Jumaat, 30 September 2011

Salah Faham Terhadap Poligami Adalah Kerana Kejahilan


Monogami dan poligami diisu-isukan hanya sekadar senjata musuh dalam menyemai minda saling mengecop pasangan masing-masing dengan sangka buruk. Sedang doligami dibiarkan mereka tanpa perbahasan yang luas.
Hakikat kebanyakkan perkahwinan yang bermasalah adalah kerana kejahilan menguruskan sebuah atau berbuah-buah perkahwinan itu sebagaimana dikehendak syariat Islam, bukan kerana monogami dan poligami. Dalam bahasa mudah dan koboinya, yang perempuan dengan cara perempuannya, yang lelaki dengan cara lelakinya. Masa kahwin dieorang 'sedap', aku tak berkongsi pun (sebab memang tak leh hehehe). Namun bila dieorang bermasalah duk kelui aku, last-last aku sama bermasalah.

Kadang-kadang baru je nak masuk bilik tidur ada bersusun call in, "hello... ustaz, khalwat! bla bla" Bila selesai, baru duk atas katil. Berdering lagi "Hello... ustaz saya kene cerai dengan bini". Aku apa lagi "wakakakak!!!" (dalam perut je la). Bila selesai nasihat dan terang ala kadar, pastu baru nak pejam mata je, bunyi lagi "ustaz suami sy tak balik lama dah" jawab aku "ada lakkkkkkk time ni! tunggu esok laaa. lagi sejam lebih je lagi subuh.
." Orang suh mengaji tak mau, malas hampeh! (bukan semua..).

Aku memang benci dengan orang tak mau mengaji, tak mau belajar pasal agama sendiri sedang ia adalah kewajiban setiap orang Islam. Bukan aku benci dengan kerenah dan ujian dalam melaksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang Muslim..

Firman Allah :

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al Baqarah : 216)

Berbalik kepada isu poligami yang sering dibicarakan oleh ramai kaum muslimah, apakah yang kita suka itu semestinya baik? Apakah yang kita benci itu semestinya buruk?
Suami dan isteri kena faham maksud adil dalam perkahwinan baru nampak keindahan Islam. Penyatuan ummat Islam bermula daripada penyatuan sesama terdekat seumpamanya ahli dalam sebuah rumahtangga.


Firman Allah dibawah jelas membenarkan perkahwinan 'poligami'  :

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا



Setiap orang tanpa mengira lelaki dan perempuan pastinya mahukan kebahagiaan dengan pasangan masing-masing. Malah jika ikutkan kehendak nafsu sahaja tanpa ambil peduli fitrah kejadiannya pasti semua mahukan cinta mereka sentiasa sehangat di awal perkahwinan. Si isteri mahukan si suami kekal cintakannya sahaja, dalam otak si suami pula kalau boleh berkehendakkan si isteri sentiasa kekal bergetah selamanya tak payah duk kelam kabut.

Siapa mahu masalah? Lelaki tidak mahukan beban tanggungjawab bertambah. Perempuan yang beriman mungkin sekadar tidak mahu jadi mangsa penganiayaan (bagi yang egois tidak mahu berkongsi suami dan yang tamak mungkin harta suami dirasakan miliknya sahaja). Namun manusia dengan fitrah kejadiannya memerlukan hal-hal yang dapat menyimpangkannya dari tujuan asal iaitu lebih bahagia dengan seorang isteri.

Dalam perspektif Islam. Hal tersebut bukanlah kerana dorongan nafsu semata. Akan tetapi justeru untuk mencapai kemaslahatan mereka sendiri, yang kerananya Allah membolehkan (menurut fuqaha) atau memberi hukum keringanan rukhsah (menurut ulama tafsir) bagi lelaki untuk beristeri lebih dari satu.

Adapun sebab-sebab yang membuat seseorang suami terpaksa membuat pilihan sebegitu adalah kerana berbagai faktor, di antaranya

1- Isteri yang mandul, sedang sesuatu perkawinan diharapkan untuk mendapatkan keturunan, maka poligami merupakan suatu jalan keluar yang paling baik berbanding pengambilan anak angkat. Sedang jika suami mandul seorang perempuan boleh saja menuntut cerai/fasakh

2- Menopause atau mati putik adalah punca terbanyak pada masa skrg, dalam keadaan si suami pula dalam kondisi yang sihat wpun semakin berusia. Dalam keadaan ini apakah dibiarkan seorang suami itu berzina sedangkan ia adalah suatu dosa besar? Maka di sinilah dirasakan hikmah bolehnya poligami tersebut. Sedang jika berlaku sebaliknya yakni si suami mati pucuk maka boleh juga si isteri menuntut cerai/fasakh

3- Keterdesakan untuk memelihara keseimbangan masyarakat sbg contoh jumlah wanita lebih banyak dari lelaki. Seorang perempuan yang hidupnya tdk terurus tanpa bantuan seseorang lelaki. Sedang nak carikan pasangan lelaki untuknya adalah rumit (kes sebegini jg byk berlaku). Suasana ini lebih mudah menimbulkan hal-hal negatif bagi kehidupan masyarakat apabila tidak dibuka pintu untuk perkahwinan melebihi satu. maka perkahwinan sebegini juga adalah sejenis kebajikan.

Wallahu a'lam..

Saya cadangkan anda membaca lagi :
Mengapa Lelaki Di Benarkan Beristeri Lebih Daripada Satu Dalam Islam?
Poligami Dan Pelbagai Hikmah

Ahad, 25 September 2011

KISAH TAULADAN : Islam Dan Politik - Ulamak Dan Umara' (Pemerintah)

Sufyan At Thauri, putera Iraq, seorang ulama yang warak, zuhud dan mempunyai keperibadian dan keberanian untuk menyatakan kebenaran. Kebenaran itu adalah kebenaran dan kebatilan itu adalah kebatilan dan siapa pun dan dari mana pun datangnya.

Ia hidup sezaman dengan Khalifah Harun Ar Rasyid, bahkan Harun adalah sahabat karibnya sebelum memangku jawatan khalifah. Sebagai seorang alim yang sangat zuhud, ia sangat benci kepada Ulama-ulama yang terpengaruh dengan harta benda. (Ulama'us Su' menurut Imam al Ghazali).

Sufyan At Thauri berkata : "Alim ulama itu tidak ubahnya seperti doktor yang mengubati orang sakit. Harta benda adalah penyakitnya. Apabila Ulama telah merangkul penyakit kepada dirinya sendiri, bagaimana dia boleh mengubati orang lain?"

Kerana Harun Ar Rasyid setelah dia menjadi khalifah menyuguhkan penyakit-penyakit ulama itu kepada para alim ulama di kala itu, sehingga para Ulama menghadap khalifah untuk menerima harta benda itu di istana, maka beliau tidak ragu-ragu sedikit pun untuk memutuskan hubungannya yang akrab selama ini dengan Harun ar Rasyid.

Demikianlah pada hari perlantikannya Harun ar Rasyid menjadi khalifah, maka sahabat lamanya Sufyan At Thauri pun diundang bersama-sama dengan ulama-ulama yang lain untuk menghadiri upacara perlantikan itu. Tetapi setelah perlantikan akan dimulai, alangkah terkejutnya khalifah, kerana sahabatnya yang paling akrab justeru tidak hadir. Hal itu sungguh menjadi tanda tanya yang tidak sedap dirasakan oleh khalifah. Maka dengan tidak lama antaranya, beliau pun menulis surat kepada sahabat akrabnya itu, Sufyan at Thauri.

Dan surat itu berbunyi seperti di bawah ini :
-------------------
BismiLLahirrahmanirRahim!

Dari hamba ALLah Harun ar Rasyid Amirul Mukminin kepada saudaranya, Sufyan bin Said bin Mundzir. Adapun kemudian daripada itu, wahai Saudaraku! Sebagaimana engkau telah mengetahui bahawa ALLah Tabaroka wa Ta'ala telah mempersaudarakan antara orang-orang beriman, dan ia menjadikan hal yang demikian itu supaya dilakukan pada jalan-Nya dan kerana-Nya belaka. Ketahuilah olehmu bahawa saya telah bersaudara dengan engkau dengan persaudaraan yang erat dan tali persaudaraan itu rasanya tidak akan putus-putusnya.

Dan aku mencintai engkau dengan sepenuh-penuh cinta dan kemahuan yang baik. Kalaulah tidak kerana kalung (jawatan) yang telah dikalungkan oleh ALlah kepadaku, tentulah aku akan datang mengunjungi engkau walaupun aku akan merangkak-rangkak sekalipun, demi cinta yang bersemi dalam kalbuku kepadamu.

Ketahuilah, wahai Abu AbdiLLah bahawa tidak seorang pun di antara kawan-kawanku dan kawan-kawanmu melainkan mereka datang berkunjung kepadaku dan mengucapkan selamat kepadaku dengan jawatan yang telah aku terima itu (khalifah).

Aku telah membukakan bagi mereka beberapa buah Baitul Mal (perbendaharaan Negara) dan aku telah memberikan kepada mereka pemberian-pemberian yang berharga mahal apa yang telah membuat hatiku gembira dan menyejukkan mataku; dan aku menanti-nanti kedatanganmu yang terlambat itu, tetapi sayang engkau tidak juga kunjung datang. Oleh itu aku tulislah surat ini kepadamu kerana sangat rinduku kepadamu, dan engkau tentu telah mengetahui tentang keutamaan orang Mukmin, mengunjunginya dan mengikat tali silaturrahim (hubungan kasih sayang) dengan dia.

Kerana itu, bila kelak suratku ini sampai ke tanganmu, maka bergegaslah, bersegeralah datang!"

_____________
Demikian bunyi surat Harun ar Rasyid yang baru sahaja dilantik menjadi ketua negara itu. Dan setelah surat itu dipersiapkan, maka Harun ar Rasyid menoleh kepada orang yang berada di sampingnya, tetapi mereka kenal kepada kekerasan watak Sufyan at Thauri. Kemudian surat itu diserahkannya kepada salah seorang pengawal beliau yang bernama 'Ubbad at Thaliqany sambil berkata : "Wahai Ubbad. ambil suratku ini dan hantarkan dia ke Kufah, maka apabila engkau telah masuk kota itu tanyakanlah kepada Kabilah Bani Thaur. Kemudian bertanyalah di mana Sufyan at Thauri berada. Maka apabila engkau telah melihatnya berikanlah surat ini kepadanya. Perhatikan benar-benar akan hatimu segala apa yang dikatakannya!"

Begitulah pesuruh khalifah menjalankan tugasnya, dan sampainya di Kufah ia bertanya tentang Sufyan at Thauri, dan seorang menunjukkannya di Masjid. 'Ubbad bercerita, bahawa setelah Sufyan at Thauri melihat kedatangannya, ia pun segera berdiri dan mengucapkan: "A'udzubiLLahis Samiil Alim minasy Syaitanir Rajim wa a'udzubiKa ALlahumma min Tariqin atruqu illa bikhoirin."

Ertinya : "Aku berlindung dengan ALLah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang terkutuk, dan aku berlindung kepada Engkau ya ALlah daripada orang yang datang, kecuali yang datang membawa kebajikan."

"Kata-kata itu terhunjam di jantungku," kata Ubbad, dan aku pun keluarlah." Tatkala aku turun di pintu masjid, beliau pun bangkit untuk mengerjakan sembahyang, padahal waktu itu belum ada masuk waktu sembahyang (fardhu, Pen). Maka aku tambatkanlah kudaku di dekat pintu masjid dan aku pun masuklah ke dalam Masjid. Aku melihat para pengikut beliau duduk bersama menundukkan kepada mereka bagaikan pencuri-pencuri yang di hadapkan kepada Sultan (penguasa, hakim Pen) dalam keadaan ketakutan akan siksaan hukumannya.

Aku mengucapkan salam kepada mereka, tetapi tidak seorang pun di antara mereka yang mengangkatkan kepalanya, dan mereka menjawab salamku dengan hujung-hujung jari mereka sahaja. Aku tetap berdiri kerana tidak seorang pun di antara mereka yang mempersilakan aku duduk.

Kerananya makin tinggilah kegoncangan hatiku kerana melihat kehebatan mereka, dan aku sentiasa menatapkan mataku kepada mereka, dan aku sentiasa menatapkan mataku kepada mereka. Maka aku berbicara pada diriku sendiri bahawa yang sedang sembahyang itu adalah Sufyan.

Maka aku balingkanlah surat kepadanya. Tatkala ia melihat surat itu, badannya bergoncang dan ia menjauhkan diri dari surat itu seolah-olah surat itu seekor ular yang datang kepadanya di mihrabnya. Ia pun rukuk dan sujud dan kemudian memberi salam.

Setelah itu ia masukkan tangannya ke dalam lengan bajunya dan dia lipatkan lengan bajunya dan lalu diambilnya sura itu; dibalik-baliknya dengan tangannya kemudian dibalingkannya kepada orang yang di belakangnya seraya berkata : "Hendaklah surat itu diambil oleh sebahagian kamu yang akan membacanya, kerana aku minta ampun kepada ALLah, bahawa aku janganlah hendaknya menyentuh sesuatu yang telah disentuh oleh tangan orang zalim."

Ubbad berkata :"Surat itu pun diambil oleh sebahagian mereka, maka keadaannya seolah-olah orang yang takut dari patukan mulut ular, kemudian surat itu dibukanya dan lantas dibacanya, sedang Sufyan memperhatikan surat itu sambil tersenyum kehairanan. Tatkala surat itu selesai sibacanya, Sufyan berkata: "Balikkan surat itu dan tulislah di punggung suratnya itu kepada orang Zalim itu!" Ada yang menjawab : "Ya Aba AbdiLlah! Sesungguhnya dia itu adalah khalifah. Apakah tidak baik kalau engkau tulis kepadanya kembali dengan kertas yang bersih?"

Sufyan berkata: "Tulislah kepada orang zalim itu di belakang suratnya itu! Sekiranya surat itu berasal dari barang yang halal, maka dia dapat ganjaran untuk itu. Dan jika ia berasal dari usaha yang haram, maka ia akan disiksa kerananya. Dan tidak ada sesuatu benda yang disentuh oleh orang zalim tinggal pada kita, hal itu tentu akan merosak agama kita."

