Sabtu, 25 Februari 2012

Kefahaman Dan Pengertian Tasyabbuh

بســم الله الـرحمــن الـرحـــيم
Segala puja-pujian hanya milik Allaah, Rabb sekalian alam. Salam dan Selawat ke atas Rasulullah dan keluarga serta para sahabat baginda, tabien dan seterusnya ke atas sekalian orang yang berusaha untuk mengikuti dan mempratikkan segala ajaran serta menjauhi segala larangan baginda.
Ya Allaah, sesungguhnya kami memohon kepada-MU dengan menyaksikan bahawa Engkau adalah Allaah, tiada Tuhan selain Engkau Yang Maha Esa dan Yang Menjadi Tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat serta Yang Tidak Melahirkan Dan Tidak Pula Dilahirkan, dan tidak ada sesiapapun yang setanding-MU.
Tasyabbuh secara umumnya adalah menyerupai atau meniru.

Untuk mendapat pengertian dan penjelasan yang lebih, sayugia kita memahami apa yang disyarahkankan buat kita berdasarkan hadis tasyabbuh oleh as Sheikh Maulawi Ali bin Sultan Muhammad al Qari di dalam kitab beliau; dengan cara terjemahan saya yang hanya sekadar mampu . Semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripadanya, InsyaAllah.

قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم : " من تشبه بقوم فهو منهم "
رواه أحمد ، وأبو داود .

Rasulullah SAW bersaba : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah daripada kalangan mereka.
[HR Imam Ahmad dan Abu Daud]

4347 - ( وعنه ) : أي عن ابن عمر ( قال : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -  .
4347 - (dan daripadanya) : yakni daripada Ibnu Umar (telah berkata dia : telah bersabdalah Rasulullah SAW) :

 ( من تشبه بقوم ) : أي من شبه نفسه بالكفار مثلا في اللباس وغيره ، أو بالفساق أو الفجار أو بأهل التصوف والصلحاء الأبرار .

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum" ialah (bermaksud) siapa yang menyamakan dirinya dengan al kufar, contoh : dalam hal berpakaian dan selainnya, atau menyerupai akan dirinya dengan yang tidak bermoral (fasiq) atau yang berdosa / jahat (fajir), atau -menyerupai ahli Tasauf dan yang soleh al abrar.

( فهو منهم ) : أي في الإثم والخير

"Maka dia adalah daripada kalangan mereka"  : ialah (bermaksud) dalam hal samaada dosa dan kebaikan.

 قال الطيبي : هذا عام في الخلق والخلق والشعار ، ولما كان الشعار أظهر في التشبه ذكر في هذا الباب .  ) .
Telah berkata at - Tiibii : Dalam hal ini secara umumnya, adalah -menyerupai itu- pada fizikal, akhlak dan syiar (perlambangan/pakaian), bertasyabbuh pada pakaian itu lebih nyata sebagaimana disebut dalam bab ini.

قلت : بل الشعار هو المراد بالتشبه لا غير ، فإن الخلق الصوري لا يتصور فيه التشبه ، والخلق المعنوي لا يقال فيه التشبه ، بل هو التخلق ،

Aku berkata (pengarang): Bahkan pakaianlah yang dikehendaki dengan tasyabbuh (menyerupai) bukan selainnya. Kerana sesungguhnya bentuk fizikal tidak dapat digambarkan dengan tasyabbuh dan begitu juga dengan akhlak yang maknawi tidaklah disebut sebagai tasyabbuh, bahkan -kerana- ia disebut sebagai takhalluq (berakhlaq).

هذا وقد حكى حكاية غريبة ولطيفة عجيبة ، وهي أنه لما أغرق الله - سبحانه - فرعون وآله لم يغرق مسخرته الذي كان يحاكي سيدنا موسى - عليه الصلاة والسلام - في لبسه وكلامه ومقالاته ، فيضحك فرعون وقومه من حركاته وسكناته ;

Sesungguhnya inilah kisah sebuah hikayat yang pelik, halus lagi ajaib - Bahawasanya bila mana Allah menenggelamkan Firaun dan gerombolannya, tidak pula -Allah- menenggelamkan seorang tukang ejek (pelawak) Firaun, sedangkan dia berkelakuan meniru syaidunaa Musa dalam kelakunya samaada pada pakaian, perkataan dan percakapannya. Di mana gerak geri dan diamnya sekalipun akan ditertawakan oleh Firaun dan pengikutnya.

