Sabtu, 14 Disember 2013

'Taksub Diri Sendiri'

Dalam mempelajari , beramal atau membahaskan sesuatu hukum . Ramai yang akhirnya kecundang dengan ketaksuban diri kerana mempertahankan apa yang diyakini adalah benar. Sedangkan jika perbahasan agama dan perselisihannya dikembalikan kepada Allah dan Rasul maka mana mungkin begitu pengakhirannya ..

Antara perkara yang sering 'TM nasihatkan diri supaya tidak taksub dengan pendirian sendiri adalah "Sangat mudah merasakan apa yang kita faham adalah benar dan perlakuan alim ulama itu salah bilamana kita tidak banyak menghabiskan masa dengan menuntut ilmu al Quran serta tafsirnya , hadis serta syarahnya dan membaca kalam ulama tanpa mendapat kefahaman sebenar dari mereka sendiri atau dari murid-murid mereka yang terpercaya keilmuannya atau dari para ilmuan lain yang memahami prinsip-prinsip dan displin-displin ilmu."

Justeru , sentiasalah kita bersikap terbuka untuk mendengar bicara ilmiah mereka yang berbeza pegangan.
Wallaahu a'lam 


Semoga menjadi manfaat kepada semua ..