Kemudian ditanyakan kepadanya : "Apakah yang akan kita tulis? Beliau menjawab :"Tulislah!"
--------------------------
BismiLlahirRahmanirRahim!

Dari hamba ALlah yang pernah berdosa. Sufyan bin Sa'id bin Mundzir As Thauri, kepada hamba ALLah yang tertipu dengan angan-angan, Harun ar Rasyid yang telah mencabut kemanisan Iman.

Kemudian daripada itu, maka sesungguhnya aku telah menulis surat kali ini kepadamu untuk memberitahukan kepadamu, bahawa aku telah memutuskan tali hubungan dengan engkau, aku telah memotong tali cinta engkau dan aku murka dengan tempat kedudukanmu (Khilafah). Kerana engkau telah menjadikan saya sebagai saksi atas pengakuan engkau sendiri atas dirimu seperti tersebut dalam suratmu di mana engkau telah menyerang Baitul Mal kaum Muslimin. Kemudian engkau berikan kepada orang yang bukan berhak menerimanya dan engkau perlakukan harta itu di luar hukum. Kemudian engkau merasa tidak begitu senang terhadap apa yang engkau lakukan. Tersebab engkau telah terjauh daripada aku sehingga engkau menulis surat kepadaku untuk menjadi saksi atas perbuatan diri engkau sendiri.

Adapun aku ini memang telah menjadi saksi atas perbuatan engkau, aku dan begitu juga teman-temanku, iaitu mereka yang telah menyaksikan pembacaan engkau, dan kami akan tampil menjadi saksi atas engkau kelak di hadapan ALlah (subhanahu wa Ta'ala)

Wahai Harun, engkau telah berani menyerang Baitul Mal kaum Muslimin tanpa beroleh kerelaan daripada mereka. Apakah kaum yang masih dibujuk hati mereka rela dengan perbuatanmu itu! Begitu pula para amil yang bekerja mengurus harta itu di bumi ALlah ini, orang yang berjihad Fi sabiliLLah, dan Ibnu Sabil? Apakah rela dengan perbuatanmu itu para pendukung (penghafaz) Al Quran, para sarjana ilmu pengetahuan, kaum janda dan anak yatim?

Apakah rela dengan perbuatanmu itu rakyatmu yang ramai? Maka dari itu pereratlah ikat pinggang engkau dan persiapkanlah jawapan dari pertanyaan dan persiapkan pula untuk penutup bala kelak yang akan menimpa engkau!

Ketahuilah! Bahawa nanti engkau akan berdiri di muka hakim yang Adil, maka sungguh engkau telah mencelakakan dirimu sendiri di kala engkau telah mencabut kemanisan ilmu, zuhud dan kelazatan al Quran serta bergaul dengan orang-orang baik, sebaliknya engkau menyukai dirimu menjadi orang zalim dan menjadi Imam -Pemimpin bagi orang-orang zalim itu.

Wahai Harun! Engkau duduk di atas takhta kerajaan dan engkau memakai sutera, engkau pakaikan tabir di hadapan pintu rumahmu dan engkau mahu menyerupakan diri dengan Tuhan pengatur alam semesta. Dan kemudian engkau dudukkan tentera-tenteramu yang zalim di muka pintu engkau dan pagar engkau. Mereka menganiaya orang ramai, tetapi mereka tidak mempunyai keinsafan. Mereka sendiri meminum-minuman keras (khamar), tetapi mereka memukul barangsiapa yang meminumnya. Mereka sendiri berzina, tetapi mereka menghukum bunuh orang-orang yang berzina. Mereka sendiri mencuri (korupsi), tetapi mereka sendiri memotong tangan pencuri.

Apakah hukum-hukum ini tidak dijalankan dulu pada dirimu dan tentera-tenteramu itu sebelum hukum itu dijalankan kepada orang ramai? Berapakah kelak nasibmu wahai Harun, apabila pemanggil telah berseru kerana perintah ALLah :

"Kumpulkan olehmu orang-orang zalim itu dan para pembelanya? Maka engkau pun tampillah ke hadapan ALlah (Subhanahu wa Ta'ala).. sedangkan kedua-dua tangan engkau terbelenggu ke kudukmu yang tidak ada orang boleh melepaskannya kecuali keadilan engkau dan keinsafan engkau sendiri sejak di dunia ini; dan orang-orang zalim itu berdiri di sekeliling engkau dan engkau mendahului dan menjadi Imam mereka untuk pergi ke neraka.

Seolah-olah aku dengan engkau wahai Harun, engkau telah mencekik leher dan mendatangkan aib. Engkau akan melihat kebaikan-kebajikan engkau dalam neraca timbangan orang lain dan kejahatan-kejatahan orang lain dalam neraca engkau, suatu bencana di atas bencana dan kegelapan di atas kegelapan!

Oleh sebab itu peliharalah wasiatku ini baik-baik dan ambillah pengajaran dengan pengajaran yang telah aku berikan kepadamu ini. Ketahuilah bahawa aku telah memberi nasihat kepada engkau dan tidak satu pun yang ketinggalan dalam nasihat itu untuk mencapai sasarannya.

Dari itu, takutlah kepada ALLah, wahai Harun dalam mengatur rakyatmu! dan peliharalah Nabi Muhammad (SallaLLahu 'alaihi wa sallam) dalam memimpin umatnya dan berbuat kebajikanlah dalam memanfaatkan jawatan khilafahmu untuk kepentingan mereka!.

Ketahuilah olehmu bahawa urusan ini jika tetap ia berada di tangan orang lain nescaya ia tidak akan sampai kepada engkau dan ia akan sentiasa berada di tangan orang lain itu. Begitulah dunia, penduduknya berpindah satu demi satu (ke alam baqa' pen). Maka sebahagian mereka ada yang membawa bekal yang berguna baginya, dan yang lain orang yang merugi dunia dan akhirat.

Oleh sebab itu, jauhkanlah dirimu, sekali lagi jauhkan untuk berkirim surat kepadaku lagi, kerana aku sekali-kali tidak akan membalasnya!.

Wassalam

-------------------------------
Setelah Ubbad sampai kembali di Baghdad ia pun menyampaikan surat balasan tanpa sampul itu kepada Khalifah Harun al Rasyid yang sedang menanti-nantikan balasan sahabatnya, Sufyan At Thauri.

Harun al Rasyid menghadapi surat itu dan membacanya sedemikian rupa sehingga air matanya mengalir dari kedua-dua matanya sambil menarik nafas panjang.

Orang-orang yang di sekitarnya tidak sampai hati melihat khalifah menangis demikian halnya. Sehingga salah seorang di antara mereka berkata dan menyarankan kepada khalifah : "Ya Amirul Mukminin! Sungguh berani benar Sufyan bicara terhadap engkau, kalau sekiranya diizinkan aku berbuat kepadanya. Aku akan pukul dia dengan besi dan aku masukkan ke dalam jel penjara yang sempit agar menjadi iktibar-pengajaran bagi yang lainnya."

Tetapi Harun Al Rasyid menjawab usul orang itu dengan kata-kata:

"Tinggalkanlah kami, wahai hamba dunia yang telah tertipu kerana banyaknya orang yang telah kamu tipu, dan celaka kerana banyaknya orang yang telah kamu celakakan. Sesungguhnya Sufyan adalah satu-satunya, maka biarkanlah Sufyan dalam keadaan yang demikian!".

Begitulah Khalifah Harun al Rasyid memperlakukan surat Sufyan itu, dan surat itu sentiasa diletakkannya di sampingnya yang dibacanya selalu setiap kali mahu mengerjakan sembahyang. Begitulah ia berbuat sampai kepada akhir hayatnya.


Sumber : Detik-detik Terakhir Kehidupan RasuluLLah Dilengkapi dengan Daftar Susunan Seratus Tokoh Yang Berpengaruh Dalam Sejarah Dunia, Karangan K.H Firdaus A.N, Pustaka Ilmu, 1997

Amaran aku ::

Jangan baca saja, faham betul-betul dan amalkanlah. Setelah diberitahu dan dinasihati ambillah pedoman dan jangan abaikan nasihat yang diberi kerana agama itu adalah nasihat. Lagi satu jangan duk layan langsung kisah Harun Ar Rasyid dalam hikayat 1001 Malam... Atau kisah baginda dalam kisah Abu Nawas yang direka oleh orientalis untuk mengkhayalkan dan menenggelamkan watak mulia dalam Islam. Kehinaan terhadap watak mulia seorang Amirul Mukmin yang mentaati Islam apabila diberi teguran. Ini penyakit dalam masyarakat kita. Banyak beriman dengan cerita dongeng, bila datangnya cerita yang benar tiada pula yang ambil peduli.

Pengertian Kafir Harbi


Dalam melaksanakan amar makruf nahi munkar ramai sungguh yang bersemangat mahu menuduh seseorang yang kafir itu sebagai kafir harbi dan ramai yang penakut itu mengecop semua kafir yang ada di dunia ini kafir zimmi... Apa sebenarnya semua ini menurut ajaran Islam? Ayuh sama-sama kita renung-renungkan penjelasan di bawah semoga kita tidak lagi mengotorkan kesucian Islam dengan kejahilan diri. InsyaALLAH semoga kita diselamatkanNya.

Orang kafir di dalam syari'at Islam terbahagi kepada empat jenis atau empat kumpulan, di mana keempat-empat golongan ini dinyatakan secara jelas di dalam surah at Taubah :

1. Kafir zimmi atau zimmah, adalah kafir yang membayar jizyah (ufti) yang dipungut setiap tahun sebagai imbalan untuk membolehkan mereka tinggal di negeri kaum muslimin (dengan aman). Kafir seperti ini tidak boleh dianiaya dan apalagi dibunuh selama dia masih mentaati/mematuhi peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas mereka.

  • Allah Ta'aala berfirman:
    Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (iaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk.
    (At-Taubah: 29). 

    • Dalam hadis Al-Mughirah bin Syu'abah radhiyallahu 'anhu, beliau berkata : Kami diperintah oleh Rasul Rabb kami Shallallahu 'alaihi wa 'ala alihi wa sallam untuk memerangi kalian sampai kalian menyembah Allah satu-satunya atau kalian membayar jizyah. (HR. Bukhari no. 3158).

2. Kafir mu'ahad, iaitu orang-orang kafir yang telah terjadi kesepakatan antara mereka dan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu yang telah disepakati. Dan kafir seperti ini juga tidak boleh dibunuh sepanjang mereka menjalankan kesepakatan yang telah dibuat.

  • Allah Ta'ala berfirman :
    Kecuali orang-orang musyrikin yang kamu telah mengadakan perjanjian (dengan mereka) dan mereka tidak mengurangi sesuatu pun (dari isi perjanjian)mu dan tidak (pula) mereka membantu seseorang yang memusuhi kamu, maka terhadap mereka itu penuhilah janjinya sampai batas waktunya. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa. (At-Taubah: 4). Lihat juga At-Taubah ayat 7 dan 12.

    • Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : Sesiapa yang membunuh kafir mu'ahad, dia tidak akan mencium bau syurga dan sesungguhnya bau syurga itu tercium dari perjalanan empat puluh tahun. (HR. Bukhari no. 3166, 6914, An-Nasa'ie 8/25 dan Ibnu Majah no. 2686).
    • Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : Ingatlah, siapa yang menzalimi seorang mu'ahad, merendahkannya, membebaninya di atas kemampuannya atau mengambil sesuatu daripadanya tanpa keredhaannya, maka aku adalah lawan bertikainya pada hari kiamat. (HR. Abu Daud no. 3052. Disahihkan oleh Syaikh al Albani dalam Silsilah al Ahadits as Sahihah no. 445).

3. Kafir musta'man, iaitu orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebagian kaum muslimin. Kafir jenis ini juga tidak boleh dibunuh sepanjang masih berada dalam jaminan keamanan.

  • Allah Ta'aala berfirman :
    Dan jika seorang di antara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui. (At-Taubah: 6).

    • Dalam hadis Ummu Hani' radhiyallahu 'anhaa, beliau berkata : Wahai Rasulullah, anak ibuku (iaitu Ali bin Abu Thalib r.a) menyangka bahwa dia boleh membunuh orang yang telah aku lindungi (iaitu) si Fulan bin Hubairah. Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : Kami telah lindungi orang yang engkau lindungi wahai Ummu Hani'. (HR. Bukhari no. 357, 3171, 6158, Muslim no. 1370, Abu Daud no. 2034 dan At-Tirmidzi no. 2132).

4. Kafir harbi, iaitu kafir adalah berbeza dengan tiga jenis atau kumpulan di atas. Kafir jenis inilah yang disyari'atkan untuk diperangi dengan ketentuan yang telah ditetapkan dalam syari'at Islam. Akhir ayat 29 at Taubah menunjukkan kafir zimmi sebelumnya adalah kafir harbi. .

  • Allah Ta'aala berfirman:
    Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (iaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk.
    (At-Taubah: 29).


Rujukan dan suntingan daripada - Meraih Kemuliaan Melalui Jihad ... Bukan Kenistaan. Penulis: Al Ustaz Dzulqarnain bin Muhammad Sanusi. Penerbit: Pustaka As-Sunnah - Versi Indonesia.

Khamis, 22 September 2011

Keadaan Yang Mengharuskan Mengumpat Dan Mencerca.

Dalam menafikan kebenaran-kebenaran yang diungkapkan secara terbuka oleh mana-mana pihak atau individu untuk mendedahkan keburukan pihak tertentu yang melakukan kezaliman dan kebatilan, maka seringkali pula kita mendengar jawaban-jawaban bidasan sebahagian orang terutamanya kumpulan ulamak yang mempunyai kepentingan peribadi yang mengatakan (dengan niat berusaha menutup kebatilan pihak pengupah mereka) serta bidasan pelaku-pelaku bid'ah yang dibuat hatta di mimbar-mimbar jum’aat atau di majlis-majlis tertentu :

“Jagalah lisanmu, janganlah engkau men-ghibah (mengumpat) saudaramu sendiri sesama muslim, bukankah Allah berfirman :

‘Janganlah sebahagian kamu menghibah (mengumpat) sebahagian yang lain sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?’”. (QS. Al-Hujurat : 12).