فتضرع موسى إلى ربه : يا رب ! هذا كان يؤذي أكثر من بقية آل فرعون ،

 Lantas Nabi Musa bertadharru' kepada Tuhannya "Wahai Tuhanku, lelaki ini adalah lebih menyakitiku berbanding pengikut Firaun yang lain" .

فقال الرب تعالى : ما أغرقناه ; فإنه كان لابسا مثل لباسك ، والحبيب لا يعذب من كان على صورة الحبيب ،

Maka Allah berfirman "Tiadalah Aku menenggelamkannya, maka sesungguhnya dia adalah berpakaian sepertimana pakaianmu. Dan kekasih itu tidak akan mengazab siapa yang menyerupai kekasih".

فانظر من كان متشبها بأهل الحق على قصد الباطل حصل له نجاة صورية ، وربما أدت إلى النجاة المعنوية ، فكيف بمن يتشبه بأنبيائه وأوليائه على قصد التشرف والتعظيم ، وغرض المشابهة الصورية على وجه التكريم ؟ ، وقد بسط أنواع التشبه بالمعارف في ترجمة عوارف المعارف .

Maka perhatikanlah, barangsiapa yang menyerupai ahli haq -walaupun- atas tujuan yang batil - masih menghasil baginya suatu pelepasan -azab- yang bersifat zahir dan mungkin membawa kepada pelepasan yang maknawi. Maka -bayangkanlah pula- bagaimana pula -yang terhasil- pada sesiapa yang bertasyabbuh (menyerupai / meniru) para Anbiya' dan auliya' di atas tujuan memulia dan meninggikannya - yakni bagi maksud menyerupai perwatakan yang bermaruah (terhormat) ? Selanjutnya bolehlah bertasyabbuh (meniru) ilmu pengetahuan dalam kearifan-kearifan ilmu pengetahuan.

(     رواه أحمد ، وأبو داود
[ -Syarah- HR Imam Ahmad dan Abu Daud ]

Sila rujuk :
Syarah-syarah hadis,
Mirqaatul Mafatih Syarah  Misykaat al Masyobih
Ali bin  Sultan Muhammad Al Qari   
دار الفكر
سنة النشر: 1422هـ / 2002م
رقم الطبعة: ---
عدد الأجزاء: تسعة أجزاء
رقم س- ج : 4347

Rabu, 15 Februari 2012

Hukum Mengatakan Sesuatu Cercaan Terhadap Peralatan .

Soal :
Apakah hukum seseorang yang sedang menulis mengatakan "haram jadah pen ini (keyboard atau lain-lainnya), masa nak guna nilah dia buat hal" atau lain-lain cerca yang seumpamanya ?

Jawab : Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah. Sayugialah saya mendatangkan jawaban yang termaktub di dalam kitab Al Lu'lu Al Makin berkenaan soalan seseorang.

السؤال :
رجل يكتب على ورقة ، وفي أثناء الكتابة أخطأ في بعض الكلمات فانزعج كثيراً ومن شدة غضبه سب دين وسماء القلم والورقة ، فهل يعتبر سب دين القلم أو الورقة أو الحجر أو الشجر أو الكرسي أو الكأس أو ... الخ من هذه الأشياء هل يعتبر كفراً ؟.

الجواب :
لا شك أن هذا السب حرام ، ولو قيل أن القلم والورقة لا يدينان بالدين الذي هو العبادات ، لكن معلوم أن الدين واحد ، وأن الله تعالى هو الذي سخر هذه الأقلام والأدوات ، ويسر استعمالها ، فيخاف أن السب يرجع إلى الله تعالى ، فعليه التوبة والاستغفار ، وعدم العودة إلى مثل هذا .

Soal :
Seseorang menulis di atas kertas. Dalam penulisannya dia melakukan kesalahan pada beberapa perkataan, lalu dia sangat kecewa dan menimbulkan kemarahannya, lantas dia mencerca agama pen dan kertas.

Apakah mencerca agama pen, kertas, batu, pohon, kerusi, atau gelas dan yang lainnya dianggap kufur ?

Jawab :
Tidak diragui bahawa cercaan ini adalah haram, sekalipun sekadar mengatakan bahwa pen dan kertas tidaklah beragama dengan agama yang bermakna ibadah. Akan tetapi sudah maklum bahawa agama adalah satu, dan Allah Ta'ala yang menundukkan pen dan alat-alat selainnya serta telah dipermudahkan kita untuk menggunakannya.

