Jumaat, 15 Julai 2011

REDHAKAN ALLAH DAN RASUL PADA AKU YANG HINA..

أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله

Sesungguhnya aku akui dan berikrar hidup yang terbaik adalah hidup dalam Islam yakni agama yang sempurna lagi diredhai Allah SWT sebagai Tuanku dan aku sebagai hambaNya. Kemudian dengan mengikut sunnah Rasulullah saw sebagai teladanku dan aku sebagai ummat baginda.

Namun aku sedar akan diriku hamba yang hina kerana dosa yang terlampau banyak sudah aku lakukan..

Masih tidak terlambatkah aku mencapai redhaMu ya Allaaah. Ya Allaah ampunilah segala dosa-dosa pada aqidah, niat, lisan dan amalan aku yang menyalahi keredhaanMu ya Allaaah. Rindunya daku pada mu wahai nabiku..selawat dan salam ke atasmu ya Rasulullah. Layakkah aku mendapat syafaatmu ya Rasulullah sedangkan aku ummatmu yang tidak setia pada sunnahmu.. مدد مدد يا رسول الله (hulurkan tanganmu hulurkan tanganmu Ya Rasulullah).

Bagaimana aku mungkin mencapai keduanya ya Allah selain Kamu kurniakan aku kehidupan dan kesabaran dalam 2 kalimah Ya Allah Yang Maha Mentadbirku maka berilah aku rahmat dan bantuan dalam mempelajari dan memahami agamaMu ya Allah...

لا اله الا الله محمد رسول الله في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله

Tiada tuhan/sembahan/ketundukan selain/melainkan Allah (Nabi) Muhammad Rasul/utusan Allah pada setiap kelipan dan pada setiap nafas sebanyak luasnya apa yang ada pada ilmu Allah.

Hulurkan tanganmu dan berilah bantuan padaku wahai sahabat-sahabatku sekalian untuk mengingatkan aku kepadaNya serta berada dalam payung syafaat RasulNya.

Ya Allaah.. Jangan..jangan biarkan aku terus terkapai lemas di samudera dalam yang luas dalam mencari tempat bergantung selain Mu Ya Allah dan wasilah kepadaMu selain Nabi Muhammad serta pengikut-pengikutnya .. Engkaulah Rabbi/Pentadbirku

Bagi Mereka Yang Mahu Berfikir Apakah Yang Ada Di Sebalik Setiap Perkara...

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين و به نستعبين

BERSIH 2.0 adalah rusuhan bagi sesetengah pihak yang melulu dan terburu dalam menyerkap jarang tanpa menyiasat kejadian sebenar di mana mereka ini sepatutnya tidak menerima maklumat daripada media yang condong kepada kezaliman tanpa melihat pula kepada rakaman-rakaman bebas pula menunjukkan polis merusuh terlebih dahulu.
Barangsiapa tidak merasainya maka dia tidak tahu - من لم يزوق لم يدري.

Oleh kerana itu, saya berpendirian tegas bahawa BERSIH 2.0 adalah perhimpunan aman bukan rusuhan, semoga Allah melindungi tanah air kita yang tercinta ini dari berulangnya peristiwa rusuhan yang pernah beberapa kali berlaku. Sama-samalah kita usahakannya. Diharap tiadanya provokasi lagi dari pihak berkuasa selepas ini sehingga rusuhan. Jika ada golongan yang masih menganggapnya sebagai rusuhan maka mungkinkah mereka sanggup pula menerima anggapan bahawa mereka dianggap meminta rusuhan dilakukan?

Mengapa saya mengatakan sedemikian?

Jawabannya ada dalam hadith-hadith Rasulullah SAW yang menceritakan mengenai peristiwa yang akan datang yakni yang tidak terjadi pada zaman baginda SAW; ini adalah mukjizat nyata kerasulan baginda SAW kepada orang yang terkemudian. Sodaqa Rasulullah SAW .. Semoga ia menjadi petunjuk kepada seluruh Ummat Islam yang tidak tergolong dalam golongan anti Hadith..

Sebenarnya, saya yang hina dan jahil ini juga masih sedang memikirkan bagaimanakah memahami apa yang tersirat disebalik hadith-hadith mengenai tanda-tanda kiamat ini yang berkaitan rusuhan ini dan mengaitkannya dengan perhimpunan-perhimpunan aman pada masa akan datang untuk menjadikannya sebagai langkah-langkah mencari keamanan.