Apakah benar celotehan dan jawaban bidasan mereka ini???

Hakikatnya percakapan mereka ini adalah memperalatkan hukum yang asas ini untuk tujuan yang kotor yakni untuk menyembunyikan kebatilan juga menutup kezaliman pihak yang tertentu. Sedangkan dalam keadaan tertentu mengumpat (melakukan ghibah) terhadap golongan yang zalim ini adalah suatu tuntutan. Malah ia adalah suatu fitrah mangsa kezaliman untuk meluahkan kekejaman yang berlaku ke atas mereka dengan dan sesungguhnya Islam tidak pernah menentang fitrah manusia selagimana ia berbatas mengikut hukum syara'.
================================

Mari kita menyemak dan menikmati bersama sebahagian ucapan-ucapan emas para ulamak ahlus sunnah dalam masalah ini. Semoga Allah menampakkan yang benar itu benar dan memberi kita kekuatan untuk mengikutinya dan semoga Allah menampakkan yang batil itu batil serta memberi kita kekuatan untuk menjauhinya :

1. Imam Nawawi
rahimahullah (salah seorang ulama madzhab Syafi’i yang meninggal tahun 676 H) mengatakan dalam kitabnya “Riyadhus Shalihin” bab “penjelasan ghibah yang dibolehkan” :

“Ketahuilah bahwa ghibah dibolehkan untuk tujuan yang benar dan disyariatkan, yang tidak mungkin tujuan itu tercapai kecuali dengan ghibah tersebut.

Hal ini ada dalam enam perkara :

a. Melaporkan kezaliman orang lain.
Dibolehkan bagi orang yang dizalimi untuk melaporkan yang menzaliminya kepada penguasa atau hakim dan selain keduanya daripada orang-orang yang memiliki kekuasaan atau kemampuan untuk mengadili si zalim itu. Orang yang dizalimi itu boleh mengatakan si fulan itu telah menzalimi/menganiaya diriku.
b. Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran dan mengembalikan orang yang berbuat dosa kepada kebenaran. Seseorang boleh mengatakan kepada yang memiliki kekuatan yang ia harapkan mampu mengubah kemungkaran: si fulan itu berbuat kejahatan ini dan itu, maka dinasihati dia dan larang dia berbuat jahat. Maksud ghibah di sini adalah mengubah kemungkaran/kejahatan, jika tidak bermaksud seperti ini maka ghibah tersebut haram.
c. Meminta fatwa. Orang itu mengatakan kepada sang pemberi fatwa : ayahku atau saudaraku atau suamiku telah menzalimi diriku, apakah hal ini boleh? Bagaimana jalan keluarnya?. Ghibah seperti ini boleh karena suatu keperluan/bertujuan (yang syar’ie). Tapi yang lebih utama tidak disebutkan (individunya/namanya) Contoh : Bagaimana pendapat Syeikh tentang seorang suami atau ayah yang begini dan begitu? Hal ini juga bisa dilakukan dan dapat mencapai tujuan yang diinginkan meskipun tanpa menyebut nama/individunya. Tapi menyebutkan nama/individunya dalam hal ini hukumnya boleh seperti yang akan disebutkan dalam hadis Hindun yang akan dinyatakan nanti, insya Allah.
d. Memperingatkan kaum Muslimin dari bahaya kesesatan (seseorang/kelompok-pent) dan sekaligus dalam rangka saling menasihati. Yang demikian itu mencakupi beberapa hal :

  • Mencela para perawi-perawi (hadis) atau para saksi yang tidak memenuhi syarat. Hal ini dibolehkan secara ijma’ kaum muslimin bahkan bisa jadi hal tersebut wajib hukumnya. 
  • Meminta pendapat/musyawarah orang lain dalam hal menikahi seseorang atau bergaul dengannya atau meninggalkannya atau dalam hal bermu'amalah dengannya. Maka wajib bagi yang diajak bermusyawarah untuk tidak menyembunyikan sesuatu apapun tentang keadaan orang tersebut bahkan dia harus menyebutkan semua keburukkannya dengan niat saling menasehati. 
  • Apabila seseorang melihat penuntut ilmu sering berkunjung kepada ahli bid’ah (da'ie penyesat) atau fasik untuk mengambil ilmu daripadanya dan dia membimbangi si penuntut ilmu itu akan terkena racun kesesatan orang tersebut maka wajib baginya untuk menasihati si penuntut ilmu dengan menjelaskan hakikat (akan kesesatan) sang guru/da'ie penyesat itu dengan syarat tujuannya untuk menasihati. Dalam hal ini ada sebahagian orang yang salah mempraktikkannya, dia tujuannya bukan untuk menasihati tapi karena hasad/dengki dengan orang yang ditahdzir (dighibahkan itu), yang telah dihiasi oleh syaitan seolah-olah dia menasihati tapi hakikatnya dia hasad dan dengki. 
  • Seseorang yang memiliki tanggung jawab/tugas tapi dia tidak menjalankannya dengan baik atau dia itu fasik dan lalai. Maka boleh bagi yang mengetahuinya untuk menyebutkan keadaan orang tersebut kepada atasannya agar memecatnya dan menggantinya dengan yang lebih baik atau agar hanya diketahui keadaannya saja lalu diambil tindakan hingga atasannya tidak tertipu dengannya atau agar atasannya tersebut menasihatinya kepada kebaikan.
e. Menyebutkan aib orang yang menampakkan kefasikan dan bid’ahnya seperti orang yang bangga meminum khamar, menganiayai orang lain, merampas harta dan melakukan hal-hal yang batil. Boleh bagi orang yang mengetahui keadaan orang diatas untuk menyebutkan aib-aibnya (agar orang lain berhati-hati darinya)

f. Mengenalkan orang lain dengan menyebut gelar (laqob) nya yang sudah terkenal
, misalnya Al-A’masy (yang cacat matanya), Al-A’raj (yang tempang), Al-Ashom (yang tuli) dan selainnya. Boleh mengenalkan dengan julukan-julukan di atas tapi tidak (berniat) untuk mencela/mengejeknya dan seandainya mengenalkan tanpa menyebutkan julukan-julukan tersebut ini lebih baik.
Inilah keenam perkara yang disebutkan oleh para ulama (dalam membolehkan ghibah-pent) kebanyakannya telah disepakati dan dalil-dalil keenam perkara tersebut ada dalam hadits-hadits shohih yang sudah masyhur/terkenal, diantaranya :