Justeru dikhuatiri bahawa cercaan ini akan kembali kepada Allah Ta'ala, maka sewajarnya dia bertaubat dan ber-istighfar dan serta tidak mengulangi perbuatan sedemikian.


من كتاب اللؤلؤ المكين في فتاوى ابن جبرين ص 34







Isnin, 13 Februari 2012

Hukum Berniaga Di Kawasan Larangan Dan Hasil Pendapatan .

Soalan :

Ustaz, ada orang tanya -
Apa hukumnya jika berniaga di tepi jalan sedangkan pihak bandaran telah melarang sama sekali berniaga di kawasan tersebut ? Bagaimana pula hasil dari perniagaan tersebut?

Mohd Fauzi Zakariya.

Jawaban :

Firman Allah :

هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ ذَلُولا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (Al Mulk : 15)

Kekeliruan dalam hal ini berlaku apabila ada segolongan yang berhujah bahawa tanah yang tidak dimiliki adalah milik siapa yang mengusahakannya ...

Tanpa Prejudis - Memang secara asasnya adalah harus membina premis, bercucuk tanam atau lain-lain di atas tanah yang mati yakni tidak memiliki pemilik.
حديث سعيد بن زيد :  من أحيا أرضا ميتة فهي له ، وليس لعرق ظالم حق

Sabda Nabi SAW : Sesiapa menghidupkan tanah mati (yakni tanah yang tidak berpemilik), tanah itu miliknya. Tidak ada sebarang hak bagi orang yang membina/menanam secara zalim (di atas tanah orang lain). [HR Imam at Tirmizi]

Manakala perniagaan pula adalah suatu usaha yang amat dianjurkan Rasullah saw kepada umat baginda. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud :
“9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” [HR Imam at Tirmizi]

Namun diingatkan berniaga di atas kawasan yang telah dimajukan, dimiliki atau dikuasai oleh orang lain atau Majlis Perbandaran dll semestinya memerlu keizinan terlebih dahulu. Larangan oleh Majlis Perbandaran adalah wajib untuk diikuti kerana garis panduan atau undang-undang kecil yang ditetapkan adalah berkait dengan usaha mencapai mashalih (kebaikan) dan menghalang berlakunya mafsadat (keburukan) sebagaimana tuntutan Islam itu sendiri. Hal berkaitan sesuatu yang kelihatan asalnya adalah harus namun boleh menyumbang kepada keburukan adalah diperbahaskan melalui kaedah saddul-zara'ie (menutup pintu-pintu keburukan); sebagai contoh :

KAWASAN LARANGAN BERNIAGA ( PENIAGA KECIL ) MAJLIS PERBANDARAN KULIM

Peruntukan Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja Dan Gerai

1.Tidak dibenarkan penjaja menjalankan perniagaan dalam lingkungan 9 meter dari sesuatu simpang jalan.
2. Jarak perniagaan mestilah dalam lingkungan 36 decimeter dari pili bomba
3. Dilarang menjalankan perniagaan di atas tangga kaki lima atau siar kaki awam.
4. Tidak dibenarkan menjalankan perniagaan di dalam mana-mana tempat letak kereta atau motosikal awam.
5. Tidak dibenarkan menjalankan perniagaan di mana-mana kawasan yang difikir boleh menimbulkan masalah gangguan kepada lalu lintas dan pejalan kaki.
6. Dilarang berniaga di kawasan sekitar mana-mana Sekolah, Hospital, Pasar Awam atau Kawasan (yang dirasakan perlu?).
7. Jarak perniagaan haruslah berada dalam (di luar?) kawasan 40 meter dari Perhentian Bas,Stesen Bas dan Perhentian Teksi.
8. Tidak dibenarkan menjalankan perniagaan di semua kawasan pejabat kerajaan.
9. Dilarang menjalankan perniagaan di mana-mana jalan awam yang ditentukan oleh yang dipertua.
10. Dilarang menjalankan perniagaan di semua Jalan Protokol, Jalan Utama serta Jalan Bandaran.

