Monogami dan poligami diisu-isukan hanya sekadar senjata musuh dalam menyemai minda saling mengecop pasangan masing-masing dengan sangka buruk. Sedang doligami dibiarkan mereka tanpa perbahasan yang luas.
Hakikat kebanyakkan perkahwinan yang bermasalah adalah kerana kejahilan menguruskan sebuah atau berbuah-buah perkahwinan itu sebagaimana dikehendak syariat Islam, bukan kerana monogami dan poligami. Dalam bahasa mudah dan koboinya, yang perempuan dengan cara perempuannya, yang lelaki dengan cara lelakinya. Masa kahwin dieorang 'sedap', aku tak berkongsi pun (sebab memang tak leh hehehe). Namun bila dieorang bermasalah duk kelui aku, last-last aku sama bermasalah.
Kadang-kadang baru je nak masuk bilik tidur ada bersusun call in, "hello... ustaz, khalwat! bla bla" Bila selesai, baru duk atas katil. Berdering lagi "Hello... ustaz saya kene cerai dengan bini". Aku apa lagi "wakakakak!!!" (dalam perut je la). Bila selesai nasihat dan terang ala kadar, pastu baru nak pejam mata je, bunyi lagi "ustaz suami sy tak balik lama dah" jawab aku "ada lakkkkkkk time ni! tunggu esok laaa. lagi sejam lebih je lagi subuh.." Orang suh mengaji tak mau, malas hampeh! (bukan semua..).
Aku memang benci dengan orang tak mau mengaji, tak mau belajar pasal agama sendiri sedang ia adalah kewajiban setiap orang Islam. Bukan aku benci dengan kerenah dan ujian dalam melaksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang Muslim..
Firman Allah :
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al Baqarah : 216)
Berbalik kepada isu poligami yang sering dibicarakan oleh ramai kaum muslimah, apakah yang kita suka itu semestinya baik? Apakah yang kita benci itu semestinya buruk? Suami dan isteri kena faham maksud adil dalam perkahwinan baru nampak keindahan Islam. Penyatuan ummat Islam bermula daripada penyatuan sesama terdekat seumpamanya ahli dalam sebuah rumahtangga.
Firman Allah dibawah jelas membenarkan perkahwinan 'poligami' :
Setiap orang tanpa mengira lelaki dan perempuan pastinya mahukan kebahagiaan dengan pasangan masing-masing. Malah jika ikutkan kehendak nafsu sahaja tanpa ambil peduli fitrah kejadiannya pasti semua mahukan cinta mereka sentiasa sehangat di awal perkahwinan. Si isteri mahukan si suami kekal cintakannya sahaja, dalam otak si suami pula kalau boleh berkehendakkan si isteri sentiasa kekal bergetah selamanya tak payah duk kelam kabut.
Siapa mahu masalah? Lelaki tidak mahukan beban tanggungjawab bertambah. Perempuan yang beriman mungkin sekadar tidak mahu jadi mangsa penganiayaan (bagi yang egois tidak mahu berkongsi suami dan yang tamak mungkin harta suami dirasakan miliknya sahaja). Namun manusia dengan fitrah kejadiannya memerlukan hal-hal yang dapat menyimpangkannya dari tujuan asal iaitu lebih bahagia dengan seorang isteri.
Dalam perspektif Islam. Hal tersebut bukanlah kerana dorongan nafsu semata. Akan tetapi justeru untuk mencapai kemaslahatan mereka sendiri, yang kerananya Allah membolehkan (menurut fuqaha) atau memberi hukum keringanan rukhsah (menurut ulama tafsir) bagi lelaki untuk beristeri lebih dari satu.
Adapun sebab-sebab yang membuat seseorang suami terpaksa membuat pilihan sebegitu adalah kerana berbagai faktor, di antaranya
1- Isteri yang mandul, sedang sesuatu perkawinan diharapkan untuk mendapatkan keturunan, maka poligami merupakan suatu jalan keluar yang paling baik berbanding pengambilan anak angkat. Sedang jika suami mandul seorang perempuan boleh saja menuntut cerai/fasakh
2- Menopause atau mati putik adalah punca terbanyak pada masa skrg, dalam keadaan si suami pula dalam kondisi yang sihat wpun semakin berusia. Dalam keadaan ini apakah dibiarkan seorang suami itu berzina sedangkan ia adalah suatu dosa besar? Maka di sinilah dirasakan hikmah bolehnya poligami tersebut. Sedang jika berlaku sebaliknya yakni si suami mati pucuk maka boleh juga si isteri menuntut cerai/fasakh
3- Keterdesakan untuk memelihara keseimbangan masyarakat sbg contoh jumlah wanita lebih banyak dari lelaki. Seorang perempuan yang hidupnya tdk terurus tanpa bantuan seseorang lelaki. Sedang nak carikan pasangan lelaki untuknya adalah rumit (kes sebegini jg byk berlaku). Suasana ini lebih mudah menimbulkan hal-hal negatif bagi kehidupan masyarakat apabila tidak dibuka pintu untuk perkahwinan melebihi satu. maka perkahwinan sebegini juga adalah sejenis kebajikan.
Wallahu a'lam..
Saya cadangkan anda membaca lagi :
Mengapa Lelaki Di Benarkan Beristeri Lebih Daripada Satu Dalam Islam?
Poligami Dan Pelbagai Hikmah

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ
شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ
شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al Baqarah : 216)
Berbalik kepada isu poligami yang sering dibicarakan oleh ramai kaum muslimah, apakah yang kita suka itu semestinya baik? Apakah yang kita benci itu semestinya buruk? Suami dan isteri kena faham maksud adil dalam perkahwinan baru nampak keindahan Islam. Penyatuan ummat Islam bermula daripada penyatuan sesama terdekat seumpamanya ahli dalam sebuah rumahtangga.
Firman Allah dibawah jelas membenarkan perkahwinan 'poligami' :
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ
لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ
أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ
أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا