Khamis, 11 Ogos 2011

Kepalsuan Hadis 'Muncul Suara Ramadhan '

بسم الله الرحمن الرحيم
إنَّ الحَمدَ للهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا، وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِى اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَ مَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مَحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ . صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين. أَمَّا بَعْدُ… 
فإِنَّ أَصْدَقَ الحَدِيثِ كِتَابُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَأَحْسَنَ الهَدْيِ هَدْيُ مُحَمُّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّار (صحيح مسليم

Sesungguhnya segala puji hanyalah bagi Allah. Kami memuji-Nya, meminta pertolongan dari-Nya dan meminta ampun kepada-Nya. Dan kami berlindung dengan Allah daripada kejahatan diri-diri kami dan keburukan pekerjaan kami. Dan barangsiapa yang Allah berikan petunjuk maka tiada kesesatan baginya dan barangsiapa yang Allah sesatkan maka tiada petunjuk baginya. Aku bersaksi bahawasanya tiada tuhan yang layak diabdikan diri melainkan Allah, yang Maha Esa (tunggal), tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Semoga Allah melimpahkan salawat dan salam kepada baginda, keluarga dan sahabatnya serta orang-orang yang mengikuti jejak mereka dengan baik hingga Hari Kiamat.

Seterusnya…

Maka sesungguhnya sebenar-benar pertuturan ialah Kitab Allah azzawajalla, dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad ﷺ, dan seburuk-buruk urusan ialah perkara-perkara baru (di dalam agama). Maka sesungguhnya setiap perkara baru itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah kesesatan, dan setiap kesesatan itu adalah di dalam api neraka.
[Shahih Muslim]
===================================
Tersebar sudah sebuah berita di laman-laman social dengan berdasarkan sebuah hadis yang menakutkan, ramai yang berdoa memohon keampunan dan mungkin ada yang telah mula melakukan pelbagai perkara diluar batasan akal fikiran dan syariat.


Berita menakutkan ini ialah :

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj.


( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)
=======================================

Apakah benar kesahihan hadis di atas??


Setelah saya mentakhrijkan hadis di atas dengan pengetahuan saya yang cetek dalam bidang ini. Maka saya dapati ia adalah hadis yang tidak berasaskan bahkan palsu lagi bohong. 



Matan asal hadis yang dimaksudkan di atas adalah seperti berikut :

خبرنا أبو طاهر محمد بن أحمد بن علي بن حمدان بقراءتي عليه، قال أخبرنا أبو القاسم جعفر بن عبد الله بن يعقوب بن فتاكي. قال أخبرنا أبو عيسى،
قال حدثنا أحمد بن محمد بن غالب، قال حدثنا عبد الله بن يزيد الرملي عن محمد بن عبد الله عن عبد الرحمن بن عبد الله عن الضحاك بن مزاحم عن ابن عباس،
قال قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
"يطلع كوكب في آخر الزمان من المشرق، يكون في ذلك العام صيحة في رمضان
يموت فيها سبعون ألفاً، ويعمى سبعون ألفاً، ويتيه سبعون ألفاً، ويخرس سبعون ألفاً، وينفتق سبعون ألف عذراء، ويصعق سبعون ألفاً، ويصم سبعون ألفاً،
قيل يا رسول الله ما تأمرنا إن كان ذلك؟ قال: عليكم بالصدقة والصلاة والتسبيح والتكبير وقراءة القرآن،
قيل يا رسول الله: ما علامة ذلك ألا يكون في تلك السنة؟
قال: إذا مضى النصف من رمضان ولم يكن فقد أمنت السنة".
وقال صلى الله عليه وسلم (اذا كانت صيحه في رمضان فانه يكون معمعه في شوال قلنا: وما الصيحه يا رسول الله؟ قال: هذه في النصف من رمضان ليله جمعه فتكون هده توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج العواتق من خدورهن في ليله جمعه في سنه كثيره الزلازل فاذا صليتم الفجر من يوم الجمعه فادخلوا بيوتكم وأغلقو ابوابكم وسدو كواكم ودثرو انفسكم وسدوا اذانكم فاذا احسستم بالصيحه فخروا لله سجدًا، وقولوا سبحان الله القدوس، سبحان الله القدوس، ربنا القدوس فمن يفعل ذلك نجا، ومن لم يفعل ذلك هلك) 
رواه نعيم بن حماد في كتاب الفتن

مجموع فتاوى ابن باز - الصفحة أو الرقم: 26/344
خلاصة حكم المحدث: لا أساس له من الصحة، بل هو باطل وكذب


===================================
Menurut Mufti Saudi; Sheikh Abdul Bin Baaz :  

Kesimpulan hadis di atas, adalah tiada asas baginya. Bahkan ia palsu dan dusta. semata-mata.. 
Lihat “Majmu' Fataawaa Ibn Baz” (26/334).