Berdasarkan pengamatan jika dikaji lagi, kawasan larangan meniaga yang termaktub dalam hal ini jelas adalah suatu usaha untuk mengelakkan keburukan yang akan berlaku apabila ianya tidak dipatuhi. Maka secara kesimpulannya, seseorang peniaga dikira berdosa kerana menjalankan perniagaan di atas kawasan yang diuruskan kerajaan tempatan melalui Majlis Perbandaran tanpa kebenaran. Ini kerana ia membina bangunan (sementara, separuh kekal atau kekal) di atas tapak tersebut tanpa kebenarannya bererti telah dalam menceroboh dan merampas hak keselamatan orang lain.

Oleh itu wajib dikosongkan tempat perniagaan tersebut sebagai langkah menyokong dan membantu usaha untuk mengelakkan kemafsadatan daripada berlaku. Atau memohon keizinan serta rayuan untuk terus berniaga di situ jika peniaga terbabit memahami secara yakin bahawa tapak perniagaannya adalah tidak menyalahi apa yang digariskan sebagai KAWASAN LARANGAN BERNIAGA.

Berkenaan hasilnya perniagaanya (atau perkhidmatan) di atas tapak yang tidak dibenarkan berniaga pula adalah tetap halal menurut syara' jika dia berniaga maka pendapatan yang terhasil darinya juga halal.

Jika haram maka pastinya tidak lahirlah kata-kata kata Imam al-Khattabi dalam mesyarahkan hadis Said bin Zaid di atas, yang berbunyi ;

"Maksud hadis ini ialah seorang lelaki menanam pokok di atas tanah yang bukan tanahnya tanpa keizinan tuan tanah atau dia membina suatu binaan di atas tanah orang lain tanpa izin tuannya, maka ia diperintahkan supaya mencabutnya kecualilah jika tuan tanah meredhainya, maka dibiarkan" ['Aunul-Ma'bud, Syarah Sunan Abi Daud].

Namun hasil itu jadi haram jika ianya diperolehi dengan melakukan perkhidmatan atau penjualan barang yang haram.

Ini kerana mengikut kaedah fiqh :
الحكم بالوصيلة حكم بالمقاصد
Hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud

Kaedah di atas ini lahir dari kaedah fiqh :
ما حرم استعماله حرم اتخاذه
Yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya
[Muhamamd al-Zarqa’, Syarah Qawaid / 389]

Apapun berhati-hatilah kerana di sana adanya amaran daripada Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wassallam.

Dari Khaula Al-Ansariah Radiallahuanha ia berkata : Aku mendengar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Bahawasanya orang yang mencampur adukkan harta Allah dengan jalan yang tidak halal, maka mereka akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat kelak.
[HR Al Imam Al Bukhari]
--------------------------

Rezeki Allah ada di mana-mana saja, carilah ia dan pasti didapati. Setiap usaha itu ada ujiannya sebelum berjaya. Justeru itu biarlah kita bersikap berpada dengan yang sedikit asalkan diredhai Allah dan juga sebagai tanda hamba yang mensyukuri nikmatNya. Sesungguhnya bermula dengan sikap ini, maka Allah akan menambahkan lagi rezeki kepada kita.

Firman Allah yang bermaksud : “Jika engkau bersyukur atas nikmat-Ku, nescaya akan Aku tambah. Dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya ahli perniagaan di akhirat nanti akan dibangkitkan sama seperti pelacur dan penipu. Kecuali ahli perniagaan yang bertakwa kepada Allah, menepati janji dan jujur. [HR Ibnu Majah dan Ibnu Hibban]

Maka sayugialah peniaga Muslim tidak hanya memikirkan keuntungan semata tanpa memikirkan akibatnya kepada orang lain. Sesungguhnya darjat para peniaga Muslim yang beretika dalam perniagaannya di dalam Islam adalah sangat mulia.

Daripada Abi Sahid daripada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, baginda telah bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid. [HR Al Imam At Tarmizi]

Dalam suatu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda : Ahli perniagaan Muslim yang amanah dan jujur di hari akhirat akan berkumpul di dalam syurga bersama para syuhada (orang mati syahid). [HR Hakim dan Ibnu Majah]


Sekadar mampu. Silalah merujuk lagi ... Wallahu a'lam.

'UM

Rabu, 8 Februari 2012

CARA HAFAZ AL QURAN

Membudayakan Pembacaan Al Quran
Imam dan Khatib di Masjid Nabawi ; Asy Syaikh Dr. Abdul Muhsin Muhammad Al Qasim

Segala pujian hanya milik Allah, shalawat dan salam semoga terlimpahkan kepada Nabi kita Muhammad, kepada keluarganya dan para sahabat seluruhnya.

