segala puji-pujian kepada Allaah, Rabb sekalian alam. Salam dan Selawat ke atas Rasulullah, dan keluarga serta para sahabat baginda, tabien juga atha tabien; dan ke atas sekalian orang yang berusaha untuk mengikuti dan mempratikkan segala ajaran dan menjauhkan segala larangan baginda SAW.
Firman Allah :
"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
[Al Baqarah 2 :129 ]

Kadang-kadang kita perlu memikirkan mengenai seseorang untuk dibandingkan dengan diri kita atau untuk dilihat kejayaannya dalam memberi kebaktian kepada agama ALLAH. Sesungguhnya Rasulullah adalah teladan yang terbaik sepanjang zaman. Namun tidak salah kita menjadikan para pengikut kepada ummat baginda yang taat dan patuh dalam beragama sebagai sasaran permulaan dalam melaksanakan amanah agama. Orang yang aku maksudkan ialah as Syahid Khattab Sang Saiful Islam .. seorang pemuda yang berkorban untuk agamanya..

"Sekiranya kamu memberitahu saya di Afghanistan bahawa akan tiba satu hari di mana kita akan berperang dengan pihak Rusia DI DALAM Rusia, aku tidak akan mempercayaimu pada ketika itu."  [Ibn-ul-Khattab] .

Namun akhirnya... sila baca sehingga tamat
...


Profail: 
  Ibn-ul-Khattab 
Gelaran:   Ibn-ul-Khattab, juga dikenali sebagai Khattab 
Nama Sebenar:  Tidak dikeluarkan (sehinggalah selepas syahid)
Jawatan:   Ameer Para Mujahideen Antarabangsa di Caucasus 
Lahir:   1970 
Warganegara:  Negara Ahli GCC di Semenanjung Arab 
Bahasa Pertuturan:  Arab, Rusia, Inggeris, Pushto 
Tempat Lahir:   Semenanjung Arab 
Pengalaman Jihad:   12 tahun 
Bumi Jihad yang telah di'kunjungi':   Afghanistan, Tajikistan, Chechnya .


Dilahirkan di Semenanjung Arab, Khattab dibesarkan di dalam keluarga yang agak berada dan terpelajar. Beliau membesar menjadi seorang anak muda yang berani dan kuat, yang terkenal sebagai seorang yang nekad dan tidak mengenal erti takut.  Selepas menguasai bahasa Inggeris, beliau mendapat tempat di sebuah Sekolah Tinggi (High School) Amerika pada tahun 1987.  1987 merupakan kemuncak Jihad Afghan menentang penjajahan tentera Soviet Union (ketika itu) di bumi Afghan. Anak-anak muda dari seluruh bumi umat Islam serata dunia bergegas ke Afghanistan menyahut seruan Jihad para Mujahid terkenal seperti Sheikh Abdullah Azzam (dibom pada 1989), Sheikh Tamim Adnani (meninggal dunia pada 1988) dan Usama bin Laden. 

Kisah-kisah perjuangan penuh dengan keajaiban atas kuasa Allah SWT dan kisah-kisah keberanian menentang 'Superpower' dunia ketika itu mula mencecah telinga umat Islam sedunia.  Ketika hampir tiba masanya untuk beliau berangkat ke dunia baru melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat, Khattab memutuskan untuk mengikut  para sahabat dan kaum-keluarga beliau ke Afghanistan untuk satu lawatan pendek.  Sejak dari hari beliau melambai selamat tinggal pada kedua ibubapa dan keluarga beliau pada akhir 1987 tersebut, Khattab tidak pernah kembali. 

Salah seorang daripada para Mujahideen menggambarkan tentang Khattab, anak muda belasan tahun, yang tiba di kem latihan pertamanya di Jalalabad, Afghanistan: 

"Kem latihan berhampiran Jalalabad penuh dengan para Mujahideen yang datang dan pergi pada hampir setiap hari.  Kami sedang bersiap-sedia untuk satu operasi besar-besaran menentang pihak Rusia dan para Mujahid yang telah menamatkan latihan mereka berkemas untuk meninggalkan kem latihan menuju ke barisan hadapan. Sedang kami bersiap-sedia untuk berangkat, sekumpulan rekrut baru tiba.  Pada ketika itulah aku perasankan seorang anak muda belasan tahun di kalangan para rekrut baru tersebut: 16-17 tahun, berambut panjang dan berjambang yang belum tumbuh sepenuhnya lagi.  Beliau terus berjumpa dengan para komander kem latihan tersebut dan merayu agar mereka membenarkan beliau ikut serta ke barisan hadapan.  Para komander tersebut tentu sekali enggan menghantar seorang 'budak' yang tidak terlatih ke barisan hadapan tanpa apa-apa latihan.  Aku lantas mendapatkan beliau,  memberi salam dan bertanyakan nama beliau.  Beliau menjawab, 'Ibn-ul-Khattab'" 