  • Dari Aisyah radhiallahu anha, beliau berkata : “Bahwa ada seorang yang meminta izin untuk (menemui) Nabi -shallallahu 'alaihi wa sallam-, maka baginda bersabda :
    Izinkanlah dia, dia adalah sejelek-jeleknya kerabat”. (HR. Bukhari 6054 dan Muslim 2591). Imam Bukhari berdalil dengan hadits ini dalam membolehkan ghibah terhadap para perosak (penyesat) 
  • Dan dari beliau radhiallahu anha juga, bahwa Rasulullah -shallallahu alaihi wa sallam- pernah bersabda : 
    “Aku kira fulan dan fulan itu tidak mengetahui sesuatupun dari agama kita” (HR.
    Bukhari 6067). Laits bin Sa’ad (salah seorang perawi hadits ini) mengatakan : dua orang tersebut termasuk orang-orang munafik. 
  • Dari Fatimah binti Qois radhiallahu 'anha, dia berkata : “Aku pernah mendatangi Nabi -shallallahu alaihi wa sallam- lalu aku berkata : Sesungguhnya Abu Jahm dan Mu’awiyah telah melamarku? Maka Rasulullah –shallallahu 'alaihi wa sallam- bersabda :
    “Adapun Mu’awiyah dia itu miskin tidak punya harta dan adapun Abu Jahm maka dia itu tidak pernah meletakkan tongkat dari pundaknya.” (HR. Muslim 1480).
    Didalam riwayat Muslim yang lain disebutkan: “Adapun Abu Jahm maka dia sering memukul perempuan” ini adalah penjelasan atas ucapan beliau (dia itu tidak pernah meletakkan tongkat dari pundaknya). Ada juga yang menjelaskan bahwa maksudnya adalah sering berpergian jauh/safar. 
  • Dari Aisyah radhiallahu anha, beliau berkata : Hindun (isteri Abu Sufyan) berkata kepada Nabi –shallallahu 'alaihi wa sallam- : Sesungguhnya Abu Sufyan seorang lelaki yang bakhil dia tidak memberiku dan anak-anakku nafkah yang cukup melainkan jika aku mengambil uangnya tanpa sepengetahuannya? Maka beliau bersabda :
    “Ambillah apa yang mencukupimu dan anak-anakmu dengan cara yang baik” (HR. Bukhari 5359 dan Muslim 1714)

2. Syeikh Muhammad bin Sholeh Al Utsaimin
Rahimahullah mengatakan dalam Syarah Riyadhus Shalihin 4/99-101 ketika menjelaskan ucapan Imam Nawawi diatas :

“Imam Nawawi –rahimahullah- menyebutkan dalam bab ini hal-hal yang dibolehkan ghibah di dalamnya yaitu ada enam perkara. Ucapan beliau ini sangat baik sekali, semuanya benar dan baik” kemudian beliau menjelaskan hadis pertama yang dibawakan oleh Imam Nawawi –rahimahullah- : Sabda Nabi –shallallahu 'alaihi wa sallam- : (izinkanlah dia, dia itu seburuk-buruknya kerabat) orang tersebut memang perosak dan penyesat. Maka hal ini menjelaskan
bolehnya mengghibah para penyesat umat agar manusia lari dari kesesatannya dan agar mereka tidak tertipu.

Jika anda mengetahui ada seseorang yang sesat (dan menyesatkan) tapi dia memiliki keistimewaan gaya bahasa dan retorika dalam menyampaikan (ceramah) serta menarik manusia sehinggakan mereka tidak sedar sudah terjerumus ke dalam jaring-jaring kesesatan maka
wajib bagimu untuk menjelaskan hakikat orang yang sesat tersebut dan sebutkan keburukannya (saja) agar manusia tidak tertipu dengannya. Berapa banyak para dai'e-dai'e/penceramah-penceramah yang sangat indah dan fasih bahasanya, jika anda melihatnya anda akan terpesona dan jika dia berbicara anda akan dengan saksama mendengarkannya akan tetapi dia itu hakikatnya (penyesat umat). Maka yang wajib adalah menyingkap hakikat dan pekungnya.”

3. Imam Abu Abdillah Muhammad
bin Abdillah yang terkenal dengan sebutan Ibnu Abi Zamanain rahimahullah (meninggal tahun 399 H) berkata :

“Senantiasa ahlus sunnah mencela ahlul ahwa/bid’ah yang menyesatkan (umat), mereka melarang bermajlis dengan ahli bid’ah, mengingatkan fitnah mereka serta menjelaskan akibat buruk mereka. Dan ahlussunnah tidak menganggap hal tersebut sebagai suatu ghibah.”
(Ushulus Sunnah oleh Ibnu Abi Zamanain hal. 293)

Sungguh ahlus sunnah telah sepakat sejak dahulu hingga sekarang dalam mengambil pendirian terhadap ahli bid’ah (para penyesat umat). Yang demikian itu dengan mencela dan memperingatkan umat akan bahaya mereka serta memboikot dan melarang bermajlis dengan mereka dalam rangka membendung bahaya dan fitnah para ahli bid’ah tersebut.

Ahlu sunnah menganggap bahwa menyingkap pekung mereka bukanlah ghibah yang haram. Para ulama telah mengecualikan 6 perkara dari ghibah yang diharamkan, seperti yang dikatakan dalam bait-bait ini:

Mencela bukan termasuk ghibah dalam 6 perkara
Orang yang terzalimi,
yang memperkenalkan,
yang memperingatkan
Orang yang terang-terangan berbuat kefasikan,
orang yang meminta fatwa
Dan orang yang meminta bantuan untuk membenteras kemungkaran

(Keenam hal ini sama dengan apa yang dijelaskan oleh Imam Nawawi diatas. “Ijma ulama ‘ala hajr wat tahdzir min ahlil ahwa’” oleh Khalid bin Dhohawi hal. 121)

4. Imam Ahmad
rahimahullah (Imam Ahlu sunnah) mengatakan :
“Tidak ada istilah ghibah untuk (membantah) ahli bid’ah” (Thobaqoh Al-Hanabilah 2/274)

5. Imam Ibnu Rajab Al Hambali
rahimahullah berkata dalam kitab “Syarh ‘ilal At-Tirmidzi” 1/43-44 :
(Imam Abu Isa (At-Tirmidzi) –rahimahullah- berkata: “Sebagian orang yang tidak paham akan (agama ini) mencela para ahli hadis dalam ucapan mereka tentang perawi-perawi hadis.

Sungguh kita telah mendapati banyak dari para Imam dari kalangan tabi’in membicarakan (menghina/mencela) para perawi, diantara mereka adalah Hasan Al-Bashri & Thowus mereka berdua mencela Ma’bad al-Juhani; Sa’id bin Jubeir membicarakan Tholq bin Habib; Ibrahim an-Nakho’i dan Amir asy-Sya’bi membicarakan al Harits al A’war.

Demikian pula yang diriwayatkan dari Ayyub as Sakhtiyani, Abdullah bin ‘Aun, Sulaiman at-Taimi, Syu’bah bin Hajjaj, Sufyan at Tsauri, Malik bin Anas, al ’Auza’i, Abdullah bin Mubarak, Yahya bin Sa’id al Qoththon, Waki’ bin Jarrah, Abdurrahman bin Mahdi dan selain mereka dari para ahli ilmu, mereka semua pernah membicarakan para perawi-perawi dan mendhaifkannya.

Tidaklah yang mendorong mereka dalam hal ini (membicarakan/menghibah para perawi) melainkan untuk menasihati kaum muslimin, tidak mungkin mereka hanya ingin mencela dan menghibah saja, akan tetapi mereka ingin menjelaskan kelemahan para perawi tersebut agar diketahui kaum muslimin, kerana sebagian perawi yang lemah tersebut adalah ahli bid’ah, sebagian lagi tertuduh memalsukan hadis dan sebagian lagi ada yang banyak kesalahannya. Maka para imam-imam tersebut ingin menjelaskan hakikat mereka (para perawi) dengan sebenarnya, dalam rangka menjaga agama ini dan menjelaskan hakikat sebenarnya. Kerana persaksian dalam agama (tentang hadis) lebih utama untuk diteliti dari pada persaksian dalam masalah hak peribadi dan harta”.