Keistimewaan methodologi ini adalah seseorang -itu- akan memperolehi kekuatan dan kemampanan hafalan serta dia akan cepat dalam menghafal, sehingga dalam waktu yang singkat dia akan segera mengkhatamkan Al-Quran. (InsyaAllaah)

Berikut kami akan paparkan methodenya berserta pencontohan dalam menghafal surah Al Jumu’ah :

1. Bacalah ayat pertama sebanyak 20 kali.
2. Bacalah ayat kedua sebanyak 20 kali.
3. Bacalah ayat ketiga sebanyak 20 kali.
4. Bacalah ayat keempat sebanyak 20 kali
5. Keempat ayat di atas dari awal hingga akhir digabungkan,
dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.

********
6. Bacalah ayat kelima sebanyak 20 kali.
7. Bacalah ayat keenam sebanyak 20 kali.
8. Bacalah ayat ketujuh sebanyak 20 kali.
9. Bacalah ayat kedelapan sebanyak 20 kali.
10. Keempat ayat (ayat 5-8) di atas dari awal hingga akhir digabungkan,
dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.

********
11. Bacalah ayat pertama hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.

Demikian seterusnya pada setiap surah hingga selesai menghafal seluruh surah dalam Al-Quran.

Jangan sampai kamu menghafal dalam sehari lebih dari seperlapan juz (1/8 juz bersamaan sehelai suku) -!!!-. Kerana yang sedemikian itu akan menyebabkan hafalanmu bertambah berat, sehingga –memungkinkan- kamu tidak mampu menghafalnya.  


BAGAIMANA CARANYA JIKA AKU INGIN MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA?

Jika kamu ingin menambah hafalan baru (halaman selanjutnya) pada hari berikutnya, maka sebelum kamu menambah dengan hafalan baru dengan methode yang aku sebutkan di atas, maka anda harus membaca hafalan lama (halaman sebelumnya) dari ayat pertama hingga ayat terakhir (muraja’ah) sebanyak 20 kali agar hafalan ayat-ayat sebelumnya tetap kukuh dan kuat dalam ingatanmu.

Kemudian setelah mengulangi (muraja’ah) maka baru kamu boleh memulai hafalan baru dengan methode yang aku sebutkan di atas. .


BAGAIMANA CARANYA AKU MENGGABUNGKAN ANTARA MENGULANG (MURAJA’AH) DENGAN MENAMBAH HAFALAN BARU?

Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang –terlebih dahulu- hafalan yang sudah ada sebelumnya. Hal itu kerana jika kamu hanya terus-menerus melanjutkan menghafal Al-Qur’an hingga khatam tapi tanpa mengulanginya terlebih dahulu, lantas setelah khatam - kamu baru mahu mengulanginya dari awal. Maka -mungkin- secara tidak disedari kamu telah banyak kehilangan hafalan yang telah dihafal -sebelumnya-.

Oleh kerana itu methode yang paling tepat dalam menghafal adalah dengan menggabungkan antara muraja’ah (mengulang) dan menambah hafalan baru. Bahagikanlah isi Al-Qur`an menjadi tiga bagian,yang mana setiap bahagian berisi 10 juz. Jika dalam sehari kamu telah menghafal satu halaman maka ulangilah dalam sehari empat halaman yang telah dihafal sebelumnya hingga kamu menyelesaikan 10 juz.

Jika kamu telah berhasil menyelesaikan 10 juz maka berhentilah menghafal selama satu bulan penuh dan isi dengan mengulang apa yang telah dihafal, dengan cara setiap hari kamu mengulangi (meraja’ah) sebanyak 8 halaman. Setelah selesai satu bulan kamu mengulangi hafalan, sekarang mulailah kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua halaman tergantung kemampuan, sambil kamu mengulangi setiap harinya 8 halaman hingga kamu mampu menyelesaikan hafalan 20 juz.

Jika kamu telah menghafal 20 juz maka berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulangi hafalan 20 juz, di mana setiap hari kamu harus mengulang (meraja’ah) sebanyak 8 halaman. Jika sudah mengulang selama dua bulan, maka mulailah kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua halaman tergantung kemampuan, sambil kamu mengulangi setiap harinya 8 halaman hingga kamu bisa menyelesaikan seluruh Al-Qur’an.

