aduss la, hehhe... nak kata pening TAK jugak ..
nak kata sampai stress jauh sekali, tu orang lain la kan .. TAPI aku atau kita & mungkin ramai yang stress kan? kalau serabut sgt makan ubat .. panadol ada ..pil khayal .. eh eh janggaann!
ubat bandar ada & ubat kampung bin desa pun ada. Tapi jgn duk minum ayaq ketum pulak...haram hukumnya kalu dah jadi mudarat.
ubat ni memacam, makan ada, sapu ada & mandi pun ada..
ni petua yg aku dpt dr org yg aku rasa bule percaye ..
Petua utk hilangkan stress :
Bahan² :- Halia + bawang putih + limau asam + garam = ubat stress
caranya :- Baca Basmallah .. berkat kan? pastu tumbuk atau hiris halia dan bawang putih sebanyak mana anda suka.. agak banyak sangat buat kolam renang..ajak orang kampung mandi sekali..bedebummm!
sediakan sebaldi air suam (panas sedikit ) masukkan kedua-dua bahan tadi dan
perah dengan limau sebanyak mana anda suka kemudian letakkan di tab mandi @ terus biar dlm baldi janji boleh rendam kaki anda hingga ke lutut dan duduk (atau anda berendam dalam tab mandi selama mana yang anda suka) sambil mengurut kaki anda atau badan anda : selepas setengah jam anda mandi bersih dengan menggunakan air yang sama. Anda pasti rasa amat selesa dan lena tidur... (kaedah ini adalah untuk mengurangkan stress badan, bahu atau membantu pengaliran darah dan menyah toksin. Anda boleh amalkan petua ini setiap kali
anda mengalami ketegangan dan terutama selepas anda seharian berkerja..
lagi satu pesanan aku kalau urat leher tu dah tegang sgt masa sakit jangan sesekali urut dengan kasar.. nanti terputus urat! aku syorkan tarik kedua² cuping telinga untuk lancarkan pergerakan angin di leher yang tegang!