Tujuan aku hanya mahu memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. KepadaNya jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.(Hud: 88)
Sabtu, 17 Mac 2012
Buat Keluarga Syuhada
[Sekadar Gambar Hiasan]
Tersebutlah sudah kisah keluarga syuhada ...
Yasir Bin Amir bin Malik dari Yaman asal usulnya Tiba di Makkah jejaki saudara bersama 2 temannya Akhir menetap ia dan Abu Huzaifah jadi sahabatnya Si jariah Sumaiyah Khubath pula dijadikan isterinya
Hiduplah mereka berdua seadanya dengan bahagia Dikurnia pula mereka dengan si comel riang ria Ammar namanya diberi, dimanjai dan dikasihi ia Masa berlalu, bersualah pula Nabi khatamun anbia
Saat itu, marah musyrikin Makkah tak kepalang lagi Agama Islam sedayanya dihalang puak Quraisyi Abu Jahal dialah si ketua petualang para pembenci Islam yang masih lemah dicaci dihina sesuka hati
Memeluklah mereka akan Islam setelah mentafsir Segala perintah agama ditunaikan walau secara siir Nah ! akhir terbocor, dizalimi keluarga ini di padang pasir Diseksa sekeluarga ini dan salah mereka tiada ditaksir
Dikurung diikat Yasir sekeluarga tanpa dikasihani Dipukul diseksa lalu diperaga oleh yang berjiwa haiwani Diheret mereka seperti tiada harga oleh si syaithoni Walau apa terjadi, mereka bertahan demi Islam diyakini
Suasana pilu menikam jiwa, berita mereka luas tersebar Doa nabi dan janji Jannah buat keluarga yang penyabar Semangat membara, segala sedih duka mulalah terbakar Iman mereka dan kaum muslimin semakinlah berkobar
Derita Sumaiyah yang terus diseksa bukan kepalang, Akhirnya nyawa melayang, ke hadrat Alllah jua ia pulang Terukir indah kuntum senyuman - kesakitan menghilang Tergambarkan nikmat yang mula tiba menjelang datang
Kuffar Quraisy melihat geram dan mula rasa hina terpukul Sumaiyah gugur dengan senyum manis yang tersimpul Yasir pula terus dijadikan sasaran dendam si pemukul Tewaslah jua akhirnya Yasir si suami dan bapa yang unggul
Sedang kuffar celaka berpesta nyawa tanpa sedar balasan Si anak ; Ammar pula dipaksa melihat segala jenis seksaan Ditabahkan hatinya utnuk menempuh rintangan dan ujian Setelah dipaksa dan akhir dituruti.. bebaslah Ammar kemudian
Di sisi Rasulullah yang dikasihi, Ammar lebih teguh tegap berdirii Semua peperangan sertainya dengan jiwa yang amat berani Dihunus pedang, perkasa menyerbu ke tengah sambil berlari Kuffar Harbi mula kecut, menikus dan mula menghilangkan diri
Walau setelah Rasulullah telah dijemput Allah ke Jannati Ammar tetap terus teguh berjuang untuk Islam dan berbakti Kemudian memimpin pula ia ummat di Kufah seikhlas hati Segala hal pentadbiran walau sekecil mana sekali tetap diteliti
Pangkat dan harta dilihat ia sebagai barang buruan yang keji Beramal dan berkerja ia bukanlah kerana mengharap dipuji Dusta dan zalim akan segera diperanginya sesungguh hati Itulah ia AMMAR si pewaris pemilik peribadi-peribadi yg terpuji
Namun sebagaimana dikhabarkan oleh Rasul yang bersabada : [Mafhum] Bahawa Ammar akan dibunuh oleh para penderhaka Akhirnya, benarlah di usia 93, gugur syahid ia bagai ibuayahnya Maka bersamalah ia dalam jannnah dan bersama keluarga tercinta
ibnu othman · 680 weeks ago