Selasa, 16 September 2008

Hukum Kutu Wang POS Dan Pengalamanku ...

Ahaa, wang pos! kejadian ni ada kaitan dengan aku .. seminggu yang lalu, kronologinya aku masih ingat sangat ..

1 mlm pada 8 ramadhan 1429 bersamaan 7 sept 2008 hampir jam 00:00 hp buruk aku bebunyi neng nong neng nong .. yap, ada panggilan masuk.. sorang sahabat ajak aku keluar ke sebuah restoran nasi kandar , katanya "ada majlis penerangan untuk sesiapa yang nak buat pinjaman". Aku memang berhajat sangat la ketika itu. Bila sampai sana, tu diaa..!! Sesak beb, nak parking pun payah! Bila dah dapat parking jumpa lagi satu masalah, dewan pulak sesak .. !! Nak tak nak berdirila aku dan sahabat² lain di bagian paling belakang, alaa dah datang faham-faham aje lah bila terdesak ni.. bab duit ni bersusah payah banyak sikit pun no hal je.. Time tu majlis dah bermula kurang lebih 30 minit kot, aku agak²la, bukan ahlil nujum lah katakan.

Alhamdulillah w/pun melalui berbagai tribulasi, aku tetap konsentrate pada ucapan. Fokus aku macam biasa walaupun dalam keadaan berdiri.. Maklum dah biasa sangat dengan dugaan ni, kalau berbanding apa yang dah aku lalu semasa merantau untuk mencari ilmu dulu .. ujian ni di anggap kecil.

Lepas pasang telinga sekejap, aku dah dapat tangkap rupa²nya bukan pinjaman tetapi program wang pos yang mereka namakan sebagai program express. Apapun layan je lah walaupun sedikit kecewa, alang² dah datang. . ye lah, aku dah hilang minat. Mula-mula ingat nak bagi pinjam duit dengan cara biasa.. tapi rupanya nak buat pinjaman pun kena syarat masuk ahli prog express dulu.. ala kacoo daun..!!


Penceramah menceritakan konsep program tersebut yang diberi nama 'muhabbah' , aku jadi heran la beb tadi katanya yang reka program ni lecturer di UIAM.. Maka berfikirlah aku, takkan dia tak tau kot nama konsep ni dah salah ejaannya .. pedulikan lah! Nak citer bab duit beb, bukan orang layan sangat bab bahasa ni. Lantak p la ..

Makin lama aku tengok makin merapu tapi mcm biasa aku tak kalut nak melompat, dah celah-celah tu siap sebut lagi pengerusi-pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA) pun ada banyak yang masuk, yang backup & menyokong program ni. Kemudian kami diberitahu majlis penerangan program tersebut adalah anjuran PEKIDA..

Tak cukup dengan ayahanda2 pengerusi PEKIDA, disebut lagi para ustaz, tuan Qadhi malahan tuan Mufti yang masuk program express. Namun nama-nama mereka ini kata si juru cakap itu tak boleh lah didedahkan..aku ingat mungkin mereka tak mintak izin alim ulamak lagi kot.. hahaha.. sah ada something wrong!

(( Ishhh .. main dgn pinjaman blh mencecah rm200k gerenti lulus dlm tempoh 70 hari dengan 90% ++ b'potensi utk lulus paham je la, tunggu lg mcm2 mende nak buat ni. hbis prog je kami ber4 trus isi form. tapi duit blum bagi. x sah lagi la keahlian, jnji dpt parking dulu))

aku nak siasat lagi seround sblm bg duit, pastu dgn kekanda2 & ayahanda2 (aku x iktiraf pom) duk nasihat suh masuk ada rasa semangat jugak .. w/pun aku x iktraf mrk dgn pangkat tu tpi sbg muslim aku mesti hormat mrk sbg org tua .org panggil ayahanda kita pom ikut. tp org lain iktiraf pom mampus p la, aku bukan budak pekida kalu aku budak pekida pom aku x iktiraf, yg baca doa jadinya baca ayat 1000 dinar .. dah la tu x btul pulak .. tu x kira hukum hakam b'kait kaifiyat pengamalan ayat 1000 dinar lagi .. boleh atau x boleh.. camne nak iktiraf? pertubuhan kebajikan dan dakwah .. hheh.. doa pom x reti logik k?
sampai rumah dkt jam 3 am .. nak kata mimpi indah x lagi .. x tido beb

petangnya harinya aku panggil lg 2 ustaz .. klu benda ni elok, mgkin mrk masuk & jd down line aku .. kalu jadinya x elok, x kan 3 org ustaz sekali kena tipu dgn prog camtu .. kami ke tempat b'langsungnya prog sama yang di buat di pejabat rela atau rukun tetangga aku x ingat dah di tmn keladi sg petani lps isya', terawih x b'jemaah lg la jawabnya. point2 msih tetap sama mcm 1st time aku dgr .. ala dah hafal teks tu apa herannya.