Khattab menyempurnakan latihan beliau dan turut serta di barisan hadapan.  Salah seorang daripada jurulatih beliau adalah Hassan as-Sarehi, Komander operasi Kandang Singa di Jaji, Afghanistan, 1987.  [Hassan as-Sarehi kini dipenjarakan di Kem Tahanan ar-Ruwais, Jeddah, Saudi Arabia, sejak 1996 atas tuduhan jenayah yang penjenayah sebenarnya telahpun dihukum bunuh].  Dalam tempoh enam tahun berikutnya, anak muda ini telah menjadi salah seorang daripada Komander Mujahideen yang paling berani dan payah untuk ditewaskan sepanjang sejarah Jihad di abad ke-20 ini.  Beliau dikenali sebagai seorang yang enggan tunduk merebahkan diri ketika berhadapan dengan tembakan musuh dan keengganan beliau menunjukkan kesakitan selepas mengalami kecederaan.  Dari serang hendap ke operasi ke serangan ke markas musuh, beliau telah berperang dengan Tentera Biasa dan Komando Soviet.  Beliau turut serta di dalam semua operasi utama Jihad Afghan di antara tahun 1988 hingga 1993, termasuk penaklukan Jalalabad, Khost dan Kabul.  Beliau terselamat dari maut beberapa kali, kerana masa beliau belum lagi tiba. 

Seorang Mujahideen menceritakan bagaimana Khattab pada satu ketika ditembak di bahagian perut dengan sebutir peluru Mesingan Berat 12.7mm di Afghanistan. (Peluru 12.7mm digunakan untuk menebuk kereta perisai dan menembusi posisi pertahanan yang kuat: peluru ini menjadikan daging manusia seperti daging cincang, fakta yang diketahui oleh mana-mana pakar ketenteraan.): 

"Ketika salah satu operasi, kami sedang duduk di dalam sebuah bilik sebuah rumah di Barisan Kedua.  Hari sudah lewat dan pertempuran di Barisan Hadapan sangat hebat.  Tidak beberapa lama kemudian, Khattab memasuki bilik tersebut; wajah beliau kelihatan pucat, tetapui selain daripada itu beliau berkelakuan seperti biasa.  Beliau masuk ke dalam bilik, berjalan perlahan-lahan ke satu arah bilik tersebut dan duduk bersebelahan dengan kami.  Khattab kelihatan luarbiasa diamnya, maka kami merasakan tentu ada sesuatu yang tidak kena, walaupun beliau tidak sedikitpun mengerutkan muka walaupun sekali mahupun menunjukkan apa-apa tanda kesakitan.  Kami bertanyakan beliau samada beliau mendapat kecederaan; beliau menjawab bahawa ketika di Barisan Hadapan, beliau mendapat luka ringan, tiada apa-apa yang serius.  Salah seorang dari kami kemudiannya pergi kepada beliau untuk melihat luka tersebut.  Khattab enggan membenarkannya, terus mengatakan bahawa luka tersebut tidak serius.  Mujahid tersebut terus memaksa Khattab untuk membenarkannya melihat dan kemudiannya beliau meletakkan tangannya ke bahagian perut Khattab.  Pakaian Khattab basah dengan darah dan beliau mengalami pendarahan yang teruk.  Kami kemudiannya terus memanggil sebuah kenderaan dan menghantar beliau ke hospital kami yang paling hampir; di sepanjang perjalanan beliau terus mengatakan bahawa kecederaan beliau itu ringan dan tidak serius." 


Ketika Tentera Soviet berundur dari Afghanistan dan pihak Komunis telah dikalahkan oleh Mujahideen, Khattab dan sekumpulan kecil para Mujahideen mendapat tahu tentang peperangan menentang musuh yang sama, tetapi kali ini di Tajikistan.  Beliau kemudiannya terus berkemas dan mara ke Tajikistan pada tahun 1993 bersama-sama dengan sekumpulan kecil para Mujahideen.  Dua tahun mereka di sana berperang dengan tentera Rusia di pergunungan yang bersalji tanpa senjata dan bekalan peluru yang secukupnya. 

