Rabu, 15 Februari 2012

Hukum Mengatakan Sesuatu Cercaan Terhadap Peralatan .

Soal :
Apakah hukum seseorang yang sedang menulis mengatakan "haram jadah pen ini (keyboard atau lain-lainnya), masa nak guna nilah dia buat hal" atau lain-lain cerca yang seumpamanya ?

Jawab : Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah. Sayugialah saya mendatangkan jawaban yang termaktub di dalam kitab Al Lu'lu Al Makin berkenaan soalan seseorang.

السؤال :
رجل يكتب على ورقة ، وفي أثناء الكتابة أخطأ في بعض الكلمات فانزعج كثيراً ومن شدة غضبه سب دين وسماء القلم والورقة ، فهل يعتبر سب دين القلم أو الورقة أو الحجر أو الشجر أو الكرسي أو الكأس أو ... الخ من هذه الأشياء هل يعتبر كفراً ؟.

الجواب :
لا شك أن هذا السب حرام ، ولو قيل أن القلم والورقة لا يدينان بالدين الذي هو العبادات ، لكن معلوم أن الدين واحد ، وأن الله تعالى هو الذي سخر هذه الأقلام والأدوات ، ويسر استعمالها ، فيخاف أن السب يرجع إلى الله تعالى ، فعليه التوبة والاستغفار ، وعدم العودة إلى مثل هذا .

Soal :
Seseorang menulis di atas kertas. Dalam penulisannya dia melakukan kesalahan pada beberapa perkataan, lalu dia sangat kecewa dan menimbulkan kemarahannya, lantas dia mencerca agama pen dan kertas.

Apakah mencerca agama pen, kertas, batu, pohon, kerusi, atau gelas dan yang lainnya dianggap kufur ?

Jawab :
Tidak diragui bahawa cercaan ini adalah haram, sekalipun sekadar mengatakan bahwa pen dan kertas tidaklah beragama dengan agama yang bermakna ibadah. Akan tetapi sudah maklum bahawa agama adalah satu, dan Allah Ta'ala yang menundukkan pen dan alat-alat selainnya serta telah dipermudahkan kita untuk menggunakannya.

Justeru dikhuatiri bahawa cercaan ini akan kembali kepada Allah Ta'ala, maka sewajarnya dia bertaubat dan ber-istighfar dan serta tidak mengulangi perbuatan sedemikian.


من كتاب اللؤلؤ المكين في فتاوى ابن جبرين ص 34