Jika anda telah selesai menghafal semua isi Al-Qur`an, maka ulangilah 10 juz pertama secara tersendiri selama satu bulan, dimana setiap harinya kamu mengulang setengah juz.

Kemudian pindahlah ke 10 juz berikutnya, juga diulang setengah juz ditambah 8 halaman dari sepuluh juz pertama setiap harinya. Kemudian pindahlah untuk mengulang 10 juz terakhir dari Al-Qur`an selama sebulan, dimana setiap harinya mengulang setengah juz ditambah 8 halaman dari 10 juz pertama dan 8 halaman dari 10 juz kedua.


BAGAIMANA CARA ME-MURAJA’AH AL-QURAN (30 JUZ) SETELAH AKU MENYELESAIKAN METHODE MURAJA’AH DI ATAS?

Mulailah mengulangi Al-Qur’an secara keseluruhan dengan cara setiap harinya mengulang 2 juz, dengan mengulanginya 3 kali dalam sehari. Dengan demikian maka kamu akan mampu mengkhatamkan Al-Qur’an sekali setiap dua minggu. Dengan methode seperti ini maka dalam jangka satu tahun (insya Allah) kamu telah mutqin (kukuh) dalam menghafal Al-Qur’an, dan lakukanlah cara ini selama satu tahun penuh.

APA YANG PERLU AKU LAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL-QUR’AN SELAMA SATU TAHUN?

Setelah menguasai hafalan dan mengulangInya dengan itqan (mantap) selama satu tahun, hendaknya bacaan Al-Qur’an yang kamu baca setiap hari hingga akhir hayatmu adalah bacaan yang dilakukan oleh Nabi -shallallahu alaihi wasallam- semasa hidup beliau. Baginda membahagi isi Al-Qur`an menjadi tujuh bahagian (di mana setiap harinya baginda membaca satu bahagian tersebut), sehingga baginda mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam seminggu.

Aus bin Huzaifah -rahimahullah- berkata: Aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah -shallallahu alaihi wasallam-, “Bagaimana caranya kalian membahagi Al Qur`an untuk dibaca setiap hari?”

Mereka menjawab:

 نُحَزِّبُهُ ثَلَاثَ سُوَرٍ وَخَمْسَ سُوَرٍ وَسَبْعَ سُوَرٍ وَتِسْعَ سُوَرٍ وَإِحْدَى عَشْرَةَ سُورَةً وَثَلَاثَ عَشْرَةَ سُورَةً وَحِزْبَ الْمُفَصَّلِ مِنْ قَافْ حَتَّى يُخْتَمَ

“Kami membaginya menjadi (tujuh bagian yakni) :
Tiga surah, lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelas surah, tiga belas surah dan hizb al Mufashshal ; iaitu dari surah Qaf sampai akhir (mushaf).”
(HR. Ahmad, no. 15578).

Maksudnya :
Hari pertama : Mereka membaca surah al Fatihah hingga akhir surah an Nisaa`.
Hari kedua : Dari surah al Maa-idah hingga akhir surah at Taubah.
Hari ketiga : Dari surah Yunus hingga akhir surah an Nahl.
Hari keempat : Dari surah al Israa’ hingga akhir surah al Furqan.
Hari kelima : Dari surah asy Syu’ara hingga akhir surah Yasiin.
Hari keenam : Dari surah ash Shaffaat hingga akhir surah al Hujuraat.
Hari ketujuh : Dari surah Qaaf hingga akhir surah an Naas.

Para ulama meringkaskan bacaan Al-Qur`an Nabi -shallallahu ‘alaihi wasallam- ini menjadi kata:
فَمِي بِشَوْقٍ

Setiap huruf yang tersebut menjadi simbol dari awal surah yang dibaca oleh Nabi -shallallahu alaihi wasallam- pada setiap harinya. Maka:

- Huruf ‘fa`’ adalah simbol dari surah ‘al Fatihah’.
Maksudnya bacaan Al-Qur`an baginda di hari pertama dimulai dari surah al Fatihah.
- Huruf ‘mim
Maksudnya bacaan Al-Qur`an baginda di hari kedua dimulai dari surah al Maa-idah.
-Huruf ‘ya`
Maksudnya bacaan Al-Qur`an baginda di hari ketiga dimulai dari surah Yunus.
-Huruf ‘ba`
Maksudnya bacaan Al-Qur`an baginda di hari keempat dimulai dari surah Bani Israil yang juga dinamakan surah al Isra`.
- Huruf ‘syin
Maksudnya bacaan Al-Qur`an baginda di hari kelima dimulai dari surah asy Syu’ara`.
- Huruf ‘waw
Maksudnya bacaan Al-Qur`an baginda di hari keenam dimulai dari surah wash shaffaat (ash Shaffaat).
- Huruf ‘qaaf
Maksudnya bacaan Al-Qur`an baginda di hari ketujuh dimulai dari surah Qaf hingga akhir mushaf iaitu surah an Naas.

