Sabtu, 25 Februari 2012

Kefahaman Dan Pengertian Tasyabbuh

بســم الله الـرحمــن الـرحـــيم
Segala puja-pujian hanya milik Allaah, Rabb sekalian alam. Salam dan Selawat ke atas Rasulullah dan keluarga serta para sahabat baginda, tabien dan seterusnya ke atas sekalian orang yang berusaha untuk mengikuti dan mempratikkan segala ajaran serta menjauhi segala larangan baginda.
Ya Allaah, sesungguhnya kami memohon kepada-MU dengan menyaksikan bahawa Engkau adalah Allaah, tiada Tuhan selain Engkau Yang Maha Esa dan Yang Menjadi Tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat serta Yang Tidak Melahirkan Dan Tidak Pula Dilahirkan, dan tidak ada sesiapapun yang setanding-MU.
Tasyabbuh secara umumnya adalah menyerupai atau meniru.

Untuk mendapat pengertian dan penjelasan yang lebih, sayugia kita memahami apa yang disyarahkankan buat kita berdasarkan hadis tasyabbuh oleh as Sheikh Maulawi Ali bin Sultan Muhammad al Qari di dalam kitab beliau; dengan cara terjemahan saya yang hanya sekadar mampu . Semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripadanya, InsyaAllah.

قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم : " من تشبه بقوم فهو منهم "
رواه أحمد ، وأبو داود .

Rasulullah SAW bersaba : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah daripada kalangan mereka.
[HR Imam Ahmad dan Abu Daud]

4347 - ( وعنه ) : أي عن ابن عمر ( قال : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -  .
4347 - (dan daripadanya) : yakni daripada Ibnu Umar (telah berkata dia : telah bersabdalah Rasulullah SAW) :

 ( من تشبه بقوم ) : أي من شبه نفسه بالكفار مثلا في اللباس وغيره ، أو بالفساق أو الفجار أو بأهل التصوف والصلحاء الأبرار .

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum" ialah (bermaksud) siapa yang menyamakan dirinya dengan al kufar, contoh : dalam hal berpakaian dan selainnya, atau menyerupai akan dirinya dengan yang tidak bermoral (fasiq) atau yang berdosa / jahat (fajir), atau -menyerupai ahli Tasauf dan yang soleh al abrar.

( فهو منهم ) : أي في الإثم والخير

"Maka dia adalah daripada kalangan mereka"  : ialah (bermaksud) dalam hal samaada dosa dan kebaikan.

 قال الطيبي : هذا عام في الخلق والخلق والشعار ، ولما كان الشعار أظهر في التشبه ذكر في هذا الباب .  ) .
Telah berkata at - Tiibii : Dalam hal ini secara umumnya, adalah -menyerupai itu- pada fizikal, akhlak dan syiar (perlambangan/pakaian), bertasyabbuh pada pakaian itu lebih nyata sebagaimana disebut dalam bab ini.

قلت : بل الشعار هو المراد بالتشبه لا غير ، فإن الخلق الصوري لا يتصور فيه التشبه ، والخلق المعنوي لا يقال فيه التشبه ، بل هو التخلق ،

Aku berkata (pengarang): Bahkan pakaianlah yang dikehendaki dengan tasyabbuh (menyerupai) bukan selainnya. Kerana sesungguhnya bentuk fizikal tidak dapat digambarkan dengan tasyabbuh dan begitu juga dengan akhlak yang maknawi tidaklah disebut sebagai tasyabbuh, bahkan -kerana- ia disebut sebagai takhalluq (berakhlaq).

هذا وقد حكى حكاية غريبة ولطيفة عجيبة ، وهي أنه لما أغرق الله - سبحانه - فرعون وآله لم يغرق مسخرته الذي كان يحاكي سيدنا موسى - عليه الصلاة والسلام - في لبسه وكلامه ومقالاته ، فيضحك فرعون وقومه من حركاته وسكناته ;

Sesungguhnya inilah kisah sebuah hikayat yang pelik, halus lagi ajaib - Bahawasanya bila mana Allah menenggelamkan Firaun dan gerombolannya, tidak pula -Allah- menenggelamkan seorang tukang ejek (pelawak) Firaun, sedangkan dia berkelakuan meniru syaidunaa Musa dalam kelakunya samaada pada pakaian, perkataan dan percakapannya. Di mana gerak geri dan diamnya sekalipun akan ditertawakan oleh Firaun dan pengikutnya.

فتضرع موسى إلى ربه : يا رب ! هذا كان يؤذي أكثر من بقية آل فرعون ،

 Lantas Nabi Musa bertadharru' kepada Tuhannya "Wahai Tuhanku, lelaki ini adalah lebih menyakitiku berbanding pengikut Firaun yang lain" .

فقال الرب تعالى : ما أغرقناه ; فإنه كان لابسا مثل لباسك ، والحبيب لا يعذب من كان على صورة الحبيب ،

Maka Allah berfirman "Tiadalah Aku menenggelamkannya, maka sesungguhnya dia adalah berpakaian sepertimana pakaianmu. Dan kekasih itu tidak akan mengazab siapa yang menyerupai kekasih".

فانظر من كان متشبها بأهل الحق على قصد الباطل حصل له نجاة صورية ، وربما أدت إلى النجاة المعنوية ، فكيف بمن يتشبه بأنبيائه وأوليائه على قصد التشرف والتعظيم ، وغرض المشابهة الصورية على وجه التكريم ؟ ، وقد بسط أنواع التشبه بالمعارف في ترجمة عوارف المعارف .

Maka perhatikanlah, barangsiapa yang menyerupai ahli haq -walaupun- atas tujuan yang batil - masih menghasil baginya suatu pelepasan -azab- yang bersifat zahir dan mungkin membawa kepada pelepasan yang maknawi. Maka -bayangkanlah pula- bagaimana pula -yang terhasil- pada sesiapa yang bertasyabbuh (menyerupai / meniru) para Anbiya' dan auliya' di atas tujuan memulia dan meninggikannya - yakni bagi maksud menyerupai perwatakan yang bermaruah (terhormat) ? Selanjutnya bolehlah bertasyabbuh (meniru) ilmu pengetahuan dalam kearifan-kearifan ilmu pengetahuan.

(     رواه أحمد ، وأبو داود
[ -Syarah- HR Imam Ahmad dan Abu Daud ]

Sila rujuk :
Syarah-syarah hadis,
Mirqaatul Mafatih Syarah  Misykaat al Masyobih
Ali bin  Sultan Muhammad Al Qari   
دار الفكر
سنة النشر: 1422هـ / 2002م
رقم الطبعة: ---
عدد الأجزاء: تسعة أجزاء
رقم س- ج : 4347