Ilmu ni aku terima ijazahnya daripada Pak Lang Mat Zain pada tarikh 13hb Mei 2010, beliau adalah tukang urut yang menetap di kg Tok Sadu dalam daerah Pendang, Kedah. Di sini aku nak rakamkan ucapan jazakallahu khoiran kasira kepada beliau kerana bermurah hati memperturunkan ilmu beliau kepada ku.
Ubat Retak Baru :-
Sekiranya tulang baru sahaja retak, ambil daun pokok ceremai dan telur ayam kampung; ambil yang putih sahaja kemudian digaulkan sekali dengan cara meramas, menggiling atau menumbuk kemudian tampalkan pada bahagian yang retak dan kemudiannya dibalut pada bahagian yang retak.
Ubat Retak Lama :-
Sekiranya tulang telah lama retak dan tidak sembuh, ambil daun pokok ceremai dan anak ayam kampung yang telah disembelih kemudian ditumbuk semua sekali kemudian tampalkan pada bahagian yang retak kemudian dibalut.
Tujuan aku hanya mahu memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. KepadaNya jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.(Hud: 88)
Isnin, 31 Mei 2010
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
UBAT RETAK TULANG BARU DAN LAMA
2010-05-31T12:50:00+08:00
Ustazthrash
petua orang muda|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)