Sabtu, 10 September 2011

HUKUM MEMBELANJAKAN HARTA UNTUK HAJI SUNNAH

Ya ALLAH rindunya aku pada baitMU, namun redhakah Kamu jika aku membelanjakan kurniaanMU mengerjakan haji sedang saudara-saudaraku diseluruh dunia ramai yang sedang kepayahan malah ada yang sedang dibunuh tanpa berupaya membalas bedilan peluru musuhMu dan musuhku kerana tiadanya kelengkapan ...


Wahai saudara-saudara seagamaku sekalian terutama mereka yang mengakui diri mereka pejuang, ketahuilah olehmu sesuatu yang pernah dianggap aib (dikecam) oleh Imam al Ghazali rhm terhadap perilaku orang-orang kaya pada zaman beliau (dan masih berlaku sehingga ke hari ini). Di mana Imam al Ghazali rhm mengecam bahawa sesungguhnya mereka sangat senang membelanjakan hartanya (peny-bersikap mudah dalam membelanjakan nikmat yang dikurniakan Allah) untuk melakukan ibadah haji sunnah berkali-kali, dan sementara itu mereka membiarkan tetangga-tetangganya kelaparan (peny-yakni mengabaikan kewajiban).

Oleh sebab itu, Ibn Mas'ud berkata, "Pada akhir zaman nanti banyak orang yang melakukan ibadah haji tanpa sebab (peny-tidak mempunyai sandaran kepada syariat secara tepat). Mereka begitu mudah melakukan perjalanan ke Makkah dan membelanjakan harta, tetapi kembali tanpa membawa sebarang pahala dan ganjaran. Mengapa, kerana mereka pergi dengan senang sementara jirannya tetangganya terjatuh ke dalam lembah kesusahan, kebuluran dan kelaparan tidak ditolongnya.

Seakan-akan Ibn Mas'ud r.a. melihat jauh kepada apa yang akan terjadi pada zaman kita sekarang ini melalui teropong ghaib dan memberikan ciri-cirinya. Abu Nashr al-Tammar berkata, Sesungguhnya ada seorang lelaki yang datang dan ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Bisyr bin al-Harits sambil berkata "Aku telah berniat melakukan ibadah haji, barangkali engkau hendak memerintahkan sesuatu kepadaku." Bisyr berkata kepadanya: "Berapa belanja yang telah engkau persiapkan untuk itu?" Dia menjawab, "Dua ribu dirham."

Bisyr berkata, "Apakah yang hendak engkau cari dalam hajimu? Kerana zuhud, rindu kepada Baitullah, ataukah untuk mencari keredhaan Allah SWT?"

Dia menjawab, "Aku hendak mencari keredhaan Allah SWT."

Bisyr berkata, "Kalau engkau hendak mencari keredhaan Allah SWT, sementara engkau tetap berada di rumahmu dan membelanjakan dua ribu dirham itu (bukan untuk berhaji), serta engkau merasa yakin bahwa engkau akan dapat memperoleh keredhaan itu, maka apakah engkau akan melakukannya (haji)
juga?"

Dia menjawab, "Ya."

Bisyr berkata, "Pergilah, dan berikan dua ribu dirham itu kepada sepuluh kelompok manusia ini: orang yang behrutang agar dia dapat melunasinya; orang miskin agar dia dapat bangkit kembali; orang yang menanggung anggota keluarga yang banyak agar mereka tercukupi keperluannya; dan pengasuh anak yatim agar dia dapat menggembirakan mereka.

Kalau hatimu kuat, berikanlah wang itu kepada salah satu kelompok yang tersebut, kerana sesungguhnya usahamu untuk menggembirakan hati seorang Muslim, memberikan pertolongan kepada orang yang bersedih hati, menyelamatkan orang yang sedang dalam keadaan berbahaya, memberikan bantuan kepada orang yang lemah, adalah lebih baik daripada seratus kali haji yang dilakukan setelah haji wajib dalam Islam. Berdirilah dan berikanlah wang itu kepada mereka sebagaimana kami
memerintahkan kepadamu. Jika tidak, maka katakanlah apa yang terdetik di dalam hatimu?"

Dia menjawab, "Wahai Abu Nashr, perjalananku lebih kuat dalam hatiku. "

Bisyr lalu tersenyum, kemudian mendekatinya dan berkata kepadanya: "Harta kekayaan yang dikumpulkan dari kotoran perniagaan dan syubhat, membuat hawa nafsu bertindak didalamnya untuk mempamerkan amal kebaikannya. Padahal Allah SWT telah berjanji kepada diri-Nya sendiri untuk tidak menerima kecuali amal orang-orang yang bertaqwa kepada-Nya."

"... Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (al-Baqarah: 127).
=====================
Malah dalam keadaan tertentu ibadah haji yang wajib juga dikemudiankan kewajibannya kerana mengutamakan masalah yang lebih dharuriyah seperti pernah diperingatkan kepada ummat Islam oleh salah seorang penulis dan pemikir Islam Profesor Fahmi Huwaidi melalui akhbar-akhbar (?) : Bahawa usaha-usaha untuk membela dan menolong orang-orang Islam di Bosnia-Harzegovina adalah lebih utama dan mesti didahulukan daripada menunaikan ibadah haji.

(Pendapat ini telah disokong oleh kebanyakan ulamak muktabar termasuk as Sheik Dr Yusof al Qardhawi juga.)
=====================

Cadangan 'UM buat semua : Kenapa kita masih menangguhkan kesedaran ini sedang jelas betapa banyak negara umat Islam yang hidup dalam hujanan peluru dan serangan aqidah.. Jika dalam masalah ini ramai (katakanlah kurang lebih 1000 org setahun) yang sedar, yang memahaminya dan mengamalkannya serta diwujudkan pula satu 'TABUNG AWLAWIYAT' untuk diinfaqkan segala peruntukan untuk mengerjakan haji wajib, haji sunnah, umrah, ziarah dan wang-wang untuk melancong, maka rasanya dalam tempoh setahun pasti tabung ini dipenuhi oleh wang yang berjumlah kurang lebih RM 10, 000,000.
MasyaAllah.. Bayangkan apa yang boleh dibuat dengan wang sebesar itu untuk membantu ummat Islam ...

Rujukan :
FIQH KEUTAMAAN
Sebuah Kajian Baru Berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah
Dr. Yusuf Al Qardhawi
Thinker's Library (1996)
lih, hal 291-292, (hal 12-16; huraian oleh mu-alif berdasar kepada keadaan semasa)


Ilaa Afwi Rabbih - Ustazthrash Mujahid.