Sabtu, 27 September 2008

AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR ; Antara Cara² Mencegah Kemunkaran! Wajib diketahui & diamali..

Ada yang tertanya² adakah cara aku mengubah kemunkaran itu sah dari segi hukumnya?

Secara ringkasnya bukan aku atau sesiapa, namun benar atau tidak itu terpulang kepada niat dan cara, biarlah kita benar pada niat dan perbuatan.

Dalam hal ini berpeganglah kita semua pada hukum-hukum sebagaimana terdapat di dalam hadis sahih, hadis no:34 dari kitab hadis 40 oleh Al-Hafiz Imam Al-Nawawi, dari Abi Sa'id al-Khudri r.a, berkatanya, aku telah mendengar bahawa Rasulullah saw bersabda :

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان

"Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika dia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika dia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". [Di riwayatkan oleh Imam Muslim]

Mahukah kita kekal tergolong dalam kalangan yang selemah-lemah imannya???

Untuk lebih menjelaskan suasana yang kabur apabila ramai yang berkata : bahawa aku tidak mampu dan tiada penjelasan yang jelas dalam hadis di atas yang menghuraikan ketidak mampuan itu sendiri pada tahap mana.... (jawaban pelepas diri).

Ketahuilah olehmu wahai saudara-saudara ku sekalian, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitab Fataawa Mu'asyirah (m/s 687) memberi ulasan akan hadis sahih di atas, beliau mengatakan bahawa mencegah kemungkaran mesti mempunyai 3 syarat :

1. Perkara yang disepakati akan keharamannya (أن يكون محرمًا مجمعًا عليه).

Tidak boleh mencegah perkara-perkara makruh yang dilakukan. Juga dimaksudkan di dalam kategori ini ialah orang-orang yang meninggalkan sunnah (seperti tidak berjanggut dan sebagainya) kerana ia tidak dianggap melakukan mungkar. Perkara mungkar itu hendaklah mencapai tahap haram. Kemungkaran itu tidak boleh didasarkan dari ijtihad masa, tempat dan sebagainya. Perkara-perkara yang diperselisihkan ulama' juga tidak boleh dianggap mungkar. Kemungkaran itu hendaklah ianya jelas dan terang, yang disepakati oleh semua Imam-Imam Islam.

2. Kemungkaran itu dilakukan secara terang-terang (ظهور المنكر )

Ertinya kemungkaran itu dilakukan secara terang-terangan, dihadapan umum/public. Tidak boleh sengaja mengintai-intai atau memasang alat-alat pendengaran bagi menangkap mereka yang melakukan mungkar. Hal ini dijelaskan didalam hadith diatas dengan perkataan : "barangsiapa melihat kemungkaran". Hal ini menunjukkan kita mengembalikan kepada Allah swt keatas mereka yang melakukan kemungkaran secara sunyi-sunyian, sebagaimana hadith Nabi saw :-

كل أمتي معافى إلا المجاهرين

"Semua umatku akan diampuni kecuali mereka yang melakukan maksiat secara terbuka".

3. Kemampuan bertindak untuk mengubah kemungkaran (لتغيير المنكر بالقوة)

Ertinya orang yang ingin mengubah kemungkaran harus memiliki kemampuan bertindak, baik secara individu ataupun bersama-sama dengan rakan yang lain; iaitu mengubah dengan menggunakan kekuatan..

Mencegah kemungkaran pula perlu melalui berapa peringkat. Di dalam Al-Mawsoo’ah al-Fiqhiyyah Jilid 39, ms. 127 menjelaskan bahawa :


تغيير المنكر له مراتب ، إذ يتدرج من التنبيه والتذكير إلى الوعظ والتخويف ، ثم الزجر والتأنيب ، ثم التغيير باليد ، ثم إيقاع العقوبة بالنكال والضرب ، وأخيراً الاستعداء ورفع الأمر إلى الحاكم

"Mengubah kemungkaran dilakukan secara bertahap, progres dari menurut tahap dari amaran dan peringatan, berdakwah dan menakut-takutkan, memarahi dan berkeras, kemudian mengubahnya dengan tangan, kemudian lakukan hukuman (punishment) dan pukulan, dan akhirnya mengumumkan sikap kita dan membawa perkara tersebut ke mahkamah".

Kemudian lihat pula, al Qadhi Abu Bakar bin al Arabi dalam Ahkam al Quran 1/293, di mana beliau berbicara mengenai hadis di atas :

وقال القاضي أبو بكر بن العربي في ( أحكام القرآن 1 / 293 ) :
 وإنما يبدأ باللسان والبيان ، فإن لم يكن فباليد - يعني أن يحول بين المنكر وبين متعاطيه بنزعه عنه وبجذبه منه - فإن لم يقدر إلا بمقاتلة وسلاح فليتركه وذلك إنما للسلطان ............................... انتهى
.

"Hanyasanya ia (cegah munkar) dimulai dengan lisan dan penjelasan. Jika tidak berjaya hendaklah dihentikan dengan tangan, jika gagal juga dihentikan melainkan dengan memeranginya atau mengangkat senjata, maka cegah munkar perlulah ditinggalkan. Kerana mengangkat senjata adalah hak sultan/pemerintah".

Dakwah lembut, peringatan yang menakutkan, marah dan berkeras memang itu lah yang aku selalu buat .. punishment & pukulan saja yang jarang aku lakukan (selalunya anak murid je la!).. Apalagi nak angkat senjata, bukankah tak boleh sebagaimana yang di katakan oleh al-Qadhi Abu Bakar bin al-Arab dalam bicaranya di atas??

Dan sebagai contoh, aku mengumumkan kerja buat aku ni pada pihak yang berwajib sebagai contoh kes hina ramadhan, aku lapor pada Penguatkuasa Majlis Perbandaran dan Penguatkuasa Majlis Agama & catat dalam blog ini untuk makluman manusia yang menghuni dunia tenet.

Amacam ..???  Renung² & fikir²kanlah di manakah tahap kita dalam hal ini!!