Ibnu Rajab berkata: “Di sini Imam Tirmidzi ingin menjelaskan bahwa membicarakan/merendahkan para perawi (Jarh wa Ta’dil) itu boleh. Hal ini telah disepakati oleh para salaf/pendahulu umat ini dan para imam-imam mereka. Demikian itu untuk membezakan mana perawi/hadis yang layak diterima dan mana yang tidak. Sebahagian orang yang tidak memiliki ilmu mengira itu adalah ghibah (yang diharamkan), padahal tidak demikian, sebab membicarakan aib seseorang jika ada maslahatnya -meskipun peribadi- dibolehkan (dalam agama) tanpa ada perselisihan lagi seperti mencela para saksi yang dusta, maka kalau maslahatnya umum untuk muslimin ini lebih dibolehkan lagi”

6. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah
–rahimahullah- berkata dalam “majmu’ fatawa” 28/225-232 :
Menyebut manusia dengan apa-apa yang mereka benci ada dua macam :

1. Menyebut jenis (golongan), setiap golongan yang dicela Allah dan Rasul-Nya maka wajib untuk mencela mereka, hal ini bukan termasuk ghibah.
2. Menyebut keburukan seseorang sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Boleh menyebutkan keburukan orang tersebut dalam beberapa keadaan, diantaranya: dalam rangka menasihati kaum muslimin tentang agama dan dunia mereka. Menasehati umat dalam kemaslahatan agama yang khusus dan umum adalah suatu kewajiban. Seperti menjelaskan perawi hadis yang salah atau berdusta sebagaimana yang dikatakan oleh Yahya bin Said serta Al-Auza’ie tentang seseorang yang tertuduh (memalsukan) hadits dan dia tidak hafal, maka mereka mengatakan: “jelaskan hakikat dan jati dirinya!”. Pernah seseorang berkata kepada Imam Ahmad rahimahullah : “Aku merasa berat jika mengatakan si fulan itu demikian dan demikian (dari kesesatannya). Maka Imam Ahmad mengatakan: “jika engkau diam dan akupun juga diam maka bilakah masanya orang bodoh/awam tahu mana yang benar dan mana yang salah!!!

Seperti imam-imam ahli bid’ah yang memiliki pendapat-pendapat yang bercanggahan dengan al-Qur’an dan Sunnah atau beribadah tapi bercanggahan dengan al-Qur’an dan Sunnah maka mereka ini wajib (menurut ijma' kaum muslimin) dijelaskan kesesatannya dan diperingatkan umat dari bahayanya
.

Sehinggakan pernah ditanya kepada Imam Ahmad rahimahullah : “Ada seseorang yang puasa, solat, I’tikaf dan ada orang lain yang membantah ahli bid’ah, manakah yang lebih anda sukai?

Beliau menjawab :
apabila orang itu solat, i’tikaf maka hal itu manfaatnya untuk dia sendiri tapi apabila dia membantah ahli bid’ah maka manfaatnya bagi kaum muslimin dan inilah yang lebih afdhol/lebih utama.

Beliau menjelaskan bahwa manfaatnya lebih luas bagi kaum muslimin di dalam agama mereka, yang hal tersebut termasuk jihad fi sabilillah. Menjernihkan jalan Allah, agama, manhaj serta syari’atNya dari kesesatan dan permusuhan mereka (ahli bid’ah) merupakan suatu kewajiban yang kifayah menurut kesepakatan kaum muslimin.

Seandainya tidak ada yang menolak/membantah bahaya (bid’ah) nya mereka maka akan rosaklah agama ini. Dan kerosakan yang ditumbuhkan nya (bid’ah) lebih dahsyat daripada penjajahan. Kerana mereka (para penjajah) jika merosak tidaklah merosak hati pertama kali, tapi mereka (ahli bid’ah) pertama kali yang dilakukan adalah merusak hati

7. Imam Hasan Al Bashri
rahimahullah mengatakan :

“Tidak ada istilah ghibah dalam membantah ahli bid’ah”. Beliau mengatakan : “Tiga golongan manusia yang tidak ada larangan dalam mengghibah mereka, salah satunya adalah ahli bid’ah yang ekstrem dalam bid’ahnya”. Beliau juga pernah berkata: “tidak ada istilah ghibah dalam mencela pelaku bid’ah dan orang fasik yang menampakkan kefasikannya”. (ucapan-ucapan ini diriwayatkan oleh Al-Lalika’I dalam “Syarh Ushul I’tiqod Ahlis Sunnah” 1/140)

8. Ibrahim An-Nakho’i
–rahimahullah- mengatakan :
“Tidak ada ghibah dalam membantah ahli bid’ah” (lihat Sunan Darimi 1/120)

9. Sufyan bin Uyainah
–rahimahullah- berkata :
“Pengekor/pengikut hawa nafsu dalam agama ini tidak ada larangan dalam mengghibahnya” (lihat “Mukhtashor Hujjah” oleh Nashr Al-Maqdisy hal.538 )

10. Abu Hamid Al Ghazali
setelah membahas masalah ghibah dalam kitabnya “Ihya’ Ulumuddin” beliau berkata :
“Ketahuilah bahwa ghibah itu dibolehkan selama untuk tujuan yang disyari’atkan yang tidak mungkin sampai kepadanya kecuali dengan ghibah tersebut, maka tidak ada dosa di dalamnya. Hal tersebut ada pada 6 keadaan”. (Ihya’ Ulumuddin 3/152)

Daripada ucapan para ulama salaf ahli sunnah di atas telah jelas bagi kita akan bolehnya mengghibah para penyesat umat dengan tujuan menjelaskan/menyingkap hakikat kesesatan mereka kepada umat ini.

Bahkan boleh jadi hal tersebut wajib (dalam keadaan tertentu), tapi perlu diketahui
bahwa mengghibah ahli bid’ah itu dibolehkan dengan syarat-syarat berikut ini :

1. Ikhlas kerana Allah
dan tujuan dari mencela/membantah ahli bid’ah adalah menasihati kaum muslimin dan memperingatkan mereka akan bahaya bid’ah mereka. Selain untuk tujuan ini maka ghibah itu diharamkan, seperti kerana permusuhan peribadi, hasad terhadap ahli bid’ah dll

2. Pelaku bid’ah tersebut menyebarkan bid’ahnya.
Jika pelaku bid’ah tersebut menyembunyikan/tidak menyebarkan bid’ahnya maka tidak boleh mengghibahnya. Kerana mengghibah pelaku bid’ah (penyesat umat) tujuannya untuk amar ma’ruf nahi mungkar dan hal ini tidak bisa dilakukan kecuali kalau bid’ahnya itu ditampakkan/disebarkan ditengah masyarakat

3. Ahli bid’ah tersebut masih hidup dan belum meninggal
. Jika orang tersebut (penyesat umat) sudah meninggal dunia maka tidak boleh mengghibahnya, kecuali jika dia memiliki buku-buku (tulisan-tulisan) dan pengikut yang memuat dan menyebarkan bid’ahnya maka wajib untuk memperingatkan umat darinya.

