Isnin, 30 Julai 2012

Jama'ah Muslim di Masjid Al-Aqsa beribadah dalam kebimbangan serbuan kaum Yahudi-Zionis


Ahad, 29 Julai 2012 YERUSALEM - Jama'ah Masjid Al-Aqsa beribadah di tengah-tengah kebimbangan akan serbuan Yahudi-zionis ke Masjid suci tersebut. Peringatan siap sedia telah berlaku hari Ahad (29/7/2012) pagi di antara para jemaah di dalam Masjid Al-Aqsa dan di persekitaran Masjid dan setelah para penduduk Yahudi dikawal pasukan zionis bergerembol masuk ke persekitaran Al-Aqsa untuk menodai tapak suci umat Islam tersebut memperingati apa yang mereka sebut "penghancuran bait Allah", seperti dilansir oleh PIC.

Polisi zionis Israel menyatakan niat mereka untuk melindungi seluruh penduduk Yahudi yang masuk ke dalam Masjid secara haram untuk melakukan ritual peringatan tersebut.

Radio Israel berbahasa Ibrani memaklumkan bahawa polis zionis akan memperhebat kewujudan mereka di dalam dan di sekitar Masjid Al-Aqsa untuk melindungi para penduduk Yahudi dan mencegah atau menghentikan pertengkaran apapun yang mungkin meletus dengan rakyat Palestin.

Sementara itu, Yayasan Al-Aqsa untuk Wakaf dan Warisan (AFEH) mengatakan bahawa ribuan penduduk Yahudi pagi hari ini berkumpul di sekitar dinding Buraw (tembok ratapan), sementara para penduduk Yahudi lain bersama para ahli sayap kanan Knesset melakukan long march di sepanjang bandar Jerusalem .

AFEH juga mengatakan bahawa ratusa warga asli Palestin dari Jerusalem dan dari tanah 1948 yang dijajah telah berada di dalam masjid Al-Aqsa dan halamannya sejak pagi untuk bersiap sedia melawan orang-orang Yahudi yang berusaha untuk mengotori kesucian tapak suci umat Islam itu.

Sumber :
Tentera Fisabillillah (Bangkitlah Wahai Umat Islam)