المراجع - 
الكلام على حديث موضوع حول صيحة تحدث في رمضان - الشيخ عبدالعزيز بن باز...  الويب
www.al-sunna.net


==================================
Status hadis ini: Hadis palsu, lihat, Al-Albani, dalam kitab Silsilah Dhaifah, no: 6471

=================================
Ini pula jawapan Ustaz Adlan AAN :

sekadar mampu...

1- Hadith ini adalah di antara hadith-hadith palsu dan tidak sahih yang tersebar setiap kali tibanya bulan Ramadhan yang mulia. Walaupun telah berulang kali diterangkan oleh ramai ulama hadith masa kini, hadith ini tetap tersebar dan berlegar dalam masayarkat.

2- Hadith ini tidak ada di dalam mana-mana buku utama hadith sebagaimana kajian para ulama hadith dulu dan kini. Walaupun ia ada di dalam buku al-Fitan karya Nu'aim Bin Hammad, ia tidak diriwayatkan oleh imam-imam hadith terkemuka dalam buku-buku utama.

3- Pengkaji hadith sejak dahulu hingga kini telah meneliti asal-usul hadith ini termasuk rantaian periwayatan yang dikemukakan oleh Nu'aim dan mendapati ia dipenuhi dengan pelbagai masalah seperti periwayat yang tidak dipercayai dan sebagainya.

4- Seharusnya umat Islam lebih berhati-hati dalam menerima mana-mana maklumat tentang Islam agar diselidiki sumber asalnya dan kesahihannya.

wallahu a'lam

al-ahkam.net/home/inde...ic&t=38484


=================================
Ini pula jawaban daripada JAKIM* :
Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas

Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; "Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat. Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.

Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).

* Tidak dapat dikesan sumber sebenarnya, maka anggap sahaja sebagai 'key' kajian
=================================
Apakah selepas ini kita tidak perlu takut lagi akan peristiwa ini?? Jawabannya adalah tidak kerana sentiasa mengingati mati (zikrul maut) itu adalah sikap seorang yang cerdik dan dengan zikrul maut seseorang itu akan sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian dengan mengerjakan seluruh suruhan dan larangan yang terkandung di dalam syariat Islam.


Nabi shallallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Penghulu Istighfar ialah kamu berkata:


اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ


(Ya Allah, Engkau adalah Rabbku. Tiada ilaha selain Engkau. Engkau telah menciptakan aku, dan aku adalah hambaMu dan aku selalu berusaha menepati ikrar dan janjiku kepadaMu dengan segenap kekuatan yang aku miliki. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui betapa besar nikmat-nikmatMu yang tercurah kepadaku; dan aku tahu dan sadar betapa banyak dosa yang telah aku lakukan. Karenanya, ampunilah aku. Tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau).” Barangsiapa yang membaca doa ini di petang hari dan dia betul-betul meyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada malam harinya, maka dia termasuk penghuni surga. Barangsiapa yang membaca doa ini di pagi hari dan dia betul-betul meyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada siang harinya, maka dia termasuk penghuni surga.” (HR Bukhary 5831 - 7/150)
============================
PENUTUP


Sebarang kelemahan dan kesilapan di dalam penulisan saya ini di harap mendapat teguran dan tunjuk ajar dari semua pihak, semoga jasa baik yang dicurahkan mendapat pembalasan sebaik-baiknya dari Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Saya sudahi perbicaraan ini dengan menukilkan ucapan Nabi Allah Syu’ib AS yang termaktub ucapannya di dalam Al Quran, ayat ke88 daripada surah Hud. Firman Allah :
Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. KepadaNya jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.


SP D.AMAN
11 Ramadhan 1432 / 11 Ogos 2011 - 12.32 am
Al Faqir ila afwi Rabbih
Ustazthrash Mujahid