Rabu, 17 September 2008

Graduan Arabi Muslim Menjawab 29 Soalan Paderi Amerika.

Cerita yang bakal di baca kalian ni bagi pendapat aku syok dan amat membanggakan kita sebagai Muslim. Ada ketikanya amat menyentuh hati apabila terkenang diri yang penuh dengan kejahilan ..


Cerita ni aku pernah baca dan kalian pun mungkin pernah juga. Apapun aku rasa kita perlu membacanya selagi kita tidak mengingatinya kerana ia amat baik untuk menjana kefahaman kita dan apa salahnya jika dikongsikan bersama orang lain rasa bangga yang amat jadi orang Islam dan sambil-sambil itu muhasabahkanlah diri kita.

Apakah keadaan kita apabila berhadapan dengan situsi yang sama seperti cerita di bawah??

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menamatkan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah SWT berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka memang akrab.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan. Pemuda Muslim itupun menerima dengan terbuka tentangan atau cabaran debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 (peny-29) pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat." Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya: 
  • "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya." ( peny- bahagian pertama -berkenaan nombor- 13 soalan)
  • "Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? (peny- bahagian kedua -berkenaan ibarat- 2 soalan)
  • Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!" "Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?" (peny- bahagian ketiga -berkenaan ciptaan- 8 soalan)
  • "Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?" (peny - bahagian keempat -berkenaan perkara besar- 5 soalan)

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Basmalah dia berkata :

(peny- Jawaban terhadap bahagian pertama -berkenaan nombor- 13 soalan)
  • Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
  • Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran Kami)."(Al-Isra': 12).
  • Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
  • Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
  • Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
  • Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
  • Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
  • Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
  • Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim kemarau, katak, darah, kutu dan belalang.(??*)
  • Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
  • Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
  • Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).
  • Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
(Peny- Jawaban terhadap bahagian -berkenaan ibarat- kedua 3 soalan)
  • Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir : 1)
  • Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
  • Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf : 9)
(Peny - Jawaban terhadap bahagian ketiga -berkenaan penciptaan- 8 soalan)
  • Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai (??*). Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
  • Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
  • Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal (??*) dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya' : 69).
  • Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
  • Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf : 2).
(Peny-Jawaban terhadap bahagian keempat -berkenaan perkara besar- 5 soalan)
  • Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari. (peny- solat 5 waktu adalah kewajiban utama setiap muslim setiap hari dalam sepanjang hayatnya)
Kemudian graduan Arab tadi bertanya kembali satu soalan kepada si paderi... HANYA 1 Soalan!
"Apakah kunci surga itu?"

Si paderi pada asalnya tidak mahu menjawab akhirnya terpaksa menjawab jua setelah di desak oleh keadaan :
"Jawapannya ialah:
Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Apakah yang berlaku seterusnya ...?? Wallahu a'lam, hanya setakat ini sahaja yang diterima oleh aku. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan mereka semua..

Nota :
Cerita ini adalah daripada akhi E.J ; seorang sahabat baikku yang secara ikhlasnya selalu 'send file' kepada aku melalui ym. Tajuk asalnya adalah "Graduan Menjawab 22 Soalan Paderi" dan di dalam versi Indonesia. Di mana cerita asal ini telah disunting oleh aku sendiri kerana merasakan ianya adalah satu keperluan untuk memudahkan kefahaman. Oleh kerana versi asalnya juga tidak berada dalam keadaan teratur sehingga memayahkan kefahaman pembaca maka aku telah menyunting dan menterjemahkannya juga. Aku juga menemui beberapa kekiliruan dan kekurangan dalam jawaban dan aku tandakannya dengan (??*).

Apapun alhamdulillah, semoga usaha ini diberkati oleh Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani dan semoga kesalahan aku dalam usaha ini diampunkanNya. Semoga akhi E.J menerima pembalasan yang baik daripada ALLAH dan terima kasih kepada beliau kerana telah memberikan satu titik permulaan yang baik untuk dikongsikan..

Cerita ni sebenarnya walaupun aku dah pernah baca ketika di bangku sekolah rendah dulu daripada ribuan buku-buku dan kitab-kitab yang ada di rumah keluarga aku di kampung, namun aku lupa adakah ia versi yang sama atau bukan..  Dialog Islam dan Kristian yang ada dalam tangan aku sekarang jika yang peristiwanya di sekitar Amerika hanyalah daripada buku penulisan H.M Baaghil MD (MUSLIM-CHRISTIAN DIALOGUE, January 1984) dan beberapa buah buku debat Sheikh Ahmad Deedat. 
Malah aku pernah membaca dan mengkaji (sekadar kemampuan) beberapa kisah lain mengenai graduan Muslim berdepan dengan soalan orang-orang Kristian seperti novel Isabella kiriman kak Tun (yang banyak mendorong aku) ketika beliau masih menuntut di Mesir dan aku pula ketika itu menuntut di sebuah negara yang pernah menjadi jajahan Parsi. Entah ke mana buku itu menghilang. Isabella adalah kisah seorang anak gadis kepada paderi yang terkenal di Sepanyol. Di mana akhirnya Isabella ini masuk Islam setelah berdiskusi dengan seorang graduan muslim yang sangat berhikmah. Aku juga pernah memiliki sebuah buku bertajuk : Pelajar Menjawab Soalan Paderi. Kisah graduan kecil Misri muslim yang berusia lingkungan 9-14 kalau tak silap.. berdebat dan menjawab soalan-soalan paderi yang bersamanya di dalam keretapi ketika menuju ke Iskandariah. Buku yang dihadiahkan oleh seseorang kepada aku yang aku dah lupa siapa penghadiahnya dan buku ini pun dah hilang..

Aku juga kehilangan sebahagian besar buku koleksi debat idolaku sheikh Ahmad Deedat..mungkin kerana sering dipinjam dan aku pula sering berpindah randah...  semoga hilang berganti aamiin.

Apa cerita pun syok kan jika kita dapat menjadi seperti mereka atau membantu mereka mempertahankan Islam dengan hujah yang benar?? Cuba la pakat hafal 1 tiada 2nya dan seterusnya  .. mana tau dapat Islamkan yang bertanya.. insyaALLAH.

Di sunting oleh - Ustazthrash Mujahid