4. Bersikap adil dalam membantah ahli bid’ah
, menjelaskan kesesatan/kebid’ahannya tanpa berdusta/tanpa mengada-ada.
(Lihat “Mauqif ahlis sunnah wal jama’ah min ahlil ahwa’ wal bid’ah” oleh DR. Ibrahim Ar-Ruhaily 2/506-509)
(adz-Dzakhiirah al-Islamiyyah Ed 15, hal. 30-34)

Sabtu, 10 September 2011

HUKUM MEMBELANJAKAN HARTA UNTUK HAJI SUNNAH

Ya ALLAH rindunya aku pada baitMU, namun redhakah Kamu jika aku membelanjakan kurniaanMU mengerjakan haji sedang saudara-saudaraku diseluruh dunia ramai yang sedang kepayahan malah ada yang sedang dibunuh tanpa berupaya membalas bedilan peluru musuhMu dan musuhku kerana tiadanya kelengkapan ...


Wahai saudara-saudara seagamaku sekalian terutama mereka yang mengakui diri mereka pejuang, ketahuilah olehmu sesuatu yang pernah dianggap aib (dikecam) oleh Imam al Ghazali rhm terhadap perilaku orang-orang kaya pada zaman beliau (dan masih berlaku sehingga ke hari ini). Di mana Imam al Ghazali rhm mengecam bahawa sesungguhnya mereka sangat senang membelanjakan hartanya (peny-bersikap mudah dalam membelanjakan nikmat yang dikurniakan Allah) untuk melakukan ibadah haji sunnah berkali-kali, dan sementara itu mereka membiarkan tetangga-tetangganya kelaparan (peny-yakni mengabaikan kewajiban).

Oleh sebab itu, Ibn Mas'ud berkata, "Pada akhir zaman nanti banyak orang yang melakukan ibadah haji tanpa sebab (peny-tidak mempunyai sandaran kepada syariat secara tepat). Mereka begitu mudah melakukan perjalanan ke Makkah dan membelanjakan harta, tetapi kembali tanpa membawa sebarang pahala dan ganjaran. Mengapa, kerana mereka pergi dengan senang sementara jirannya tetangganya terjatuh ke dalam lembah kesusahan, kebuluran dan kelaparan tidak ditolongnya.

Seakan-akan Ibn Mas'ud r.a. melihat jauh kepada apa yang akan terjadi pada zaman kita sekarang ini melalui teropong ghaib dan memberikan ciri-cirinya. Abu Nashr al-Tammar berkata, Sesungguhnya ada seorang lelaki yang datang dan ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Bisyr bin al-Harits sambil berkata "Aku telah berniat melakukan ibadah haji, barangkali engkau hendak memerintahkan sesuatu kepadaku." Bisyr berkata kepadanya: "Berapa belanja yang telah engkau persiapkan untuk itu?" Dia menjawab, "Dua ribu dirham."

Bisyr berkata, "Apakah yang hendak engkau cari dalam hajimu? Kerana zuhud, rindu kepada Baitullah, ataukah untuk mencari keredhaan Allah SWT?"

Dia menjawab, "Aku hendak mencari keredhaan Allah SWT."

Bisyr berkata, "Kalau engkau hendak mencari keredhaan Allah SWT, sementara engkau tetap berada di rumahmu dan membelanjakan dua ribu dirham itu (bukan untuk berhaji), serta engkau merasa yakin bahwa engkau akan dapat memperoleh keredhaan itu, maka apakah engkau akan melakukannya (haji)
juga?"

Dia menjawab, "Ya."

Bisyr berkata, "Pergilah, dan berikan dua ribu dirham itu kepada sepuluh kelompok manusia ini: orang yang behrutang agar dia dapat melunasinya; orang miskin agar dia dapat bangkit kembali; orang yang menanggung anggota keluarga yang banyak agar mereka tercukupi keperluannya; dan pengasuh anak yatim agar dia dapat menggembirakan mereka.

Kalau hatimu kuat, berikanlah wang itu kepada salah satu kelompok yang tersebut, kerana sesungguhnya usahamu untuk menggembirakan hati seorang Muslim, memberikan pertolongan kepada orang yang bersedih hati, menyelamatkan orang yang sedang dalam keadaan berbahaya, memberikan bantuan kepada orang yang lemah, adalah lebih baik daripada seratus kali haji yang dilakukan setelah haji wajib dalam Islam. Berdirilah dan berikanlah wang itu kepada mereka sebagaimana kami
memerintahkan kepadamu. Jika tidak, maka katakanlah apa yang terdetik di dalam hatimu?"

Dia menjawab, "Wahai Abu Nashr, perjalananku lebih kuat dalam hatiku. "

Bisyr lalu tersenyum, kemudian mendekatinya dan berkata kepadanya: "Harta kekayaan yang dikumpulkan dari kotoran perniagaan dan syubhat, membuat hawa nafsu bertindak didalamnya untuk mempamerkan amal kebaikannya. Padahal Allah SWT telah berjanji kepada diri-Nya sendiri untuk tidak menerima kecuali amal orang-orang yang bertaqwa kepada-Nya."

"... Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (al-Baqarah: 127).
=====================
Malah dalam keadaan tertentu ibadah haji yang wajib juga dikemudiankan kewajibannya kerana mengutamakan masalah yang lebih dharuriyah seperti pernah diperingatkan kepada ummat Islam oleh salah seorang penulis dan pemikir Islam Profesor Fahmi Huwaidi melalui akhbar-akhbar (?) : Bahawa usaha-usaha untuk membela dan menolong orang-orang Islam di Bosnia-Harzegovina adalah lebih utama dan mesti didahulukan daripada menunaikan ibadah haji.

(Pendapat ini telah disokong oleh kebanyakan ulamak muktabar termasuk as Sheik Dr Yusof al Qardhawi juga.)
=====================

Cadangan 'UM buat semua : Kenapa kita masih menangguhkan kesedaran ini sedang jelas betapa banyak negara umat Islam yang hidup dalam hujanan peluru dan serangan aqidah.. Jika dalam masalah ini ramai (katakanlah kurang lebih 1000 org setahun) yang sedar, yang memahaminya dan mengamalkannya serta diwujudkan pula satu 'TABUNG AWLAWIYAT' untuk diinfaqkan segala peruntukan untuk mengerjakan haji wajib, haji sunnah, umrah, ziarah dan wang-wang untuk melancong, maka rasanya dalam tempoh setahun pasti tabung ini dipenuhi oleh wang yang berjumlah kurang lebih RM 10, 000,000.
MasyaAllah.. Bayangkan apa yang boleh dibuat dengan wang sebesar itu untuk membantu ummat Islam ...

Rujukan :
FIQH KEUTAMAAN
Sebuah Kajian Baru Berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah
Dr. Yusuf Al Qardhawi
Thinker's Library (1996)
lih, hal 291-292, (hal 12-16; huraian oleh mu-alif berdasar kepada keadaan semasa)


Ilaa Afwi Rabbih - Ustazthrash Mujahid.