Hadith-hadith yang menjadi perbahasan adalah :

1. Diriwayatkan dari Aisyah r.a, ia berkata : Rasulullah saw bersabda ,

" Pada akhir umat ini akan terjadi tanah runtuh, perubahan bentuk muka, dan rusuhan" Aisyah berkata: saya bertanya," wahai rasulullah, apakah kami akan binasa padahal dikalangan kami masih ada orang-orang soleh" Baginda menjawab " Ya, apabila keburukan telah bermaharajalela"
( At tirmidzi, Kitab All-itan, disahihkan oleh Al-Albani )

2. Dalam riwayat lain ada menyebut waktu berlakunya rusuhan ini adalah ketika bermaharajalelanya alat muzik dan penyanyi-penyanyi wanita.

Dari Ibnu Mas'ud r.a, Rasulullah SAW bersabda: "Menjelangnya kedatangan hari kiamat, akan terjadinya tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - (Sunan Ibnu Majah)

3. Dalam riwayat lain ada menyebut tentang kaum zindiq dan qadariyah akan ditimpa perubahan bentuk rupa dan kerusuhan.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari ibnu umar R.A, dia berkata; " Saya pernah mendengar Rasulullah bersabda :"Sesungguhnya akan terjadinya perubahan bentuk muka dan kerusuhan pada umatku, iaitu pada kaum Zindiq dan Qadariyah"
(Musnad Imam Ahmad, no 6028 dengan tahkiq Ahmad syakir, dia berkata Isnadnya sahih )

4. Didalam riwayat Tirmidzi ada disebutkan :

" Pada umat ini akan terjadinya tanah runtuh, perubahan bentuk muka, kerusuhan iaitu pada kaum Qadariyah" ( At-Tirmidzi )

Penjelasan :

-Tanah runtuh telah terjadi di banyak tempat di dunia ini kebelakangan ini dan telah berlaku juga di Ulu Langat baru-baru ini. Akhir-akhir ini juga berlaku rusuhan besar-besaran di Timur tengah dan di negara kita masih setakat perhimpunan aman namun tanda-tanda rusuhan sudah mula berkelip apabila banyaknya provokasi dilakukan. Hentikan sikap memperlagakan sesama agama dan kaum yang menjadi isu sensitiviti setiap individu. Sesungguhnya Islam melarang penghinaan terhadap mana-mana agama dan perjuangan yang ditegakkan atas bangsa/kaum.
-Keburukan yang berlaku dalam negara kita tidaklah dapat dinafikan lagi. Perbaikilah segera jika betul-betul berniat mahu menyelamatkan diri daripada rusuhan yang dahsyat dengan memenuhi hak rakyat serta tidak mengecohkan keadaan dan jangan mencabar sabda baginda SAW. Justeri itu berusahalah untuk mengawal budaya maksiat yang menakutkan dari terus menjadi barah di tanah air tercinta ini. Kematian orang soleh telah berlaku dalam kes BERSIH 2.0.
-Di antara keburukan yang dimaksudkan akan menyebabkan berlakunya hal yang tidak diingini seperti rusuhan ini adalah apabila bermaharajalelanya maksiat atau budaya hedonisme seperti rancangan-rancangan realiti yang berbentuk hiburan dll.
-Siapakah dua kaum yang disebutkan dalam hadith-hadith di atas; Zindiq dan Qadariyah ini?

1. Zindiq : orang yang mengambil tasauf tapi meninggalkan fiqh. Zindiq juga dalam ertikata lainnya adalah istilah untuk setiap munafik, orang yang sesat dan mulhid

2. Qadariyah : dinamakan qadariyah adalah kerana bersikap ingkar terhadap qadar (ketentuan) Allah. Orang pertama yang berbicara mengenai qadar ini ialah Ma'bad bin Khalid al Juhni.

Di ingatkan sekali lagi. Ini sebenarnya menandakan petunjuk dari hadith nabi itu benar-benar telah berlaku. Ini merupakan peringatan akan datangnya azab yang pedih terhadap hamba-hambanya kerana bersikap ingkar yakni tidak menuruti Sunnah yang hak dan berterusan melakukan maksiat dan kebida'ahan agar kembali mengambil pelajaran dan mengamalkan yang hak sebagaimana telah ditentukan oleh Allah ِAzza Wa Jalla pada agama yang diredhaiNya. Wallahu a'lam..

Saya akhiri, dengan merakamkan ucapan Nabi Allah Syu'aib AS yang tertulis di dalam al Qur'anul Kariim yang bermaksud: "Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku, dan tiadalah aku akan beroleh taufiq untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNya jualah aku kembali" [Surah Hud:88]


Sp, Kedah
13.45 - 11 Sya'ban 1432/13 Julai 2011
Al Faqir ilaa Afwi Rabbih
Ustazthrash Mujahid