Adapun pemba
hagian hizib yang ada pada Al-Qur an sekarang, maka itu tidak lain adalah buatan Hajjaj bin Yusuf.


BAGAIMANA CARA MEMBEDAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (AYAT YANG MIRIP) DALAM AL-QUR’AN?

Cara terbaik untuk membedakan antara dua ayat yang kelihatannya menurut kamu hampir sama (mutasyabih), adalah dengan cara membuka mushaf dan carilah kedua ayat tersebut. Lalu carilah perbedaan antara kedua ayat tersebut, cermatilah perbedaan tersebut, kemudian buatlah tanda/catatan (di dalam hatimu) yang bisa kamu jadikan sebagai tanda untuk membedakan antara keduanya.

Kemudian, ketika kamu melakukan murajaah hafalan, maka perhatikanlah perbezaan tersebut secara berulang-ulang sampai kamu mutqin dalam mengingat perbedaan antara keduanya.


BEBERAPA KAEDAH DAN KETENTUAN DALAM MENGHAFAL AL-QUR`AN :

1- Kamu harus menghafal melalui bantuan seorang guru yang boleh membetulkan bacaanmu jika salah.

2- Hafalkanlah 2 halaman setiap hari :
1 halaman selepas Subuh dan 1 halaman selepas Asar atau Maghrib.

Dengan metode seperti ini (insya Allah) kamu akan bisa menghafal Al-Qur`an secara mutqin dalam kurun waktu satu tahun. Tetapi jika kamu memperbanyak kapasiti hafalan setiap harinya, maka –berkemungkinan besar- kemampuan menghafalmu akan melemah.

3- Menghafallah mulai dari surah an Naas sehingga surah al Baqarah kerana hal itu lebih mudah.

Namun setelah kamu menghafal Al-Qur`an, maka urutan muraja’ah mu -hendaklah- dimulai dari Al-Baqarah sehingga An-Nas.

4- Dalam menghafal hendaknya menggunakan satu mushaf saja (samaada pada cetakan maupun bentuknya), kerana hal itu sangat membantu dalam menguatkan hafalan dan agar lebih cepat mengingat letak-letak ayatnya, ayat apa yang ada di akhir halaman ini dan ayat apa yang ada di awal halaman sebelahnya.

5- Setiap orang yang menghafal Al-Qur’an pada 2 tahun pertama, biasanya apa yang telah dia hafal masih mudah hilang, dan masa ini disebut fasa at tajmi’ (pengumpulan hafalan).

Kerananya janganlah kamu bersedih kerana ada sebahagian hafalanmu yang kamu lupa atau kamu banyak keliru dalam hafalan. Ini adalah fasa yang sulit sebagai ujian bagi kamu, dan ini adalah fasa rentan yang boleh menjadi pintu masuknya syaitan –laknatullah- untuk menghentikan kamu dari menghafal Al-Qur`an.

Tolaklah was-was tersebut dari dalam hatimu dan teruslah menghafal, kerana ia (menghafal Al-Qur`an) merupakan perbendaharaan harta yang tidak diberikan kepada sembarangan orang.



[Oleh : Asy Syeikh Dr. Abdul Muhsin Muhammad Al Qasim ; imam dan khathib di Masjid an Nabawi, Madinah]
Disunting daripada :
http://www.2lisan.com/tips-tricks/cara-termudah-menghafal-al-quran-al-karim/

Selasa, 7 Februari 2012

Persoalan Dan Jawaban Mengenai Ejaan Dan Cara Membunyikan Kalimah Allah .

S : Saya ada beberapa persoalan berkaitan lafzul Jalalah. Mohon diperjelaskan

1. Apa hukum mengeja kalimah الله dengan cara ejaan rumi yang berbeza bunyinya dengan lafaz asal ?
2. Apa pula pandangan ustaz mengenai ejaan takbir 'Allah hu akbar' dan 'Allahu Akhbar' ?
3. Bagaimana pula berkenaan perbezaan bunyi sebutan lafaz الله yang disebut oleh golongan mamak (maaf) iaitu bunyinya " Al-laah "? 

