Ustazthrash Mujahid, tolong cari sanad hadith doa dibawah ni sat: "Allahumma asligh ummata muhammad, allahummarham ummata muhammad, allahumma farij an ummati muhammad, allahummargh firli ummati muhammad, walijamiman amanabik" ...
Tolong check sekali doa ni betoi ka saya hafal.
Ustazthrash Mujahid, check sekali ngan fadhilat dia sekali lah kalau ada.
Ustazthrash Mujahid menjawab :
Berapa kali sekali daaa heeehe.. lawak je :)
Berkemungkinan besar, doa sdr Hamba Allah dalam tulisan Arabnya ialah:
اللَّهُمَّ أَصْلِحْ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ ، اللَّهُمَّ ارْحَمْ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ ، اللَّهُمَّ فَرِّجْ عَنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ، اللهم اغفر لأمة محمد..اللهم اغفر لي ولمن آمن بك..
Dalam ertikata yang saudara punya kena buat pembetulan sikit. Mungkin saudara silap type je >> Allahumm Ashlih ((atau di baca Allahummashlih.. jangan guna huruf غ gha -asligh- tetapi huruf ح ha ‘senyum’)) ummata Muhhamad, Allahummarham ummata Muhammad, Allahumma farrij (( 2r / رّ )) ‘an ((huruf ع ‘ain bkn alif kerana عن‘an bermakna "daripada" sedang an pula أن bermakna "bahawa")) ummati Muhammad. Allahummaghfir li ummati Muhammad wa li man ((bukan walijamiman)) aamana bik.
Mengenai sanad hadith dan fadhilat yang saudara mahukan itu tidaklah saya temui. Namun begitu, mungkin doa yang saudara ambil itu adalah tambahan daripada matan hadith maqtuu’ (kata-kata, perbuatan dan sebagainya yang datang daripada tabi'en dan terhenti sekadar mereka sahaja yakni tidak sampai kepada sahabat dan apalagi Rasul SAW).
Hadith maqtuu’ yang saya maksudkan ialah sanadnya hanyalah sampai kepada Ma’ruf al Karkhi seorang imam daripada tabi’ien :
(حديث مقطوع) حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ جَعْفَرٍ , حدثنا عَلِيُّ بْنُ رُسْتُمَ , حدثنا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مَعْمَرٍ , قَالَ : سَمِعْتُ ثَابِتَ بْنَ الْهَيْثَمِ , يَقُولُ : سَمِعْتُ مَعْرُوفًا الْكَرْخِيَّ , يَقُولُ : " مَنْ قَالَ فِي كُلِّ يَوْمٍ عَشْرَ مَرَّاتٍ : اللَّهُمَّ أَصْلِحْ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ , اللَّهُمَّ فَرِّجْ عَنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ اللَّهُمَّ ارْحَمْ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ ، كُتِبَ مِنَ الأَبْدَالِ " .
8 :366 (Hadith Maqtuu’) Daripada Abdullah bin Muhammad bin Ja’far, daripada ‘Ali bin Rustam, daripada Ibrahim bin Ma’mar berkata : aku telah mendengar Tsabit bin al Haitam berkata : aku telah mendengar Ma’ruf al Kharki berkata :
Barangsiapa mengucapkan pada setiap hari 10 kali,
اللَّهُمَّ أَصْلِحْ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ , اللَّهُمَّ فَرِّجْ عَنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ اللَّهُمَّ ارْحَمْ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ
Maka di catatkan baginya daripada golongan al Abdaal (as one of the highest of elect believers)
Rujukan : Abu Nu’aim, Hilyat al Awliya 8:366
-Mengenai fadhilat doa dan kaifiyatnya telah jelas ternyata di dalam hadith di atas.-
Ada juga yang membaca doa selain saudara punya dan yang terkandung dalam hadith maqtu’ di atas dengan jalan bacaan yang sedikit berbeza:
اللهم أصلح امة محمد.. اللهم ارحم أمة محمد..اللهم سلم أمة محمد..اللهم اغفر لأمة محمد..اللهم اغفر لي ولمن آمن بك..ربنا اغقر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا انك غفور رحيم.
Apapun ia hanyalah sekadar doa yang tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak sepatutnya yakni tidak bercanggah dengan kaedah umum berdoa, maka saya tidak perlu menghuraikannya secara panjang lebar di sini (biarlah hal selanjutnya dibahaskan secara terperinci dalam kaedah sebenar oleh mereka yang pakar).. Namun untuk lebih yakin dan jelas akan sesuatu doa atau zikir yang mahu dijadikan amalan kita, maka sayugialah diambil daripada sumber yang shahih atau hasan kerana pasti banyaknya fadhilat atau manfaat yang akan diperolehi dan pastinya lebih berpeluang untuk dikabulkan. InsyaALLAH.
Apapun di sini perlu kita mendapat sedikit pengenalan mengenai hadis dhaif (salah satu punca yang menjadikan dhaifnya sesuatu thoraf hadis adalah kerana bersifat maqtu') dan hukum pengamalannya.
Hadis Dhaif.
Maksud : hadis yang tidak mencukupi syarat-syarat untuk menjadi SAHIH atau HASAN.
Iaitu sesebuah hadis yang tidak memenuhi syarat untuk diterima atau tidak mencapai taraf hadis SAHIH dan HASAN.
SEBAB HADIS DhaIF - LEMAH DARI SUDUT HUJAH.
•TIDAK CUKUP SYARAT-SYARAT SAHIH
•TERDAPAT KECACATAN ATAU ‘ILLAT
•PERIWAYATANNYA KURANG DHABIT
•SANADNYA TIDAK BERSAMBUNG
•TERDAPAT KEJANGGALAN (SYAZ)
PEMBAHAGIAN HADIS DAIF
1.HADIS DAIF PADA SANAD –terbahagi kepada 2 :
* sanad tidak bersambung
* kecacatan perawi, sama ada kelayakan atau dhabit.
2.HADIS DaIF PADA MATAN
-hadis mauquf
-hadis maqtu’
SYARAT BERAMAL DENGAN HADIS DAIF
•daif yang ada pada hadis itu adalah tidak keterlaluan
•maksud yang terkandung di dalam Hadis daif tidak bercanggah dengan kaedah umum agama Islam.
•Hendaklah berhati-hati ataupun Ihtiyat dari sudut pegangan ketika beramal dengannya. Hal itu supaya kita tidak tersalah menyandarkan hadis tersebut kepada Rasulullah, sedangkan hakikatnya ia bukan hadis atau bukan perkataan nabi.
• Hadis daif tidak boleh dijadikan hukum syarak, tetapi boleh beramal untuk perkara-perkara KECIL sahaja. TIDAK boleh digunakan sebagai DALIL dalam perkara-perkara HUKUm lebih-lebih lagi AQIDAH…
Kesimpulannya :
Masalah doa dalam ketiga-tiga versi itu, saya beranggapan harus sahaja beramal dengannya setelah menelitinya kandungannya. Cuma masalah abdal sahaja yang diyakini tiada kebenarannya untuk dijadikan hujah dengan membacakan doa ini sebagai amalan melayakkan seseorang menjadi abdal. Masalah abdal ini memiliki perbahasan yang sangat luas dan banyak sekali perbezaan pandangan ulamak dalam membicarakannya. Namun mengharapkan sesuatu yang baik pada diri kita tiadalah salah. Sekali lagi saya anjurkan, sebaiknya carilah yang Sahih atau Hasan kerana kepastiannya adalah meyakinkan.
Wallahu a’lam