Khamis, 25 September 2008

Ubat lenguh, kencing manis & bengkak hati

Petua ni aku dapat dari pengamal perubatan tradisional .. selamat mencuba!

Hilangkan Lenguh-Lenguh Badan - Jika anda terasa lenguh-lenguh badan, mandilah dengan air sebiji kelapa yang dicampur dengan air sejuk. Lakukan ketika tengah hari. Buat cara ini sehingga seminggu, anda akan dapati badan anda beransur segar.

Sembuhkan Kencing Manis - Ambil akar pokok manggis sebesar ibu jari tangan,kemudian hendaklah dibasuh sehingga bersih. Selepas itu dicampurkan dengan sebotol air mineral direbus sehingga mendidih. Amalkan minum tiga kali sehari. InsyaAllah ia dapat menyembuhkan penyakit kencing manis yang anda alami selama ini.

Sembuhkan Bengkak Hati - Bagi mereka yang mengalami masalah bengkak hati dan paru-paru berair ambil secekak akar tebu hitam. Rebus menggunakan sukatan sebotol air mineral yang besar. Minum dua kali sehari.