Ketika di Tajikistan Khattab kehilangan dua jari tangan kanannya ketika cuba membaling sebutir bom tangan buatan sendiri.  Bom tangan tersebut meletup di tangan beliau dan dua daripada jari beliau cedera parah.  Para Mujahid yang bersama-sama dengan beliau cuba menyuruh beliau pergi ke Peshawar untuk mendapatkan rawatan perubatan, tetapi Khattab enggan.  Sebaliknya beliau meletakkan sedikit madu pada luka tersebut (seperti Sunnah Rasulullah SAW) dan membalutnya sambil menegaskan bahawa tidak perlulah beliau ke Peshawar.  Jari-jari beliau kekal dalam balutan sedemikian sejak dari hari tersebut. 

Selepas 2 tahun di Tajikistan, Khattab kembali bersama-sama dengan para Mujahideen yang bersama-sama dengan beliau ke Afghanistan, pada awal 1995.  Pada ketika inilah peperangan di Chechnya meletus dan setiap orang keliru dengan pegangan agama bangsa Chechen dan kepentingan sudut keagamaan perang tersebut. 

Khattab menggambarkan perasaan beliau apabila beliau melihat berita mengenai Chechnya di televisyen satelit pada suatu petang di Afghanistan: 

"Apabila aku melihat kumpulan-kumpulan orang Chechen memakai kain lilit kepala dengan 'Laa ilaha illallah...' tertulis di atasnya dan melaungkan takbeer, aku memutuskan yang Jihad sedang berlangsung di bumi Chechnya dan aku mesti ke sana." 


Dari Afghanistan, Khattab berangkat bersama-sama dengan sekumpulan lapanorang para Mujahid, terus ke Chechnya, tiba di sana pada musim bunga 1995.  Empat tahun berikutnya menjadikan perjuangan Khattab di Afghanistan dan Tajikistan kelihatan seperti permainan anak-anak tadika.  Menurut statistik rasmi Rusia, lebih ramai tentera Rusia terbunuh selama tiga tahun peperangan Chechnya daripada jumlah mereka yang terbunuh selama 10 tahun penjajahan Soviet di Afghanistan. 
Khattab telah disertai pula oleh beberapa orang daripada para Mujahideen Afghan yang bersama-sama dengannya sebelum ini dan mereka mula melatih penduduk tempatan Chechen dalam ilmu peperangan dan juga ilmu Islam.  Mereka melancarkan beberapa operasi nekad ke atas Rusia di bumi Chechnya (Khartashoi, 1995; Shatoi, 1996; Yashmardy, 1996) dan di Rusia sendiri (Dagestan 1997 dan kini, 1999). 

Salah satu daripada operasi beliau yang paling nekad adalah serang hendap di Shatoi pada 16 April 1996, di mana beliau memimpin sekumpulan 50 orang Mujahideen menghancurkan sebuah konvoi 50 kenderaan tentera Rusia yang sedang dalam perjalanan meninggalkan Chechnya setelah menghancurkan satu perkampungan umat Islam.  Sumber rasmi Tentera Rusia menyatakan bahawa 223 orang tentera Rusia terbunuh (termasuk 26 orang pegawai atasan) dan setiap kenderaan musnah sama sekali.  Operasi ini membawa kepada pemecatan dua atau tiga orang General tertinggi tentera Rusia di Moskow dan Boris Yeltsin mengumumkan berita tentang operasi tersebut di Parlimen Rusia.  Lima orang Mujahid gugur shahid di dalam operasi tersebut.  Keseluruhan operasi tersebut berjaya difilemkan (ketika pertempuran sebenar) dan sedutan foto-foto dari filem tersebut boleh dilihat di Azzam Publications [bahagian Pustaka Foto] 

Beberapa bulan selepas itu, para Mujahideen di bawah pimpinan beliau melancarkan satu serangan ke atas berek tentera Rusia, memusnahkan helikopter bersenjata Rusia dengan peluru berpandu anti-kereta-kebal AT-3 Sagger panduan wayar.   Sekali lagi, keseluruhan operasi ini, termasuklah kemusnahan helikopter-helikopter tersebut berjaya difilemkan. 