ala lewat lagi... duk lbh krg jam 3am jugak bru sampai rumah ... aku berdoa pada Allah supaya diberi hidayah yg mana benar & yg mana salah. apa lagi dgn yuran keahlian yg m'cecah rm700 ++ tentu sj doa aku lebih khusyu', duit tgh x de .. jgn memain sedara doa kita lebih khusyu bl susah.

Alhamdulillah, x sempat nk buat solat istikharah 3 malam b'turut² Allah dah bagi petunjuk dgn cara menyesatkan aku dalam laman web dewan ulama' .. mungkin untuk sebarkan hal ini supaya tak ramai yang jadi mangsa.


PROGRAM KUTU WANG POS: PANDANGAN DARI SUDUT FIQH ISLAM

Oleh : Majlis Perundingan Dan Penyelidikan Hukum (MPPH) Dewan Ulamak PAS Pusat

Program kutu secara wang pos sudah agak menular dan popular pada masa ini. Mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan melihat program ini dapat membantu mereka menyelesaikan kemelut kewangan mereka.

Bagi pihak yang berwang pula, berhasrat untuk membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dengan menamakan mereka sebagai penerima wang pos berkenaan.

Persoalannya, adakah program ini berjalan tanpa terdapat apa-apa unsur haram sehingga program ini benar-benar menjamin kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Tetapi jika program ini mengandungi unsur-unsur haram, maka kegelapan dan kerugian sepastinya akan menemui peserta-pesertanya atau sebahagian daripada peserta-pesertanya.

UNSUR-UNSUR HARAM YANG DAPAT DIKESAN

Setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos, didapati ianya mengandungi beberapa unsur haram. Antaranya:

1. Unsur Gharar
Jika dikaji berkenaan program ini didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah 'auto placement' yang menjadikan orang bawah atau peserta baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program 'auto placement' ini berhenti berpusing.
Oleh itu, setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan wang apabila program ini terhenti.
Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.
Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).

2. Riba
Program ini sebenarnya bersifat 'money game' yang mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat mendapatkan pulangan.
Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan lebih.
Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan atau khidmat di dalam program ini.

3. Judi
Dalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian.
Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang berada di line bawah mendapat kerugian.

BEBERAPA JAWAPAN KEPADA KEKELIRUAN

Mereka yang menyertai program ini melihat ianya adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:

1. Sumbangan atas alasan hibah
Antara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah.

Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mensyaratkan keuntungan dan tidak mensyaratkan pulangan.
Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan 'auto placement'.
Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana sabda Nabi S.A.W. :

كل قرض جرى نفعا فهو ربا

Maksudnya: "setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat adalah riba".
Dalam masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan sebagaimana dalam iklan yang disiarkan.


Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya.
Kaedah fiqh menyebut:

العبرة في العقود للمقاصد والمعاني لا للألفاظ والمباني
Maksudnya: "Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan susunan kalimat".

2. Sumbangan mestilah ikhlas membantu.
Alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.

Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram, maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal. Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang mempertaruhkan wang RM 10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhlas untuk si pemenang ia tetap haram kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram.
Ikhlas atau lebih tepat tidak dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus.

Firman allah swt :
إلا أن تكون تجارة عن تراض منكم
Maksudnya: "melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu".
Ayat ini menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.

3. Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.
Kias adalah adalah kias yang salah kerana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba. Tambahan pula setiap pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja.

PENUTUP DAN KESIMPULAN

Sememangnya setiap transaksi hukum asalnya adalah harus sehinggalah ia dicemari oleh unsur-unsur haram.
Setelah diteliti program wang pos ini, didapati program ini adalah haram disebabkan unsur-unsur yang disenaraikan di atas.
Justeru itu, umat islam digesa supaya tidak terlibat dengan program ini kerana ia membazirkan wang disamping keharaman yang disebutkan.