J : Sekadar mampu. Sekalipun dalam bahasa Arab, cara ejaan dan cara membunyikannya adalah sesuatu cabang ilmu yang berbeza walau keduanya berkait rapat. Dalam ertikata lainnya, bunyi kalimah Arab yang sebenar tidak dapat disahkan secara tepat melalui ejaan melainkan setelah dibunyikan. Jadi untuk menentukan benar atau tidak sesuatu sebutan Arab, sila dapatkan musyafahah daripada guru yang mursyid.

1- Secara umumnya di Malaysia dan di Indonesia ada beberapa kaedah ejaan rumi pada kalimah الله yang ditulis secara tunggal  iaitu samaada (1) AlLah / Allah / Allaah. Yang kurang mashur - (2) Alloh dan (3) Olloh . 

Ringkasnya pula, apabila dieja secara bersambung dengan kalimah lain, maka kebiasaan dalam ejaan rumi di Malaysia dieja 'LAH' dan ejaan yang sebegini juga diamalkan di Indonesia. Namun di sesetengah pasentran dan universitas Indon, ditetapkan hanya jika sebelum lafaz Allah itu kalimahnya berbaris kasrah. Dalam ertikata lain jika sebelum lafaz Allah ada kalimah lain berbaris fathah atau dhammah maka dieja sebagai 'LOH'.

Ini sebenarnya khilaf pada ejaan rumi dengan tujuan untuk menepati bunyi bacaan yang disepakati para ulama Qiraat berkenaan hukum 'alif lam pada kalimah lafzul Jalalah' dan pada huruf lam lafzul Jalalah yang disentuh pada bab tarqiiq wa tafkhim di dalam ilmu tajwid.

Manakala ejaan selain di atas (seperti Owoh/Ow'oh atau lain-lain) adalah menyalahi kaedah penulisan lafaz Al Jalalah dan ia tidak akan melahirkan bunyi yang dikehendaki syara'.

2- Berkenaan dengan ejaan takbir (الله اكبر) yang ditanya, ianya jelas berselisihan dengan ejaan penulisan para ilmuan Islam. Bahkan ia boleh menambahkan lagi kekusutan pembaca yang masih tidak mahir dalam membunyikan kalimah Arab dengan betul. Ejaan 'Allah hu akbar' adalah salah kerana seolah-olah huruf ha' tersebut bertasydid ( هّ ). Manakala ejaan Allahu akhbar pula adalah kerana 'kh' adalah mewakili huruf خ. Yang sebaiknya adalah AlLaahu Akbar.

Di sini juga saya mahu menekankan perkara yang sangat perlu diambil perhatian dalam mengeja kombinasi perkataan-perkatan Arab yang panjang ke dalam ejaan rumi. Asingkan kalimah ejaan Melayu ikut cara kalimah Arab melainkan pada huruf alif dan lam, supaya ejaan tersebut tidak menghilangkan makna asal..

Sebagai contoh :
لا اله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد يحي ويميت، وهو على كل شيء قدير

Contoh ejaan yang banyak salah :
( laa ilaa haa illawah huwah dahu laa syarikallah, lahulmul quwalahul hamduyuhi wayumi tu wahuwa a'la qulli syai in qodir )

Contoh ejaan yang baik :
( Laa ilaaha illlalLahu wahdahu laa syarikalah- lahul mulku wa lahul hamdu yuhyii wa yumiitu wa huwa 'aala kulli syai-in qodiir)

3 - Membunyikan lafzul Jalalah adalah sesuatu yang telah ditetapkan. Sengaja membunyikannya secara berbeza dari apa yang ditetapkan adalah suatu dosa amat besar yang membawa kepada kekufuran kerana ia adalah suatu bentuk penghinaan kepada kalimah yang paling mulia. Namun dimaafkan kepada mereka yang mempunyai masalah thiqalah (berat) pada menyebut kalimah tersebut sepertimana sebutan yang sebenar. Perkara ini berlaku kepada kebanyakan bangsa India, Pakistan, Bangladesh dan Nepal. Meniru mereka adalah tidak dibenarkan apalagi memperolok-olokkan cara sebutan mereka.

Semoga diberkati usaha kita semua dalam memuliakan kalimahNya. Wallahu a'lam.

'UM