Sekumpulan dari pejuang-pejuang dari bawah pimpinan beliau juga mengambil bahagian dalam serangan ke atas Grozny pada Ogos 1996, diketuai oleh Shamil Basayev. 
Beliau juga memimpin sekumpulan 100 orang Chechen dan Mujahideen Antarabangsa pada 22 Disember 1997 memasuki 100km ke dalam kawasan Rusia dan menyerang ibupejabat Briged Rifel Bermotor 136, Tentera Rusia.  300 kenderaan Tentera Rusia dimusnahkan dan ramai askar-askar Rusia terbunuh [Operasi Dagestan].  2 orang Mujahideen gugur shahid (insha-Allah) dalam operasi ini, termasuklah salah seorang Komander tertinggi Khattab, Komander Abu Bakr Aqeedah

Selepas Tentera Rusia berundur dari Chechnya pada musim luruh 1996, Khattab telah diberi penghargaan sebagai wira Chechnya.  Beliau telah dianugerahkan dengan pingat keberanian dan ketabahan oleh Kerajaan Chechnya dan diberi pangkat rasmi sebagai Jeneral, di dalam sebuah majlis yang turut dihadiri oleh Shamil Basayev dan Salman Raduyev, dua komander paling penting dalam peperangan Chechnya.  Sebelum Jeneral Jawhar Dudayev meninggal dunia, beliau juga sangat menghormati Khattab.  Ini adalah penghormatan yang diterima atas tindakan, bukan perkataan semata-mata. 

Khattab percaya akan Jihad melalui media.  Beliau pernah dilaporkan berkata, "Allah SWT memerintahkan kita memerangi orang kafir sebagaimana mereka memerangi kita.  Mereka memerangi kita dengan media dan propaganda, maka kita juga patut memerangi mereka dengan media kita."  Atas sebab ini, beliau berkeras agar setiap operasi beliau difilemkan [bukan lakonan tetapi difilemkan ketika operasi berlangsung].  Dikatakan bahawa beliau mempunyai sebuah koleksi ratusan kaset video dari Afghanistan, Tajikistan dan Chechnya.  Belia percaya bahawa perkataan semata-mata tidak mencukupi untuk menjawab tuduhan palsu media-media musuh.  Beliau juga telah mengambil banyak keratan video kemusnahan Tentera Rusia dalam operasi Dagestan baru-baru ini, Ogos 1999, yang menunjukkan lebih 400 Tentera Rusia terbunuh, 10 kali ganda angka 'rasmi' Rusia, 40 orang askar terbunuh. 

Khattab telah dikatakan oleh ramai umat Islam sebagai 'Khalid bin Waleed zaman ini'.  Beliau benar-benar mengimani bahawa kematian beliau hanya akan tiba pada masa yang telah ditulis dan titetapkan oleh Allah SWT, tidak sedetik sebelum atau sedetik selepasnya.  Beliau telah banyak kali melepaskan diri dari kematian dan cubaan membunuh beliau - cubaan yang paling hampir adalah ketika beliau sedang memandu trak empat tan Rusia, yang telah dibom oleh tentera Rusia.  Trak tersebut telah meledak hingga berkecai tetapi Khattab selamat tanpa apa-apa kecederaan. 

Beliau bijak, berani dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.  Beliau sangat disukai oleh para Mujahid pimpinan beliau, tetapi dikenali sebagai seorang yang tidak boleh dibuat main-main.  Beliau selalu mengambil berat tentang tenteranya, menyelesaikan apa-apa masalah peribadi dan memberikan mereka wang dari sakunya sendiri agar mereka boleh berbelanja. Beliau mempunyai satu kumpulan komander yang sangat terlatih dan berpengalaman, setiap seorang mampu mengambil-alih peranan beliau sekiranya beliau gugur. 

Di dalam satu nasihat kepada umat Islam di serata dunia, beliau pernah berkata: 
"Perkara utama yang menghalang kita semua daripada berjihad adalah keluarga kita.  Semua kami yang datang ke sini, datang tanpa kebenaran keluarga kami.  Sekiranya kami telah mengikut kehendak mereka dan pulang ke rumah masing-masing, siapakah yang akan meneruskan kerja yang kami sedang lakukan ini?  Setiap kali aku menelefon ibuku, malah sekarangpun, beliau akan memintaku pulang ke rumah, walaupun aku sudah 12 tahun tidak bertemu dengannya.  Sekiranya aku pulang menziarahi ibuku, siapakah yang akan meneruskan kerja ini?" 

Cita-cita Khattab adalah untuk terus berjuang menentang  Rusia sehingga mereka meninggalkan setiap bumi umat Islam, dari Caucasus sehinggalah ke Republik Asia Tengah.  Beliau pernah berkata, "Kita kenal Rusia dan kita tahu taktik mereka.  Kita tahu kelemahan mereka; kerana itulah lebih mudah untuk kita menentang mereka berbanding tentera-tentera lain." 

Propaganda palsu pihak media menuduh Khattab melaksanakan tindakan 'terrorist' di serata dunia.  Sesiapa yang telah membaca artikel ini dengan fikiran yang terbuka tentu sedar bahawa sikap Khattab adalah bersemuka dengan musuh secara berhadapan.  Dan sekiranya memerangi tentera dan askar yang memusnahkan kehidupanmu, menjadikan wanita-wanitamu janda dan anak-anakmu yatim, bermakna 'terrorism', maka biarlah sejarah menjadi saksi bahawa Khattab memang 'terrorist'. 

Pada 1979, Soviet Union menakluk Afghanistan.  20 tahun kemudian, tiada lagi Soviet Union, dan apa yang tinggal darinya sedang ditakluk semula oleh para Mujahideen yang bangkit untuk menentang penaklukan asal tersebut - mungkin inilah kesilapan paling besar sebuah kerajaan pada abad ke-20 ini. 

"Sekumpulan kecil.  Merekalah yang meneruskan cita-cita ummah Islam ini.  Dan sekumpulan yang lebih kecil lagi dari kumpulan kecil ini.  Merekalah yang mengorbankan keinginan keduniaan peribadi mereka demi untuk bertindak dalam usaha memenuhi cita-cita tersebut.  Dan sekumpulan yang lebih kecil dari kumpulan elit ini.  Merekalah yang mengorbankan jiwa dan darah mereka demi mendapatkan kejayaan untuk cita-cita dan keyakinan ini.  Maka, mereka adalah sekumpulan kecil dari sekumpulan kecil dari sekumpulan kecil." [Shaheed Dr Sheikh Abdullah Azzam, dibunuh  1989] 

Azzam Publications, Ogos 1999  .


~mampukah aku menyamai secubit jasa pejuang ini kepada agama sedangkan aku masih terus leka~



Wahai diri adakah engkau tidak mengetahui sesungguhnya Allah SWT telah berfirman "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu sememangnya dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan² pada kebenaran dan kesabaran." (surah al-'Asr 103 : 1-3).

Wahai diri yang rugi, sedarkah kamu bahawa tuhanmu; Allah telah bersumpah untuk menyedarkan kamu dari lamunan? Wahai diri mahukah kamu terus dalam kerugian? Jika tidak, sentiasalah beramal dengan 4 perkara ini..

1-Berikrarlah kamu dengan lidah dan benarkanlah dengan hati bahawa segala pengajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar.

2-Beramallah kamu dengan amalan yg solih (baik). Janganlah diri kamu beriman pada hati dan lisan sahaja tetapi lakukanlah sama pada perbuatan apa yang telah kamu imani, kerjakanlah amal yang baik² dan mendatangkan manfaat kepada diri dan umum..maka jadilah kamu orang yang taat kepada Allah SWT.

3.Berpesan-pesanlah kamu dengan yang haq (benar),iaitu ingat mengingatkan sesama Mukmin, supaya berpegang dengan pengajaran Al Quran, keimanan dan Tauhid kerana semuanya itu benar dan tidak dapatlah kamu mungkiri!

4.Berpesan-pesanlah kamu dengan bersabar (teguh hati), iaitu jangan lagi mudah tergoda oleh pujukan syaitan untuk berbuat maksiat, insafilah dosa² yang lepas dan segeralah bertaubat.Ingat! kamu jua mesti tabah dan tahan menghadapi segala macam ujian, penderitaan dan kesusahan jika ditakdirkan juga mendapat kesusahan, terimalah dengan hati yang rela dan bersyukur kepada Allah kerana kamu masih banyak menerima nikmat berbanding ujianNya.

Wahai diri, ingat! beriman, beramal & berpesan maka ia pasti berkesan. Jika tidak kamu lakukan perkara² ini, kamu adalah orang yang menghabiskan masa dan umurmu dengan sia² dan di dalam maksiat, pastinya kamu akan rugi serta hidup kamu akan celaka dan menyesal di belakang hari..

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menyempurnakan kerja yang tak mampu dilakukan oleh sebahagian orang. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah di dalam kelemahan kita ada kekuatan tersendiri.
والله اعلم